Monday, January 12, 2015

Sign Of The Day Of Judgement 2015



Seperti yang dinyatakan diatas iaitu "NASA Mengesahkan Kemungkinan Matahari Akan Terbit Dari Barat" begitu jelas sekali telah digariskan ianya salah satu tanda bahawa Hari PERHITUNGAN itu sememangnya WUJUD dan AKAN muncul tidak lama lagi. Berita tersebut menyebabkan kebanyakan media sosial dan para blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan sebahagian daripadanya mendakwa ia sebagai TANDA AWAL KIAMAT.

Negara beriklim tropika dan panas mulai menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun lalu dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal. Selain itu, perubahan magnet pada kerak bumi juga menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia dan kini berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian dari NASA mendapati pergerakan tersebut berlaku semakin laju iaitu pada jarak
42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013 serta merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. 



Jika keadaan tersebut berlaku, maka seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti yang pernah dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul
'2012'. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan. (SUBHANALLAH)
 

Dan bagaimana pula dengan nasib
Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekaligus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di garisan Antartika. Sementara bandar yang berada pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib yang sama serta sesetengah negara bakal mengalami waktu siang atau malam lebih panjang. 

Fenomena medan kutub bumi yang menyongsang juga dikhuatiri akan mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan. Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas. Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini. 


Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh satu tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.


Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?


Kiamat menurut Islam. Beberapa hadis dan ayat Al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat: Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH. –
(Hadis Riwayat Bukhari) 


Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman? Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda,
‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.' (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan
Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran. ALLAH SWT berfirman: Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat: Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah:
“Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya. 
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

Sedikit mutiara kata dari K untuk menutup coretan tentang Tanda Hari Pembalasan yang telah K coretkan di atas;

Jika kita bertemu dengan orang yang banyak berbicara tentang perkara AKHIRAT, itulah waktunya buat kita MERENUNG dan MEMPERBETULKAN kesilapan diri kita.

"Dan sesungguhnya Hari Kiamat itu PASTI akan tiba, tidak ada keraguan padaNya dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur". (Al Hajj; 7)
 

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad