Saturday, January 03, 2015

Biografi Lengkap Nabi Muhammad S.A.W









Assalamualaikum WBT.

Hari ini 03 Januari 2015 bersamaan 12 Rabi’ul Awal 1436 Hijrah iaitu tanggal hari Keputeraan Baginda Rasullullah SAW. Walaupun sibuk hari ini dalam keadaan serba kekurangan air di tempat kelahiran K dan ditambah lagi panggilan ynag K terima lewat petang tadi untuk mengambil biskut pemberian Kak Na sempena perayaan Tahun Baru Cina yang tidak lama lagi (memang bz hari ni). Alhamdulillah, K masih diberi kesempatan untuk menulis coretan di blog berkisarkan tentang Nabi Muhammad SAW hari ini walaupun masa sudah hampir lewat malam.

Diharap, semoga pembaca semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah SWT. Dan hari ini bersempena hari Keputeraan Nabi Munhammd SAW, K ingin berkongsi kepada anda sedikit sebanyak mengenai biodata Nabi yang kita cintai, kasihi dan junjungi iaitu Nabi Muhammad SAW…

Tujuan perkongsian ini adalah supaya kita lebih mengenali siapa Nabi/Rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Dalam era kegemilangan futuristik ini, mungkin ramai diantara kita yang sudah lupa atau masih tidak mengetahui tentang latar belakang Nabi Muhammad SAW (Pemimpin Umat Islam Teragung dan hanya satu-satunya di muka bumi ini).

Jadi, sama-samalah kita membaca kemuliaan peribadi Rasullulah SAW, melihat bagaimana indahnya perjalanan beliau dalam meniti kehidupannya sebagai insan yang begitu taat pada perintah Allah, menyelami perwatakan beliau yang cukup disegani oleh orang sekelilingnya dan sekaligus menghayati sifat-sifat mulia yang dibawa Rasullullah yang boleh dijadikan contoh buat umat-umatnya yang ingin beriman dan bertakwa di jalan Allah SWT.

Nama:
Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Ibni Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah Mudrikah bin Elias bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan.

Nama-nama lain :
Ahmad , Al-Mahi , Al-Hasyir , Al-A’qib , Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
Abu Qasim , Al-Amin.

Bangsa :
Arab Quraisy.

Agama :
Islam.

Tarikh Lahir :
Hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal ), Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :
Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
Thuwaibah [ hamba Abu lahab ] , Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :
Aminah , Thuwaibah , Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman [ hamba perempuan bapa Rasulullah SAW ].

Nama-nama Isteri :
Khadijah bt. Khuwailid, Saudah , A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar,
Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah , Zainab bt. Jahsyi , Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian , Sufiah bt. Huyi , Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
Qasim , Abdullah , Ibrahim , Fatimah , Zainab , Ummu Kalsum , Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :
Hamzah , Al-Abbas , Abu Talib , Abu Lahab , Az-Zubir , Abdul Ka’bah , Al-Muqawim, Dhirar , Qusam , Al-Mughirah , Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
Sufiah , A’tikah , Barrah , Urwa , Umaimah , Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
Hamzah , Al-A’bbas.
Sufiah , Urwa.


Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
Mariah al-Qibtiah , Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :
Aslam , Abu Rafi’ , Sauban , Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan , Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :
Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :
Anas bin Malik , Abdullah bin Mas’ud , ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik , Bilal bin Rabah , Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali , Zubir , Amir , Amru Al-‘As , Zaib bin Thabit , Muawiyyah , Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
Badan tinggi sedang.
Rambut ikal mayang.
Muka bulat , putih kemerahan , mata hitam gelap.
Bulu dada nipis , keseluhan badan tidak berbulu.
Bulu mata panjang , suara kasar , gigi hadapan renggang.


Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang NABI:
Siddiq [ benar ] , Amanah [ jujur] , Tabligh [ menyampaikan ] , Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil bagi Seorang NABI:
Kazib [ dusta ] , Khianah [ pecah amanah] , Kitman [ menyembunyikan ] , Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus Pada Seorang NABI :
Makan , minum , tidur , berkahwin , sakit , demam.

Pendidikan :
Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
Gembala Kambing.
Berniaga.


Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul :
Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
Menjadi Nabi.
Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul
[ Khatamun Nabiyyin ].
Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
Ulul ‘Azmi
أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
Diusir oleh penduduk Ta’if.
Semasa peperangan Uhud.


Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.
Hijrah ke Madinah.
Umur
53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq , sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
Perempuan Dewasa : Khadijah
[ isteri Nabi ].
Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
Abu bakar as-Siddiq.
Umar al-Khattab.
Uthman bin Affan.
Ali bin Abu Talib.


Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
Uthman dan Ali
[ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :
Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :
Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
Abu Talib bin Abdul Mutalib
[bapa saudara Nabi].
Hamzah bin Abdul Mutalib
[bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :
Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :
Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catatan Rekod Dunia :
Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :
Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi :
Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :
Hassan bin Ali.
Hussin bin Ali.


Sahabat Yang Paling Disayangi :
Abu Bakar.

Nasihat Nabi :
“Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi :
Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :
Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
Waktu pagi hari Isnin, 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M, Umur 63 tahun , 4 hari.


Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Saat Kewafatatan  Rasullullah

“Ya Allah!! Dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatuku.”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.

“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimamuku (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)

Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan. Sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii.. Ummatii.. Ummatiii…”

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu…

***

Mengalir air mataku keharuan

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..

Kami juga mencintaimu Ya Rasulullah..

Dan cinta itu..

Akan kami buktikan…


Allahumma Sollia’la Muhammad Wa’ala a’li Muhammad.




No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad