Wednesday, July 02, 2014

Remaja Personaliti Sisi Gelap (Otaku)


Apabila sebut tentang “remaja”, apakah yang pembaca bayangkan? Bermain bola dengan rakan-rakannya? Mungkin juga membeli-belah di gedung-gedung besar bersama teman-teman? Atau cinta monyet di alam persekolahan??? 

Baiklah, topik K hari ini akan berbicara tentang apa sebenarnya yang dikaitkan dengan watak “Remaja Personaliti Sisi Gelap” ataupun pada kata asalnya “Otaku”.



Secara amnya remaja yang dikategorikan sebagai Remaja Personaliti Sisi Gelap ialah remaja yang suka mengurung diri di dalam rumah/bilik dan lebih suka melakukan aktiviti indoor. Dengan kata nama yang lain mereka lebih sinonim dengan gelaran (Otaku).


Otaku (おたく/オタク?) adalah istilah Bahasa Jepun yang digunakan untuk menyebut remaja yang benar-benar tekun terhadap sesuatu hobi yang digemari.
Sejak 1990-an, istilah Otaku mulai dikenal di luar Jepun untuk menyebut penggemar mania beberapa budaya hiburan yang berasal dari Jepun seperti anime dan manga.

Di Jepun, kebanyakan golongan yang bergelar Otaku majoritinya ialah lelaki dan sesetengah daripadanya lebih selesa dengan panggilan AKIBA (the guy who love game and animation), seperti yang pernah disebut oleh seorang celebriti Jepun dari band popular Arashi iaitu Ninomiya Kazunari yang sangat dikenali sebagai pencinta animasi dan permainan sehingga beliau banyak menerima tawaran iklan sebagai duta permainan video. Antara iklan permainan videonya yang terkenal ialah Super Mario Brothers, duo kolaborasi bersama teman rapat Arashinya iaitu Ono Satoshi.




Ha!! Sebut pasal “Otaku” K rasa mungkin hanya separuh daripada remaja kat Malaysia ni mengaku mereka ialah “Otaku”. Separuhnya lagi mungkin merahsiakan diri mereka sebagai otaku keranaa bagi mereka menjadi remaja yang dianggap Otaku merupakan yang sesuatu yang tidak perlu dibanggakan kerana ia adalah hanya sekadar gelaran kepada remaja-remaja yang focus pada sesuatu minat yang dilakukan secara indoor dan tidak bergaul dengan remaja-remaja yang lain. Dalam erti kata lain, otaku ialah seorang yang sangat kesunyian.

Namun,  jangan risau jika anda seorang Otaku. Bagi K selaku sebagai seorang Otaku seperti Otaku-Otaku yang lain, gelaran “Remaja Personaliti Sisi Gelap” bukanlah sesuatu hal yang disembunyikan dari orang ramai, namun ia juga bukanlah sesuatu harus buat kita rasa bangga kerana bagi K “The only things we can do is just to be ourself because once we imitate the others, we can’t learn to be ourself”.

Hidup menjadi seorang otaku bukanlah paksaan dari mana-mana pihak kerana sifat semulajadi menjadi seorang otaku wujud sejak dari mula kita memahami apa yang kita suka lakukan yang boleh membawa kejayaan dalam hidup kita. Bermula dari seorang Otaku, mungkin dari situ bakat kita muncul tanpa diduga. Talents. Talents is giving by God and our promise is to fulfill it.

Lihatlah berapa ramai golongan yang bergelar Otaku menjadi orang-orang yang berjaya mencipta nama di persada dunia terutamanya di negara matahari terbit sendiri yang sinonim dengan gelaran Otaku.




Dari seorang remaja yang menghabiskan waktu lapang dengan bacaan komik, minat mereka bercambah lalu terjun ke alam lukisan. 


Bermula dari watak lukisan yang kecil dan tidak menarik ia berkembang ke watak yang lebih mencabar. 


 Ton warna dan padanan garisan diteliti secukupnya. 


Hari demi hari pelbagai lukisan dicipta. 


Karya seni dihantar dan bakat mula mekar di hadapan penilai lukisan.
Dari seorang mania komik, kini otaku terjun ke bidang penulisan dan menjadi seorang mangaka dengan hasil-hasil manga tulisan tangan sendiri. Dan begitulah  uniknya perwatakan seorang Otaku.

Jadi kesimpulannya mudah sahaja, bagi K tidak perlu rasa bimbang jika anda seorang Otaku kerana Otaku juga ialah insan biasa serupa manusia. Setiap orang masing-masing mempunya ciri-ciri dan perwatakan yang berbeza. Dan juga seperti insan yang bergelar Otaku, mereka juga punya kelemahan dan kelebihan dan apa yang penting kita mengenali keistimewaan pada diri kita sendiri dan bukan dengan cara meniru orang lain. Menjadi yang terbaik hendaklah dari diri kita sendiri.


Walauapapun, my wish to all Otaku out there, just be the way who you are. Don’t care what people say, just follow your own way to reach your dream to become  a good person in the future, but never forget your GOD, start everything with Bismillah. Be happy go lucky ^__^




Images credit : s247.photobucket.com/goodfon.su/devianart.com/crunchyroll.com/pheed.com.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad