Thursday, January 29, 2015

BEAUTIFUL & Young JE TALENTS


Setelah pemerhatian, sememangnya kekacakan idola-idola yang lahir dari agensi bakat lelaki terbesar di Jepun iaitu Johnny’s And Associates ternyata paling ramai diminati peminat dek kerana mempunyai raut wajah yang comel serta feminin berbanding idol yang berpenampilan maskulin.

Namun begitu, para peminat JE boyband khusunya di Jepun sendiri lebih suka mengkategorikan idola JE kesayangan mereka sebagai “Idola Lelaki Berwajah Cantik” ataupun dalam Bahasa Jepunnya lebih sinonim dengan gelaran IKEMEN.

Disamping itu, gelaran “Idola Lelaki Berwajah Cantik” ini turut dibahagikan kepada 2 lagi cabang iaitu “Cantik Secara Maskulin” dan “Cantik Secara Feminin”

List dibawah antara TOP 10 Artis Lelaki JE yang berwajah Cantik Secara Maskulin dan Cantik Secara Feminin;

BEAUTIFUL IN MASCULINE

Takuya Kimura (SMAP)
Nagase Tomoya (TOKIO)
Matsuoka Masahiro (TOKIO)
Okada Junichi (V6)
Sakurai Sho (ARASHI)
Matsumoto Jun (ARASHI)
Hideaki Takiezawa (Tackey&Tsubasa)
Ikuta Toma
Tomohisa Yamashita
Nishikido Ryo (Kanjani8)


BEAUTIFUL IN FEMININE


Koichi Dohmoto (Kinki Kids)
Hiroshi Nagano (V6)
Miake Ken (V6)
Ono Satoshi (ARASHI)
Ninomiya Kazunari (ARASHI)
Yuya Tegoshi (NEWS)
Kamenashi kazuya (Ka-TTUN)
Taguchi Junosuke (Ka-TTUN)
Yokoyama Yuu (Kanjani8)
Tadayashi Ohkura (Kanjani8)

Harap maklum bahawa semua list diatas bukanlah dari mana-mana ranking tetapi dari sisi pandangan K yang telah lama berkecimpung menjadi salah seorang JE fan semenjak dari tingkatan 5 (2008). Mungkin berbeza dari pandangan JE fans yang lain bagaiamana mereka melihat idola mereka sebagai “Cantik Secara Maskulin” mahupun “Cantik Secara Feminin” namun, apa pointnya disini bakat JE talents ini sememangnya tidak lekang dengan gelaran IKEMEN.

Semua list diatas ialah kategori Idol JE yang berumur antara lingkungan 25 tahun ke atas malah ada juga yang mempunyai usia hampir mencecah lebih 40 tahun namun mereka masih kelihatan kekal muda dan menawan.


Seperti aktor berbakat besar dari kumpulan SMAP, Takuya Kimura, yang sudahpun sedikit berusia namun sehingga kini beliau masih aktif menerima tawaran berlakon drama mahupun filem dek kerana memiliki wajah tampan serta hasil lakonannya yang masih diterima ramai sehingga kini.


Selain itu, vokalis utama sekaligus merupakan ketua kumpulan boyband paling popular di Jepun, ARASHI iaitu Ono Satoshi yang dikenali ramai dengan bakat tariannya yang hebat serta kawalan vokal yang mantap dalam nyanyian, beliau juga dirujuk sebagai artis berwajah budak dan sentiasa tampil muda dari usia walaupun umurnya kini sudahpun mencapai awal 34 tahun. 


Tidak hairanlah jika penulis manga terkenal Fujio Fujio A memilih beliau memegang watak utama Putera Kaibutsukun yang comel dan kebudak-budakan dalam drama serta filem KAIBUTSUKUN. Ono Satoshi dikenali umum dengan watak telinga besarnya yang menawan ramai kanak-kanak Jepun serta tubuhnya yang boleh memanjang seperti karakter Monkey D. Luffy dalam anime/komik popular ONE PIECE.

Melalui carta Goo Ranking pula, beliau muncul menduduki tempat ketiga dari TOP 10 “Baby-Faced Male Artist Who Looks Young Than Age” setelah tempat pertama dimiliki oleh Kokke Teppei (bukan dari JE talent) manakala tempat kedua dipegang oleh pemegang watak utama filem aksi adaptasi dari komik GANTZ, Kurono Kei iaitu Ninomiya Kazunari yang turut merupakan salah seorang ahli Arashi dan diketahui ramai merupakan teman dekat Ono Satoshi sendiri. Malah, sehingga kini jika ada carta yang mengaitkan artis yang berwajah muda dari usia, nama kedua-dua sahabat ini tidak jauh memonopoli satu sama lain serta disimpulkan 2 idol JE yang sentiasa lekat dalam carta artis berwajah baby-faced.


Kesimpulannya, selain Ono Satoshi dan Ninomiya Kazunari, kedua-duanya dari boyband ARASHI diikuti Miake Ken dari V6 serta Yokoyama Yuu dari Kanjani8 sekali lagi telah membuktikan bahawa penduduk negara matahari terbit sememangnya sinonim dengan wajah sentiasa tampak muda walaupun berusia selain memegang rekod penduduk paling lama hidup di dunia.

Dan tidak hairanlah jika ramai peminat JE mengkategorikan idol mereka sebagai idol yang berwajah cantik tidak kira secara maskulin ataupun feminin. Cantik secara maskulin, ianya adalah biasa. Namun cantik secara feminin, ia tidak bereerti menyifatkan JE idol ini berperwatakan gay atau pondan. Ketahuilah, mereka juga tetap seperti idol lelaki sejati di luar sana namun apa yang extra mengenai mereka ialah mereka telah dianugerahkan dengan wajah cantik semulajadi seperti perempuan yang mana hal tersebut tidak dijangka mereka telah dikategorikan sebagai “Idola Lelaki Cantik Berwajah Feminin”.

Bukan bermaksud mengagungkan kehebatan mengenai kekacakan mahupun kecantikan idol lelaki Jepun tetapi bak kata seorang teman blog K yang sudahpun menjejakkan kaki di bumi budaya Cosplay. “Pergi Jepun, pandang kanan, pandang kiri. Semuanya kawaii-kawaii. Lelaki perempuan, semua cantik. Muda-muda lagi. Murah dengan senyuman pulak tu, tapi sayang, bab berkomunikasi dalam Bahasa asing “0” point”.

Lucukan… Sempat jugak ejek orang Jepun yang kurang kepintaran dalam Bahasa asing. Actually, walaupun “0” points bertutur dalam Bahasa asing ataupun kurang memahami  pertuturan dalam Bahasa Inggeris,  namun jika ditanya tentang bagaimana hendak menuju ke sesuatu tempat, ataupun jika mereka ingin menjawab pertanyaan anda namun tidak mahir bertutur Bahasa Inggeris, mereka akan berusaha menyampaikan jawapan/maksud mereka dengan isyarat tangan ataupun terus membawa kita ke tempat yang kita maksudkan. Unik kan, kaedah mereka yang betul-betul bersungguh-sungguh dalam membantu walaupun “0” point dalam Bahasa asing.

Jadi, setakat inilah coretan K mengenai Kecantikan Idol-Idola JE yang popular dengan gelaran IKEMEN.  (maaf, ter insert sedikit mengenai sikap orang Jepun tadi) So, sekian dahulu untuk hari ini. dan sebelum mengundur diri ada satu pepatah yang K nak sampaikan, dengar ya..

Seorang Profesor Amerika pasti menang dengan Seorang Profesor Jepun,
Tapi 10 ProfesorAmerika pasti kalah dengan 10 Profesor Jepun.
Seorang artis kacak Korea pasti menang dengan seorang artis kacak Jepun
Tapi 10 artis kacak Korea pasti kalah dengan 10 orang artis kacak Jepun.

Point utama pepatah k diatas ialah Jepun dikenali sebagai masyarakat yang berjaya jika melakukan sesuatu secara berkumpulan daripada melakukan sesuatu secara idividu. Kejayaan terserlah apabila bersatu daripada kegagalan yang dialami jika mementngkan kerja bersendirian.

Hehehe…
First and second words tentang Amerika tu bukan pepatah K tetapi pepatah orang Jepun sendiri (don’t blame me ok), but pepatah ketiga dan keempat, K ambil je contoh negara yang dekat dengan Jepun. Secara amnya, semua orang dah tahu, kekacakan wajah idol lelaki Jepun dan Korea ni tak jauh beza tapi bila korang research sendiri betul2 mengenai 2 wajah Jepun dan Korea ni, korang sendiri akan faham (berdasarkan pengalaman aku yang pernah menjadi peminat JKpop dalam masa serentak) Jujurnya aku tak minat sangat Kpop dan aku juga tak benci Kpop but the FACTS aku paling benci HATERS. Tu je. Jadi, kalau K buat explanation kat sini, tak pasal2 kena hentam dengan Kpop fans. Bukan niat nak agungkan artis Jpop ataupun nak remehkan artis Kpop.  Senang citer, buat research sendiri lah ok ^_^

Anyway, that’s all about today.
Janee~

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad