Monday, September 15, 2014

Happy 15th Arashi Anniversary And Say Thanks To The Storm


TASK 2

Ini task yang kedua aku hasilkan bersempena Ulangtahun ke 15 Arashi tahun ini. Aku menghasilkan sedikit coretan berbentuk fiksyen mengenai perjalanan 5 orang anak seni Jepun yang bergelar ARASHI sejak dari 1999-2015. Buat informasi fan, diantara kebanyakan konsert Arashi yang berlangsung, Konsert Jelajah Musim Panas Arashi yang berjudul ONE pada tahun 2005 antara salah satu konsert yang ku abdikan hingga sekarang sebagai satu-satunya Konsert Arashi kegemaranku. Jadi, dalam coretan fiksyen ku ini, aku mengambil sedikit kata-kata ucapan Arashi dari konsert ONE tersebut yang mana aku fikir masih memberikn impak yang besar dalam kehidupanku sepanjang bergelar Arashian dari dulu hingga saatnya mereka meraikan Ulangtahun yang ke 15 tahun ini.

Coretan yang ku cipta ini khas buat seluruh Arashian/ArashIndo yang bisa memahami Bahasa Melayu dan Indonesia.

Aku juga menyiapkan task ku yang pertama dimana aku khaskan untuk tatapan Arashist/La Tormenta di seluruh dunia. Bagi Arashist/Arashindo yang ingin membaca task tersebut. Sila berkunjung disini yah ^_^. Diharap kalian senang membaca hasil coretanku.

Say thanks for the Storm J

        Semuanya bermulanya disini…


Apabila 5 jejaka disatukan dalam band yang sama. Masing-masing tidak mengetahui arah yang mereka tujui. Adakah ia lebih baik daripada apa yang mereka jalani sebelumnya…?


3 orang jejaka, Jun, Nino dan Aiba merupakan rakan sekumpulan yang sering beralih tempat sementara dalam beberapa band-band kecil seperti M.A.I.N bersama Toma Ikuta dan selepas itu dipindahkan dalam satu lagi band baru iaitu Beautiful American Dream bersama Takiezawa Hideaki.

Namun, ketiga-tiga mereka masih merupakan bakat-bakat yang masih dilatih dalam Johnny’s Junior di bawah naungan Johnny’s And Associates. Selain menjalani aktiviti berkumpulan sambil dapat mengenali beberapa bakat yang masih bersama dalam Johnny’s Junior,  Jun, Aiba dan Nino juga sudah awal bergiat aktif dengan bergerak solo tidak kira dalam bidang lakonan ataupun pentas muzikal dan masing-masing bermula sekitar  tahun 1996 hingga 1998.

Hingga menjelang tahun 1999,  Presiden Johnny Kitagawa tiba-tiba memutuskan Jun, Aiba dan Nino bakal disatukan dalam band yang sah dan tanpa berlengah lagi 3 keping passport menuju ke Hawaii terus dibuat bagi menghantar ketiga-tiga mereka dalam perjalanan debut menuju ke Hawaii.


Setibanya mereka di Hawaii, mereka diperkenalkan lagi dengan 2 ahli baru iaitu Sho Sakurai dan Satoshi Ono. Sebelum ini, Sakurai juga merupakan bakat dari Johnny’s Junior namun  jarang beraksi dengan ketiga-tiga mereka kerana diketahui umum Sakurai merupoakan salah seorang junior yang paling sibuk dengan pelajaran setiap kali menjelan peperiksaan. Namun, bagi Ninomiya bukanlah satu kejutan baginya menerima kehadiran Sakurai kerana sebelum ini mereka pernah mengenali satu sama lain dalam beberapa rancangan variety show hingg mula menjadi kawan baik.


Namun, berbeza dengan Ohno yang lebih banyak meluangkan aktiviti  Johnny’s Junior nya di Kyoto, membuatkan dirinya terasa kecil kerana pada mulanya sukar untuk mendekatkan diri terhadap keempat-empat mereka yang sudahpun kerap mengenali satu sama lain. Walaupun begitu, secara kebetulan, Ohno juga pernah mengenali Ninomiya di Kyoto ketika sedang membuat musical satage Kyo to Kyo bersama Toma Ikuta dan kebetulan Ninomiya yang turut berada disitu mereka terus bertukar nombor telefon antara satu sama lain. Setelah tamat persembahan Kyo to Kyo, Ninomiya juga pernah mengajak Ohno dan Sakurai menyertai permainan volleyball dengan menyatakan pada pasukan  tersebut “Sila bermain dengan 2 rakan baik saya”.

Dan semasa memperkenalkan diri masing-masing pada tarikh Arashi debut, hanya kehadiran Sho, Aiba,  Jun dan Nino yang paling menerima tepukan gemuruh serta sambutan yang ceria dari peminat berbanding Ohno yang menerima tindakbalas “Whaaatt? Who’s this person?”  T_T Ini kerana pada saat tersebut dia masih kurang dikenali peminat. Namun begitu, Ohno juga masih mempunyai peminat di tempatnya sendiri. Disebabkan perwatakan yang kurang bersuara, Ohno tidaklah seceria ahli-ahli lain semasa percutian debut di Hawaii dan ini membuatkan dirinya mula digelar seorang yang pendiam. 



Walaubagaimanapun Ohno hanya sering dilihat bersama Ninomiya dan disebabkan Ohno tidak mengenali sesiapa dan jarang bergaul dengan keempat-empat ahli yang lain membuatkan Ohno terus saja di sisi Ninomiya ketika di Hawaii. 


Kemudian secara perlahan, Matsumoto mula mendekati Ohno saat Nino sibuk seketika dan perkara tersebut benar-benar membuat Ohno gembira kerana kini dia sudahpun mempunyai 2 orang kawan dan sejak mengenali Matsumoto mereka mula menjadi sahabat baik antara satu sama lain. Begitu juga Sakurai dan Aiba yang sudahpun mula menunjukkan keserasian antara satu sama lain hingga sentiasa menjadi teman berbual perkara-perkara pelik  dan Aiba lah yang sentiasa menunjukkan keceriaanya tatkala Sakurai memulakan cerita-cerita karutnya.

Dan semenjak kebelakangan tersebut, Ninomiya pula berasa tidak senang hati apabila Ohno mula rapat dan beralih ke arah Matsumoto namun setelah dijelaskan Matsumoto niat sebenar Ohno merapatinya, bukanlah untuk mengabaikan Ninomiya sebagai teman baiknya tapi sebaliknya Ohno hanya ingin belajar mencari keserasian agar dapat mendampingi rakan-rakan yang lain. Setelah selesai perselisihan faham tersebut tanpa melibatkan sebarang pergaduhan antara Ohno dan Ninomiya, hubungan mereka mula pulih seperti sediakala. Sejak itu juga hubungan mereka mula semakin rapat apabila masing-masing sering bertukar-tukar hadiah tanpa sebab. Ke mana saja mereka pergi, mereka sentiasa bersama dan Matsumoto lah orang yang paling gembira dapat menyatukan persahabatan akrab mereka. Namun, Ohno juga tidak pernah lupa atas kebaikan Jun dan sentiasa berterima kasih kepadanya kerana menjadi seseorang yang amat memahami kesepian dirinya.


Dengan cepat masa berlalu kehadiran beberapa ahli Arashi dan Ninomiya terutamanya sebagai teman dekat yang muncul dalam kehidupan Ohno yang sunyi bagaikan membawa sejuta kebahagiaan yang datang. Kini, Ohno belajar cara mengenali dan mendekati sehinggalah dia mula dengan perlahan dan akhirnya jalinan antara kelima-lima mereka mula semakin akrab antara satu sama lain. Hingga pada akhirnya mereka menghabiskan cuti debut di Hawaii dengan penuh keceriaan terutama sekali Ohno yang semakin yakin dengan dirinya bahawa dia seorang yang ceria dan gembira seperti ahli-ahli lain.


Sejak saat itu, senyuman comel yang sentiasa terukir di bibir Ohno bukan saja merupakan senyuman yang paling disayangi setiap orang yang memandangnya, malah merupakan senyuman yang sesungguhnya amat beerti bagi seluruh ahli Arashi yang kini menaruh kepercayaan kepadanya sebagai seorang Leader yang kini menemui keyakinannya semula untuk membentuk perjalanan Arashi yang seterusnya, begitu juga pada ahli-ahli lain yang sentiasa bersatu setiap kali mereka bersama.

Dari 1999- 2014
15 tahun kemudian…


        Aiba, Matsumoto, Ninomiya, Ohno dan Sakurai atau lebih tepat dan sinonim dengan gelaran mereka iaitu A.M.N.O.S  Kamikaze (Angin Suci). 5 budak ajaib, ceria, comel, tabah dan sentiasa berusaha menuju setapak demi setapak ke hadapan tanpa kenal erti putus asa, kini… telah bergelar IDOL yang sebenar. Dari segaala pahit manis yang ditempuhi bersama, kerjasama erat yang terjalin dari sebuah persahabatan membuatkan Arashi tetap kekal bertahan hingga ke hari ini.

Seperti mana lirik-lirik indah yang sentiasa dihayati dalam lagu-lagu mereka, dan dari cahaya yang muncul dari kilauan mata mereka, cuba untuk menyembunyikan kesusahan dan kesedihan yang mereka tempuhi bersama,  sehingga mereka tidak mampu menahan kelopak mata yang mula berair, namun akhirnya kami melihat senyuman ikhlas yang terukir di bibir yang menyebut sepatah kata yang sesungguhnya amat bermakna buat kami, “ONE”


“What is the most important ONE for you?
To the  people who was always support our effort until now..
Within our lives, there’s a lot of pain and sadness, but…
above all that, there should be more happiness.
Oneself, family members, friends and loved one,
Within each of us, there must be the most important “ONE”, no doubt,
Have u already discovered you’re most important “ONE” ?
Lastly, For all of us Arashi member, the most important “ONE”,
That is, are here… All Of You~~~”

Hontouni arigatou Arashi chan, and to all Arashian, Say thanks to the Storm!

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad