Saturday, January 10, 2015

Am I Weird? I Think I’m WEIRD…




Persoalan yang pelik bukan? Tapi itulah realitinya. Dari dulu lagi K rasakan bahawa diri K sangat-sangat WEIRD.

Setiap individu punya karakter dan personaliti yang berbeza. Ada yang karakternya cool, pendiam, cheerful, hyper, talkative and something goes to like that. Namun tidak kurang juga yang berperwatakan pelik, tidak normal seperti orang lain, in simply words, difference from the others. To the points, that was ME.

Nak tahu apa yang WEIRD tentang diri K? baiklah, hari ni K akan discover 5 tabiat pelik yang ada pada diri K yang mungkin sesetengah pembaca pernah lalui atau dalam erti kata lain, mungkin ini kerana K yang lahir pada tanda bintang Sagittarius? However, let’s find out it together…

Pertama sekali, SUKA MENGIGAU LEWAT PAGI.

Kira-kira masa tengah nak bangun tidur tak sah kalau K tak bercakap sorang-sorang. Memang susah nak akui perkara tersebut dalam keadaan kita yang separa sedar namun tak boleh dinafikan lagi coz kakak K sendirilah yang sering menjawab PERCAKAPAN K yang melalut tak tentu maksud. Selain tu, mak pernah cakap, ALARM yang bangunkan semua orang dalam rumah ialah TANGISAN K yang sangat ngeri waktu pagi (o_O)

Hmm… tu memang menyusahkan orang.

Yang kedua, MENANGIS TERUK BILA KUCING PELIHARAAN MENINGGAL.

Haa! Bila dah Nampak ayat TERUK tu, tahu-tahu je lah ya. K ni memang emotional when it comes to my pet. Sampai seminggu duduk dalam bilik tatap gambar pet yang K simpan till my eyes get puffy (T_T)
Memang tulah cara mudah nak buat K menangis coz K ni jarang nangis depan orang. Kalau tengok citer cinta terutamanya CP nak break up ke, hero nak mati ke, heroin nak terjun laut ke, SORRY lah ye, cuma wajah BLUR K yang terpampang depan TV. Tapi cuba korang bagi K citer berunsurkan haiwan, OF COURSE K mengalir air mata SETEMPAYAN. Tak usahkan Movie, dokumentari tentang haiwan terbiar pun boleh buat K sob depan skrin.

Yang ketiga, LEPASKAN STRESS DENGAN MENARI.

See? This is my own way to the point no one can imitate me. Siapa yang tak pernak stress dalam dunia ni? Everyone get stress. Kalau tak stress, maknanya orang tu TAK ADA KEHIDUPAN. Kosong… such a blank sheet of paper. Jadi, berbeza orang, berbeza jugaklah cara mereka hilangkan stress. Macam idol kegemaran K yang satu ni, bila ditanya cara dia hilangkan stress dalam kehidupan dia sebagai seorang artis simple je “goyangkan kepala lepas tu semua perkara runsing akan lenyap” (Ono Satoshi [Majalah epop Malay] ) hmm.. betul ke? May be, I will try it too. But, melalui cara K pulak lain. Bila nak hilangkan stress, cara K menari sepuas-puasnya dengan gaya main hentam je tapi bukan depan orang, I mean in my bedroom. Using my headphone with highly volume then I start to dance BUT… WATCH OUT, bila stress K dah sampai tahap kritikal, K langsung Turn ON guna SPEAKER BOX. Sampai orang kat rumah pun tak berani masuk bilik, coz no way more to MAKE ME CALM. Bukan menari lagu ballad tau, dah namanya stress, muzik dan tarian BOA jadi genre pilihan K how to get rid my STRESS. It’s helpful I tell you. Try it once!

Yang terakhir, SUKA BAGI MAKAN KAT KUCING.

Ni memang tabiat pelik K yang sukar nak buang. Sampai kucing jiran K yang datang pun, K bagi makan BUT terpksalah tutup telinga dengar mak membebel. And now, the numbers of CAT were increase at my home (o_O) tak tahulah dari mana diorang ni datang but since I love cat, they always welcome at our home sampai K tak pernah buat searching where they come from. Tapi apa yang K nak tekankan kat sini, berbuat baiklah sesama makhluk tak kira manusia ataupun binatang coz kita kan sama-sama makhluk ciptaan dari Pencipta yang sama. Tak ada masalah kan untuk berbagi-bagi rezeki sesama makhluk. Look, even kalau kita sesat kat hutan, kita tetap panjat pokok nak ambil buah nak hilangkan rasa lapar, ada ke Singa, gajah, harimau teriak kat kita supaya jangan diambil makanan dalam hutan? Tak ada kan? Sebab kalau dah namaya rezeki, pasti ada kat mana-mana. Cuma yang tinggal ialah usaha dan tawakal pada Allah SWT. So, fikir-fikirlah sendiri. Dan bercakap pasal haiwan terbiar seperti kucing, korang tahu tak apa petanda Kucing mendatangi seseorang tak kiralah kita duduk kat mana-mana ataupun bila kita duduk kat kedai makan kaki lima. Maknanya, kita ni boleh dikatakan pembawa rezeki untuk kucing yang mendatangi kita. Kerana menurut pepatah RASULLULLAH SAW “tiada satu sedekah pun yang boleh mengurangkan harta kalian”. Samalah maksudnya disini, tak kurang sedikit pun rezeki kalian kalau memberi haiwan makanan, malah bertambah rezeki kalian. Bersyukurlah kita dijadikan manusia dan bukan haiwan. Dan sentiasalah mempunyai sifat berkeperimanusiaan pada haiwan yang terbiar. Haiwan tidak mampu berkata-kata, mereka hanya mampu meminta (dan mungkin dengan cara mereka berterima kasih pada kalian ialah dengan cara Tuhan mengemmbalikan rezeki anda berlipat kali ganda).

Wallahualam.

Dan ingatlah, sebaik-baik tangan, ialah tangan yang memberi.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad