Monday, June 23, 2014

10 Kelebihan Orang Jepun Yang Patut Kita Contohi



Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia dariNya, K masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis coretan K yang seterusnya pada hari ini iaitu 10 Kelebihan Orang Jepun Yang Patut Kita Contohi. K sebenarnya sangat mengagumi negara bumi Sakura ini kerana 10 perkara. K amat berharap agar orang Malaysia dapat mengambil pengajaran dari 10 perkara yang K rasa sangat baik untuk diamalkan ini. So berikut adalah Antara Top 10 Perkara Yang Patut Kita Contohi dari negara matahari terbit tersebut.


Yang pertama, orang Jepun sangat menepati waktu dan janji. Kalau orang Jepun dah berjanji jumpa pukul 7 pagi tu, memang tepat pukul 7 pagi dia dah  duduk tunggu kita. Kalau di Malaysia senang je, kalau janji pukul 7 pagi, tambah jer 30 minit atau sejam, tentu tak lari jauh. Padahal menghargai waktu itu adalah ajaran Islam.
Demi MASA! / (1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. / (2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3) (Al-ASr 103:1-3)

Allah telah bersumpah dengan masa. Kalau Allah dah bersumpah tu, menunjukkan masa itu satu perkara yang besar / hebat / penting samalah dengan 'demi MATAHARI', 'demi BULAN', 'demi BINTANG' dsb.

Yang kedua, orang Jepun sangat pembersih. Inipun ajaran Islam.

Maksud hadis: ”Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman”. (HR. Ahmad, Muslim, dan Tirmidzi).

Sangat pelik terutamanya bagi K kenapa orang Jepun lebih 'Islamik' daripada orang Malaysia. Kalau di Tokyo tu nak cari 1 sampah pun susah. Dekat KL jangan cakap la. Tengok kiri, kanan, depan, belakang semuanya nampak sampah. Lagi satu pasal tandas. Kenapa orang Jepun boleh bersihkan tandas dia sampai berkilat sampai kita rasa nak tidur dalam tandas tu? Berbeza di Malaysia, bila masuk tandas je, dah mula rasa macam nak muntah.

Yang ketiga, orang Jepun selalu kata Hai. Aku bagi contoh, kalau ditanya 'Ogengkideska (apa khabar)?' Mereka akan menjawab 'Hai (ya) Watashiwa gengkides (saya sihat)' Jadi perkataan Hai (ya) ni dah jadi sebati dengan mulut mereka. Oleh itu, kita hendaklah mencontohi orang Jepun. Sekiranya anda berjumpa kawan, sapalah Hai. Contohnya Hai Aisya Karina. Hai Enelsy Flora. Hai Ellyssa Leona. Namun yang lebih afdal sebagai seorang Muslim, adalah lebih baik mengutamakan memberi salam. Tak susah mengucap salam kerana menyebarkan salam itu adalah satu pahala.

Yang keempat, orang Jepun sangat menghormati orang lain. Sebenarnya cara asal orang Jepun menyapa kawannya ialah dengan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Ini memang K RESPECT dalam masyarakat Jepun! Bukan senang nak hormatkan orang sampai begitu sekali. Bos-bos kat Malaysia boleh tak buat begitu tanda hormat? Tak kiralah besar manapun pangkat manusia kat dunia ni, semuanya adalah kurniaan dari ALLAH. So janganlah sombong sangat ok. Bila-bila masa je ALLAH boleh tarik pangkat seseorang hamba yang dikehendakiNya.

Yang kelima, orang Jepun sangat berdisiplin. Ini satu perkara yang K perasan. Tak kira kerja apa yang mereka buat, mereka memang sangat teliti. Ada sistem, tersusun, teratur, berjadual, rapi dsb. Tidak hairanlah mereka  mampu membangunkan negara mereka dalam masa yang sangat singkat setelah perang dunia kedua terutamanya lagi dalam membaik pulih negara mereka  yang hebat dilanda bencana besar gempa bumi dan Tsunami 3 tahun yang lepas terutamanya di Bandaraya Sendai. Mungkin sebab adanya kesusahan perang itu menjadikan rakyat Jepun lebih kuat dan hebat. Manakala bencana besar tersebut juga mengajar mereka agar terus tabah menghadapi dugaan yang seterusnya dengan lebih banyak persediaan untuk masa hadapan. Rakyat Malaysia pulak manja sebab tak pernah berperang. Yang ada rakyat Malaysia berperang cuma dalam Playstation 3 atau X-boX jer, main game Prince of Persia, Superman, Batman dan macam2 lagilah.




Yang Keenam, orang Jepun sangat mementingkan persahabatan. Bagi orang Jepun, persahabatan adalah satu perkara yang No.1. Mereka amat mengambil berat terhadap sahabat masing2. Kalau ada sahabat diaorang yang tiada duit, mereka bagi hutang. Kalau ada sahabat mereka yang kelaparan, diberinya makan. Kalau ada sahabat mereka yang memerlukan bantuan, diberinya bantuan. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri memerlukan sahabat yang sentiasa menolongnya dalam perjuangan dakwah Islamiah, apatah lagi kita. Orang Jepun mempunyai panggilan khas untuk sahabat yang bersama ketika susah dan senang ini, dan ianya dipanggil (Nakama). Manakala kawan dipanggil Tomodachi. Aku ingin mencari Rakan Seperjuangan, Nakamaku, Sahabatku, Ikhwanku. Semoga Allah menunjukkan kepadaku: Rakan Seperjuanganku, Nakamaku, Sahabatku, Ikhwanku.

Yang ketujuh, orang Jepun sangat kemas. Ini kerana mereka mengamalkan 5S. 5S tu ialah seiri, seiton, seiso, seiketsu and shitsuke. K juga sempat mempunyai pengalaman bekerja sambil melaksanakan amalan 5S ini semasa pernah bekerja sebagai Operator Pengeluaran di kilang elektronik milik Jepun di TOKO Electronic Sarawak. Tak susah nak amalkan prisip 5S ni jika kita tekun dan bersungguh-sungguh dalam bekerja. Kalau dalam bahasa Amerika: sorting, straightening, systematic cleaning, standardizing, and sustaining. Nak tahu lebih lanjut pasal 5S sila klik kat
sini. 5S ni kalau dalam bahasa melayu: Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik.
Yang kelapan, orang Jepun suka bangun pada awal pagi. Sepatutnya rakyat Malaysialah yang suka bangun awal pagi, sebab rakyat Malaysia kena sembahyang Subuh. Ini pulak terbalik. Mengikut statistic peratusan yang K research mengenai masyarakat Jepun, rata-rata orang Jepun akan bangun sekitar pukul 5-6 pagi. Huh, kalau rakyat Malaysia, waktu tu la paling sedap nak buat tahi mata. Cubalah practice  bangun awal sikit, sebelum Subuh ke. Lepas tu buat Tahajud 2-3 round, baru la cantik amalan. Betul tak?

Yang kesembilan, orang Jepun suka mandi air panas. Ha, ini adalah salah satu rahsia kenapa kulit gadis Jepun sangat cantik, comel, halus dan putih berseri. Kalau nak tahu, dalam air panas semulajadi tu ada sulphur. Air panas semulajadi ni bersifat Asid. Ianya amat sesuai untuk kulit. Ini terbalik dengan air yang kita minum. Air yang paling baik untuk diminum ialah air yang bersifat alkali. Jom lah beramai-ramai wanita Malaysia pergi mandi air panas kat Malaysia, tak kira la kat kolam air panas bemban ke, Sg. Serai ke, Selayang ke, Labis ke, barulah kulit korang jadi putih berseri macam gadis Jepun.


Dan yang terakhir, orang Jepun sangat menyukai bulan. Hah, ini jelas terbukti  melalui pattern flag Jepun. Apa salahnya menyukai bulan. Bulan itu diciptakan oleh ALLAH SWT untuk menunjukkan tarikh dan waktu kepada umat Islam melalui kalendar Islam dan perubahan bentuk bulan. Bulan juga mempunyai fungsi menghasilkan air pasang dan surut. Bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana telah menciptakan bulan. Saat menyendiri seorang diri, K juga selalu memandang  ke langit, melihat bulan lalu K ucapkan Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT yang telah menciptakan bulan.

Jadi itulah antara Top 10 Kelebihan orang Jepun yang seharusnya masyarakat kita contohi. Bukan bermaksud K mengagungkan keperibadian sempurna orang-orang Jepun namun itulah hakikat yang mana setiap negara masing-masing mempunyai ciri-ciri dan karakter yang mungkin sesetengah daripadanya harus kita contohi dan dalam topik kali bersesuaian dengan tajuk kelebihan masyarakat negara matahari terbit yang harus kita contohi menjadi pilihan K.

Tidak kurang juga dengan Malaysia ada jugak mempunyai kelebihannya. Seperti yang tertulis di dalam hadis, Kelebihan orang Malaysia ni diceritakan oleh Allah dalam Al-Quran:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Al-Imran 3:110)

Tahniah rakyat Malaysia sebab dengan satu sifat ini sahaja iaitu Amar Maruf Nahi Mungkar disertai Iman, Allah telah mengiktiraf (umat Muhammad)sebagai umat yang terbaik. Itulah sebabnya Allah menyukai para bloggers yang menceritakan tentang Al-Quran /Hadis dalam blognya.

Rasulullah SAW bersabda "sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat" (HR Bukhari dan at-Tirmidzi). Tapi kalau anda ada 10 sifat orang Jepun yang K coretkan tadi, alangkah  bertambah bagus kan....




Sumber dari lautan-biru.blogspot.com. Diedit dan disunting semula oleh Putri Rafflesia.


No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad