Wednesday, October 08, 2014

Pangsapuri Dan Cafe Ala Negeri Dongeng Di Jepun



Tempat perlancongan yang satu ini seolah-olah wajib dikunjungi bagi para pencinta kisah dongeng yang sedang melancong ke negara matahari terbit iaitu negara Jepun.Ini kerana tempat tersebut akan membawa pengunjung berfantasi seolah-olah tinggal di negeri dongeng.



Sebuah kafe juga yang turut dibina di Kichioji, Tokyo akan membawa pengunjung menikmati uniknya tinggal di bandar kucing. "Temari no Uchi" sengaja didekorasikan sedemikian rupa, lengkap dengan rumah kucing yang sangat lucu dan comel.



 





Selain itu sebuah Pangsapuri yang terletak di Hamamatsu, Shizuoka, siap membuat pengunjung merasakan seolah-olah tinggal di bandar Halloween. Bahkan, kawasan sekitar pangsapuri ini menggambarkan bandar sihir yang berada di filem "Harry Potter". Bukan hanya pangsapuri, malah beberapa kafe di Jepun juga turut menawarkan pemandangan indah ala negeri dongeng.




Kemudian, ada lagi sebuah restoran unik yang terletak berhampiran Danau Yamanashi. "Mori no Arum" dibina seakan-akan dengan rumah kuno dalam negeri dongeng.

Turut juga dihiasi lengkap dengan cerobong serta kayu yang menompang salah satu sisi restoran tersebut.


Sementara itu, di Sumida, Tokyo, ada kafe tersembunyi yang jauh dari keramaian. "Spice Cafe" akan membuat pengunjung merasa selesa dengan pemandanga pelbagai tanaman yang menghiasi kafe ini yang sesungguhnya mengujakan setiap pengunjung yang datang berkunjung.

Jadi, bagi sesiapa yang gemar memilih tempat pelancongan ala negeri dongeng, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda pilih dan menikmati hujung minggu anda dan serentak itu juga menghayati keindahan tinggal di tempat ala negeri dongeng bersama keluarga, rakan mahupun orang yang disayangi...

Images Source: Google

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad