Saturday, October 25, 2014

Selamat Menyambut Awal Muharam 1436 Hijriyah




Alhamdulillah, segala pujian ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk mengecapi setiap nikmatNya dan berjumpa lagi di dalam coretan K kali ini.

Memasuki tahun baru Hijrah, alangkah sebaiknya kita hayati terlebih dahulu perkataan Hijrah iaitu yang bermaksud PERPINDAHAN. Hijrah secara am  dan ringkas adalah perpindahan daripada sesuatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Setiap tahun kita meraikan sambutan
Maal Hijrah. Kita mengagumi dan menghayati peristiwa hijrah Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah Ke Madinah. Lebih dari itu, kita menyusuri kisah perjuangan Baginda Rasulullah SAW, menjadikannya satu inspirasi bagi menuju kecemerlangan dan kita cuba merealisasikan konsep hijrah dalam erti kata sebenar di dalam setiap tindak tanduk perbuatan serta amalan kita,  menyimpan satu hasrat untuk berhijrah dan bertekad untuk berada di dalam keadaan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Insya’Allah kita akan berusaha ke arah itu. Hijrah itu satu PERJUANGAN. Hijrah juga perlu PENGORBANAN. Hijrah dalam mencari KEREDHAAN ALLAH. Hijrah SEPANJANG ZAMAN.



Semoga perjalanan hidup kita di Tahun Baru akan dipermudahkan, diberkati dan diredhai Allah hendaknya. Apa yang kita perjuangkan dan kita lakukan adalah kerana Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad