Friday, January 09, 2015

Kenali Fatimah Az Zahra (Bunga Yang Mekar Semerbak)



Saidatina Fatimah al-Zahrah (RA) (disebut Fatimah az-Zahra) ialah puteri bongsu yang mulia Rasulullah SAW, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim serta Khadijah. Isteri kepada Ali dan ibu kepada Hassan dan Hussin serta merupakan salah seorang anggota Ahl al-Bayt.

Siti Fatimah al-Zahra dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadil Akhir iaitu tahun kelima sebelum Nabi SAW menjadi Rasul.

Ketika itu kaum Quraisy sedang memperbaiki dan membangun kembali Kaabah disebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut. Siti Fatimah puteri yang merupakan kesayangan Nabi Muhammad mendapat gelaran al-Sidiqah (wanita terpercaya), al-Thahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diBerkati Allah) dan gelaran yang paling sering disebutkan, Fatimah al-Zahrah (bunga yang mekar semerbak).

Beliau juga digelari al-Batul, iaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan seperti, ilmu, akhlaq, adab, hasab dan nasab. Fatimah lebih muda daripada Zainab, isteri Abil Ash bin Rabi' dan Ruqayyah, isteri Uthman bin Affan. Juga, beliau lebih muda daripada Ummu Kalsum.

Siti Fatimah al-Zahrah menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi sedang sujud, menyembah Allah SWT; dengan tangisan kesedihannya Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi daripada kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraisy.

Rasulullah pernah berkata, "Fatimah sebahagian daripada ku, dan barang siapa yang menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku."

Rasulullah pernah bercerita tentang kearifan yang dicapai oleh Fatimah kepada Salman Al-Farisi. Baginda bersabda, "Wahai Salman, ketahuilah bahawa Allah SWT telah memenuhi kalbu dan seluruh jiwa raga puteriku dengan keimanan." Lalu Al-Hassan menuturkan: "Ibuku adalah dia yang memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad."

Sebagai pendamping hidup Imam Ali RA, Fatimah juga tampil sebagai isteri yang ideal dan suri rumah yang penuh bertanggungjawab. Bahkan beliau turut menggerakkan beberapa protes sosial terhadap status quo yang merampas kekhalifahan Saidina Ali dan pencerobohan ke atas tanahnya.

Demikian besar peribadi Fatimah sehingga insan sehebat Saidina Ali berasa tenang dan damai di sisinya. "Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku. “Saat aku melihat Fatimah," kata Imam Ali, "hilanglah duka dari seluruh jiwaku."

Rujukan

Himpunan Hadis Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sahih Bukhari Jilid 5, Buku 57, Nombor 61.

Berikut adalah info pendek mengenai Fatimah Az Zahra;

Fatimah Az Zahra aka Fatima bint Muhammad

Lahir: Hari Jumaat, 20 Jamadil Akhir di Makkah, Saudi Arabia.
Wafat: 8 Ogos 632 Masihi di Medina, Saudi Arabia
Nama Penuh: Syeda Fatima bint Muhammad
Ibu & Ayah: Muhammad, Khadijah bint Khuwaylid.
Adik-beradik: Zainab bint Muhammad, Ruqayyah bint Muhammad
Anak: Husin ibn Ali, Hasan ibn Ali, Zaynab bint Ali, Ummu Kulthum bint Ali, Muhsin ibn Ali.

Sumber: WIKIPEDIA bebas

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad