Wednesday, October 08, 2014

Love Interest Person Ohno Satoshi


Celebriti Lelaki Gemar Satoshi Ono


Sebelumnya dia antara ahli yang paling banyak digemari artis tetamu wanita dalam variety show terkenal Himitsu no Arashi Chan (The Secret Of Arashi) dengan pernah mencatat “11 Female choose OHNO” seperti yang pernah dinyatakan dalam Tokyohive.Com.  Antara selebriti terkenal yang memilih Ohno sebagai ahli Arashi kegemaran termasuklah Shibasaki Koh, Karina, Kuroki Meisa dan Hasegawa Jun.


Dan kali ini siapa sangka artis bertubuh kecil yang sering dipuji comel sekaligus merupakan ketua boyband popular Arashi ini kebanyakannya diminati bukan sahaja selebriti wanita terkemuka Jepun mahupun remaja belasan tahun malah juga digemari beberapa selebriti lelaki Top Jepun tidak kira dari bidang hiburan mahupun sukan.


Sikap ramah, tenang dan bersahaja Ohno Satoshi merupakan salah satu tarikan selebriti2 amat mudah mendekatinya. Ohno sentiasa dirujuk sebagai salah seorang artis yang berwajah muda dari usia yang mempunyai paras rupa yang feminin dan cantik. Tidak hairanlah, sejak dari awal variety show Arashi ni Shiyagare dipertontonkan pada umum, Ohno sentiasa menjadi pilihan tetamu lelaki untuk membawa sesuatu watak perempuan.


Antara nama-nama besar selebriti lelaki top Jepun yang suka melamar dan bermain cinta dengannya ialah  artis JRock Putera Stoic Nombor 1 Jepun, GACKT pada tahun 2010. 


Diikiuti Senior TOKIO, Nagase Tomoya yang berasal dari agensi yang sama pada tahun 2011.


Dan pada sekitar tahun 2012, Ohno tidak ketinggalan menjadi pilihan kepada Pemain Bola Sepak Kebangsaan Jepun yang baru memasuki Kelab MU iaitu Shinji Kagawa yang mana beliau memilih Ohno sebagai watak kekasihnya bagi melakonkan demonstrasi pengakuan cinta terhadap wanita yang dicintainya.




Ohno juga sekaligus digelar “Love Interest Person” dalam segmen tersebut kerana sentiasa memberikan scene-scene yang memukau para-para penonton di studio.

Wajah Cantik Semulajadi


Selain itu juga wataknya sebagai Satoko Chan semasa menjalani tugasan “Cross dressing and take Purikura in drag” yang diarah oleh IKKO (transgender selebriti) serentak meletakkan nama Ohno di persada dunia Jepun sebagai satu-satunya selebriti lelaki tercantik dengan pemakaian "large-electric-eyes" yang berjaya menjalankan tugasan tersebut tanpa sebarang kegagalan.

Segmen rancangan tersebut yang baru beberapa hari diudarakan dan telah di UPLOAD semula oleh peminat2 di laman Youtube tanpa diduga mencecah tontonan rating tertinggi di Jepun berbanding rancangan acara-acara besar Jepun yang lain bagi menyambut awal tahun 2013. Bahkan ia juga menular hingga ke luar negara Jepun iaitu Taiwan yang mana salah satu stesen Tv Taiwan yang menjelaskan mengenai kecantikan pemakaian "large-electric-eyes" yang popular di Jepun dengan menjadikan imej Satoko Chan sebagai contoh selebriti lelaki yang cantik dalam pemakaian "large electic eyes".

 
Sebelumnya Ohno dikenali ramai sebagai salah seorang penyanyi dan pelakon Jepun terkemuka di MTV Taiwan. Dan Satoko Chan (gelaran) ataupun watak sebenarnya Ohno yang telah dijadikan sebagai contoh dalam pemakaian mekap yang hebat telah menukarkan perubahan rupanya yang sentiasa dilihat mempunyai wajah suci/lembut serta wajah tidur yang comel kepada wajah Satoko yang jelita dan elegan dengan pemakaian mekap ala wanita atau lebih dikenali “large electric eyes” yang sinonim dan popular di kalangan remaja-remaja Jepun.

Tugasan Ohno Satoshi pada acara besar rancangan Arashi ni Shiyagare pada awal tahun 2013 tersebut itu juga menyaksikan bagaimana Satoko chan berjaya menawan hati separuh Purikura Blogger seluruh dunia dengan perasaan teruja menyatakan “Kecantikannya ialah semulajadi. Dia lebih cantik dari seorang wanita. Tanpa pemakaian "large-electric-eyes", dia tetap seorang lelaki yang amat jelas paras femininnya. Dengan pemakaian "large-electric eyes", Satoko Chan 100x lebih cantik dari saya.”

disclaimer : I do not own any pic. credit goes to the pic/gif owner in various site as well as allthingsarashi.tumblr.com / devianart.com / www.jpopasia.com / www.football.co.uk and trxbqs.tumblr.com.  

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad