Monday, January 26, 2015

ARASHIX PERFUME Blowing Kiss Episode In HnAc



Moshi moshi, Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^_^

Hari ni K nak buat post tentang episod “Arashi Blowing Kiss” dalam rancangan Himitsu no Arashi Chan dan tetamu undangan bersama 3 Penyanyi Wanita bergenre Electropop Jepun iaitu Perfume (Kashiyuka, A chan dan Noochi). Walaupun episod ni dah lama (sekitar tahun 2010) K tetap jugak nak post tentang episod ni yang merupakan segmen kegemaran K satu-satunya dalam banyak segmen HnAc.


Blowing Kiss ARASHI X PERFUME

Segmen bermula dengan penjelasan Noochi yang suka akan lelaki yang mengerdipkan mata dan melemparkan ciuman.

Sho kun: Wujud ke orang macam tu?

Noochi: Seperti cara biasa atau gaya kasual.


Nino: Bagaimana awak melemparkan senyuman secara kasual?

Aiba: Adakah cara ini kelihatan kasual?

Ketiga-tiga mereka (Aiba, Nino dan Ohno) menunjukkan gaya kasual.





Liht gaya Oh chan, lembut sekali kan?

Sho kun: Maksud awak lakukannya secara semulajadi bukan?

Noochi: Ada perbezaan jika awak tak biasa lakukannya tapi anda melakukannya secara spontan.

Noochi: Semasa rancangan Music Station, sehabis saja Ohno san selesai dengan tarian solonya, dia mengerdipkan matanya.

Semua member memandang Oh chan...

Oh chan~~ (cuba mengingat semula)




Jun: Apa maknanya awak melakukan hal sebegitu?

Ohno: Ehh? Saya?

Noochi: Selepas dia selesai menyanyi, di bergerak ke hadapan lalu mengerdipkan matanya dihadapan kamera.

Oh chan yang masih cuba mengingat...

Ohno: Ehh?! Saya lakukannya?

Jun: Awak tak ingat semua tu?

Ohno: Saya tak ingat.

Pengacara: Disebabkan kita berada dalam topik ersebut, bolehkah awak semua lakukannya seorang demi seorang?

Aiba: Saya!Saya!Saya! Saya tak pandai lakukannya.

Seseorang: Lakukan saja dengan cara awak.


Pengacara: Dan kita bermula dari Leader.




Jun: Disebabkan dia lihat awak lalu memikirkan semua ni.

Blowing kiss pertama dari Oh chan

Reaksi Perfume dengan blowing kiss dari Ohno.

Oh chan sangat geli hati~

Ohno to Nino: Ia sangat memalukan selepas awak selesai melakukannya.

Giliran seterusnya... NINO

Blowing kiss dari Putera Yamada Taro

Dan reaksi Perfume

Sho: Sangat bagus.

Tiba giliran yang paling dinantikan...

Blowing kiss dari Putera Domyouji

Reaksi Perfume

Seterusnya, giliran Sho kun

Jun: Tumpukan perhatian!

Blowing kiss dari RAPPER Arashi

Reaksi Perfume. Sungguh mengharukan, mengalahkan blowing kiss Putera Domyouji.

Semua terkejut hingga Jun tertunduk ke atas lantai.

Ohno dan Nino mengejek gaya Sho kun.

Jun yang tidak berpuas hati dengan gaya Sho kun (Jun: Maaf, tapi boleh lakukannya sekali lagi)

Cubaan kali kedua...

Yeah..

Nino: Sangat natural!

Aiba: Saya tak nak lakukan semua ni!

Pengacara: Salah seorang dari awak akan dipilih ok?

Aiba yang bersedia..

Tumpu perhatian sepenuhnya..

FINALLY... Blowing kiss from Aiba Chan!

Reaksi Aiba yang menyembunyikan perasaan malunya.

Namun begitu mendapat senyuman paling lebar dari PERFUME.

ARASHI yang ketawa dengan persembahan Aiba

Sho kun: Ianya menegang hingga ke mulut.

Perfume yang tidak dapat menahan geli hati dengan ucapan Sho kun.

Pengacara juga yang turut ikut geli hati.
TAMAT Screenshot...

Gomen ne jika kualiti screenshot nya tidak seberapa jelas. Video tersebut diambil dari laman Youtube yang diuploadkan semula oleh Arashi fan. Dan Sari katanya cuma dalam  bahasa Inggeris dan disini K akan translate ke dalam bahasa Melayu. Mohon diberi perhatian bahawa caption yang berwarna merah jambu ialah ayat K sendiri. Aiba dengan caption berwarna hijau, Jun ungu, Nino kuning, Ohno biru dan Sho merah. Manakala warna hitam mewakili caption Perfume dan Pengacara.

Disebabkan durasi videonya Cuma dalam beberapa minit, sebanyak ini saja sreenshot yang bisa K ambil buat tatapan pembaca. Seperti yang dikatakan 2 showhost wanita tadi, salah seorang member akan dipilih siapa yang memberi blowing kiss yang terbaik bukan? Dan menurut anda, siapa pilihan PERFUME?

credit pic: TUMBLR

Dan jika menurut pilihan K, pastinya blowing kiss dari Oh chan (>_<) sangat lembut dan menawan dan ketawanya yg geli hati selepas melemparkan blowing kiss pada Perfume, Kyaaaa… cho kawaii~

Dan antara part kesukaan K ialah part Aiba chan yang tersimpul malu. He’s so sweet~. Demo, too bad he can’t do it well but Aiba chan masih berusaha melakukannya. Dan terima kasih Aiba chan, dah banyak buat K gelak tengok episod ni. Lucu betul Aiba chan~

Dan juga part A chan yang tersenyum. Senyumnya cantik sekali.

Apapun, setakat ini coretan K mengenai ARASHI Blowing Kiss Episode Dalam rancangan Himitsu no Arashi Chan. Harap semuanya terhibur ^_^

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad