Friday, October 31, 2014

Keindahan Masjid Camii Di Jepun



Jepun ialah sebuah negara maju dengan Islam menjadi agama yang minoriti di sana. Namun demikian, perkembangan Islam di negeri yang kebanyakan penduduknya beragama Shinto itu cukup menggembirakan. Hingga tahun 2014 ini, jumlah masjid yang telah berdiri di seluruh Jepun mencapai 80 buah, dan terus bertambah sehingga kini.  
 

 
Masjid paling besar yang ada di Jepun bernama Tokyo Camii, yang mana terletak di bandar Tokyo. Pembangunan masjid tersebut dilakukan oleh pekerja-pekerja yang berasal dari Turki, sehingga reka bentuknya bergaya Ottoman mirip sekali dengan  Masjid Biru di Istambul.

Masjid Camii terdiri dari 2 tingkat dan jumlah kapasiti jemaah masjid mencapai sehingga 1200 orang. Lokasinya berada di perumahan Yoyogi Uehara, amat mudah untuk sampai dari kawasan pelancongan sekitar Shinjuku dan Harajuku



Bahagian bawah masjid ataupun tingkat 1 difungsikan sebagai pusat kebudayaan Islam iaitu tempat masyarakat umum boleh berkunjung dan belajar mengenai agama Islam. Manakala tempat solat berjemaah terletak di tingkat 2. 


Jemaah Masjid Tokyo Camii sebahagian besar merupakan pendatang, secaranya umumnya dari Turki,  serta beberapa negara-negara lain. Istimewanya, khutbah imam masjid diucapkan dengan 3 bahasa iaitu bahasa Turki, Inggeris, dan juga Jepun.

Yang menariknya dari kisah masjid
Tokyo ini adalah toleransi dan kesepakatan antara penduduk yang terjadi di sana. Kebanyakan masyarakat bukan Islam yang khusus mendatangi masjid semata-mata hanya untuk duduk di tingkat 1, yang mana terdapat sebuah lobi dengan suasana selesa dan tenang.

Dikatakan mereka sekadar ingin merasakan ketenangan sesusai menjalankan aktiviti padatnya dengan duduk di lobi
Masjid Tokyo Camii. Telah disiarkan oleh laman Nippon.com, pengunjung wanita tetap harus menghormati masjid dengan memakai tudung jika ingin duduk di lobi. Perkhidmatan memakai tudung sudahpun disediakan masjid sehingga mereka hanya tinggal memakainya.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad