Wednesday, December 31, 2014

Goodbye 2014 & Welcome 2015



Dalam kita menjalani aktiviti seharian, tanpa kita sedari kita telah pun berada di penghujung tahun 2014 yang akan meninggalkan kita.

Banyak perkara yang kita lalui sepanjang tahun 2014 dan diharap pengalaman yang kita lalui sepanjang tempoh tahun 2014 ini akan menjadi pengajaran kepada kita dan mematangkan kita untuk menjadi insan yang lebih baik pada tahun seterusnya.

Di samping itu, sudah menjadi tradisi semua golongan masyarakat apabikla tiba tahun baru, kita semestinya ingin menyambutnya dengan semangat baru, diari baru dan segalanya baharu.
Namun begitu, azam baru yang ditanam dengan tekad untuk berjaya dalam hidup biarlah seimbang dalam usaha mencari kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Usaha dan kesungguhan kita serta disusuli doa yang berkat dari orang sekeliling yang memberi dorongan kepada kita juga amat diperlukan supaya azam kita menjadi realiti hendaknya.

Setahun berlalu pasti melakarkan banyak catatan penting yang boleh dijadikan iktibar. Pelbagai memori indah dan pahit bersama insan tersayang juga akan kekal terpahat di ingatan buat selamanya.
Harapan K tahun 2015 akan menjadi lebih bermakna dari tahun sebelumnya yang akan meninggalkan kita selepas ini. Azam 2014 yang tidak tercapai seharusnya akan diusahakan untuk dicapai ada tahun 2015.

Jadi, bersama-samalah kita menanam azam dengan satu tekad untuk berjaya dan menjadi insan yang lebih berguna pada masa hadapan.



No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad