Saturday, May 30, 2015

Ketua Stesyen Kishi, Tama Sambut Ulangtahun Ke-16



29 April adalah hari Showa iaitu hari cuti umum bagi seluruh masyarakat Jepun yang mana ianya bersempena dengan hari ulangtahun mendiang Maharaja Hirohito (1926-1989). Selain dari itu, hari tersebut juga mempunyai makna yang lain bagi penduduk Wilayah  Wakayama kerana ia adalah hari jadi ke-16 Tama, seekor kucing betina yang dipilih sebagai Ketua Terhormat Stesyen Kishi di wilayah tersebut.




 


Tama dilahirkan pada tahun 1999 dan memegang jawatan berkenaan selama lapan tahun. 16 tahun merupakan usia tua bagi kucing kerana ia lebih kurang bersamaan dengan usia 85 tahun bagi manusia.

Saksikan laporan berkenaan dengan lebih lanjut di;
http://tiny.cc/q7mqxx

Kaca Mata Sword Art Online (SAO)



Perusahaan kaca mata/kanta lekap Nihon Optical yang terletak di Aichi kini menawarkan 5 pilihan kaca mata kolaborasi dengan siri anime popular Sword Art Online yang dikenali sebagai “Sword Art Online PC Frame Produced oleh HEART UP” pada harga 4,980 Yen iaitu lebih kurang (RM150). Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kacamata Sword Art Online ini, anda boleh layari sendiri pada laman web rasmi Heart Up.


Setiap set mengandungi kain serat-mikro yang memaparkan ilustrasi dari siri anime ini. Berikut adalah antara 5 model yang dipilih iaitu;


Aincrad_KIRITO MODEL

Aincrad_ASUNA MODEL

PhantomBullet_KIRITO MODEL

PhantomBullet_SINON MODEL

Caliber_ASUNA MODEL

Wednesday, May 27, 2015

COUNTDOWN ASIA FESTIVAL In JAKARTA



Kyaaa!

9 days left to go COUNTDOWN ASIA FESTIVAL In JAKARTA!

Salam Malaysia/Indonesia!
Hari ini K ingin berkongsi serta memberi serba sedikit informasi mengenai COUNTDOWN ASIA FESTIVAL yang bakal berlangsung di Jakarta, Indonesia yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 6 dan 7 Jun ini! Walaupun postingnya agak telat, ya at least K masih berkesempatan untuk menulis posting hari ini. Masih belum terlambat bukan. Heheee....

Terus, kita langsung saja pada topiknya okay ^_^



COUNTDOWN ASIA FESTIVAL adalah sebuah acara oleh stesen TV dari pelbagai negara dengan konsep "Experience-form Countdown" dimana pengunjung dapat mengenal dan menikmati pop-culture terbaru (muzik, anime, manga, cosplay, game, kuliner, dan lain-lain) dari Jepun khasnya, Indonesia, dan Malaysia.

Acara ini juga akan dilaksanakan di berbagai negara kawasan Asia seiring dengan perkembangan stesen TV semasa.

COUNTDOWN ASIA FESTIVAL perdana akan dilaksanakan di Lapangan D Senayan, Jakarta pada tarikh 6 dan 7 Jun 2015 ini dengan menghadirkan lebih dari 10 artis Jepun dan Indonesia.


Selain penampilan dari para bintang undangan dalam COUNTDOWN LIVE STAGE, acara ini juga akan dimeriahkan lagi  oleh berbagai ‘konten pop-culture’ seperti Cosplay Contest, Photograph Area, Karaoke Contest, Game Tournament Battle, Anisong/Vocaloid DJ Crew Performance, dan berbagai konten pop-culture lainnya!

Berikut merupakan informasi Acara COUNTDOWN ASIA FESTIVAL In JAKARTA.

Tarikh: 6 (Sabtu) & 7 (Ahad) Jun 2015
MULA 11:00 am TAMAT 21:00 pm
Lokasi: LAPANGAN D SENAYAN, JAKARTA
Harga Tiket: Rp50.000 (RM20+) (Rp40.000 <RM20-> bagi pengunjung yang sudah menempah aplikasi "COSPLAY NO.1")
Bintang Undangan:
Dempagumi.inc (Jepun), Kamen Joshi (Jepun), Bullet Train (Jepun), Momochi Minami (Jepun), NIDJI, d’Masiv, Pee Wee Gaskins, REDSHiFT, …dan banyak lagi akan diumumkan!

Untuk informasi lebih lanjut dan TERKINI, sila layari link di bawah:
http://www.countdown.asia/event 
 
Informasi Siaran COUNTDOWN ASIA (Now On Air!)

SALURAN:
Indonesia (O­Channel)
Tiap Hari Ahad pukul
22:00-22:30
Malaysia (8TV)
Tiap Hari Selasa pukul
23:45-24:15

Laman web rasmi, sila layari:
http://www.countdown.asia/



PELBAGAI pengalaman POP Terbaru SEMUANYA ADA disana MENANTI ANDA!

~~~~~

Banner pic credit to countdown.asia
Momochi minami pic credit to devianart

Tuesday, May 26, 2015

Kenali Lebih Dekat 5 Jenis Manga



Manga Jepun biasanya dianggap setara dengan buku komik dan novel grafik yang dihasilkan dari barat. Pada rak buku manga, anda akan menemui pelbagai jenis cerita komedi romantik bersiri, siri pengembaraan ruang angkasa, kisah sejarah serta genre lain yang mampu menarik kelompok pembaca tersendiri. Perbezaan jenis manga terletak pada sasaran pembacanya. Tidak kisah tentang berapa pun usia ataupun jantina, pasti ada saja jalan cerita yang disajikan manga bersesuaian untuk anda. Kali ini, K akan membawakan pembaca untuk mengenali lebih dekat lagi 5 jenis manga yang mempunyai sasaran kelompok pembaca yang berbeza. Berikut adalah jenis-jenis manga yang patut anda ketahui ^_^

SHOUNEN

Shonen atau Shounen adalah salah satu perkataan Kanji yang bermaksud beberapa tahun dan secara umumnya merujuk kepada budak lelaki biasa. Selalunya  daripada pelajar sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Ia turut digunakan dalam perbualan seharian apabila merujuk kepada tempoh remaja tanpa mengambil kira jantina. Manga Shonen adalah satu demografik popular bagi komik Jepun. Genre yang paling popular iaitu manga pertempuran yang biasanya mengenai aksi tetapi masih mengandungi adegan komedi dan ikatan persahabatan yang kuat diantara watak-wataknya.

Sasaran pembaca Shounen adalah pembaca dikalangan kanak-kanak dan remaja lelaki. Genre ‘Mecha’ yang menampilkan raksasa serta pertarungan antara robot juga termasuk dalam kategori ini. cerita berkisar tentang pertarungan pedang dan pertempuran magik juga termasuk dalam kategori manga shounen.


Beberapa contoh manga shounen yang terkenal sama ada di Jepun mahupun serata dunia adalah Naruto, Dragon Ball Z, Bleach, Shaman King dan Deadman Wonderland yang mana banya melibatkan pertarungan fantasi.

SHOUJO

Shojo atau Shoujo ialah istilah petikan Bahasa Jepun untuk menghuraikan karya manga yang ditujukan kepada pembaca wanita yang berusia di antara 13 – 18 tahun. Istilah ini secara umumnya membawa maksud gadis muda. Genre sering dikaitkan dengan jalan cerita yang penuh melodrama yang mengisahkan percintaan antara watak utama yang selalunya adalah wanita, serta dilukis dalam gaya dimana watak-wataknya yang jelita dengan mata yang besar dan dilukis dengan rumit dimana sering dikelilingi bunga, bintang, buih-buih secara spontan.

Pembaca dikalangan gadis remaja merupakan sasaran utama untuk manga Shoujo. Walaupun siri manga ini mengandungi beberapa tingkat aksi dan komedi, tapi fokus biasanya pada percintaan dan konflik emosional.


Fruit Basket dan Ouran High School Host Club merupakan contoh manga Shoujo. Genre gadis magik yang menampilkan watak wanita utama dengan kekuatan magik merupakan sub-kategori manga Shoujo. Manga Sailormoon adalah salah satu ikon dari siri gadis magik.

SEINEN

Seinen merupakan bahagian manga yang secara umumnya ditujukan dikalangan pembaca berumur diantara 18 – 30 tahun, tetapi para pembaca juga mungkin lebih berusia dengan sesetengah manga yang ditujukan kepada para usahawan yang berumur 40-an.  Seinen mempunyai karya yang pelbagai jenis, daripada kisah bertemakan ketenteraan sehinggalah dewasa.

Manga Seinen mensasarkan pembaca lelaki yang lebih dewasa dan dalam manga Seinen, ditampilkan ilustrasi kekerasan yang lebih berat dan drama psikologi yang lebih mendalam berbanding manga Shounen.


Sebgai contoh, manga AKIRA dan GANTZ merupakan kisah termasuk dalam jenis manga Seinen dan siri yang mengandungi kisah humor dewasa seperti manga Crayon Shin-Chan juga termasuk dalam kategori manga Seinen. Batasan antara manga Shounen dan Seinen tidak begitu jelas dan siri Neon Genesis Evangelion dan Death Note adalah antara contoh manga yang mungkin berada di antara 2 kategori tersebut.

JOSEI

Josei manga (komik untuk wanita/LadyComi) adalah jenis manga yang kebanyakannya dihasilkan oleh wanita untuk pembaca remaja dan wanita dewasa di antara usia 15 – 44 tahun. Di Jepun istilah Josei membawa maksud ‘wanita’ dan ‘feminin’ dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan manga.

Pembaca wanita dewasa menjadi sasaran untuk manga Josei. Karakter yang ditampilkjan biasanya cenderung sedang bersekolah menegah atas atau universiti. Cerita yang reality dan adegan dewasa yang terkawal merupakan ciri umum dari jenis manga Josei.


Cerita tentang gadis magik juga kadang-kadang boleh muncul sebagai manga Josei seperti Honey And Clover dan Paradise Kiss. Beberapa contoh manga Josei yang terkenal adalah Nodame Contabile, Walking Butterfly dan Bunny Drop .

KODOMO

Manga Kodomo (Kodomomuke/manga kanak-kanak) adalah istilah Bahasa Jepun yang membawa maksud ‘manga’ yang dikhasskan untuk pembaca dikalangan kanak-kanak. Manga kanak-kanak ininjuga dikenali dengan istilah ‘Kodomo’ atau ‘Kanak-kanak’. Kebanyakan kisah untuk manga Kodomo adalah tentang moral, mengajar kanak-kanak untuk bersikap baik dan bertimbang rasa serta mambantu mereka supaya memilih jalan yang betul dalam kehidupan.

Pembaca kanak-kanak mejadi sasaran untuk manga Kodomo. Karakter yang ditampilkan biasanya adalah kanak-kanak, pelajar sekolah rendah atau mascot comel yang mampu menarik perhatian. Kebanyakan kisah di dalam manga ini tidak mempunyai bab yang bersambungan untuk menarik perhatian pembacanya.


Beberapa contoh manga Kodomo yang terkenal adalah manga Doraemon oleh Fujiko F.Fujio, Hamtaro dan Chibi Maruko-chan. Namun, bukan saja pembaca kanak-kanak mudah tertarik dengan manga jenis ini, malah kebanyakan pembaca setianya juga ada yang terdiri dikalangan pembaca dewasa!


Sumber: Majalah KreKo
- Disalin dan disunting semula oleh Putri Rafflesia

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad