Asslamualaikum, Salam sejahtera, salam
satu Malaysia ^__^
Bersempena 29 Ramadhan 1435 Hijrah
hari ini, K ingin berkongsi topik mengenai
keindahan Malam Cahaya Pintu Gerbang Aidilfitri yang disambut setiap kali malam
7 Likur pada bulan Ramadhan.
Setiap kampung mewakili sebuah atau
lebih dari satu pintu gerbang mengikut kemampuan serta hasil kerjasama dari
setiap penduduk kampung yang mengendalikan Pintu Gerbang tersebut. Acara ini
juga turut disokong oleh Kementerian Daerah Saratok bagi menggalakkan kesedaran
kerjasama yang erat antara penduduk2 kampung sambil menjalin silaturrahim sesama
Muslim di Saratok.
Bukan itu sahaja, malah acara ini akan
turut dibawa ke Pertandingan Pintu
Gerbang Paling Kreatif yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri Saratok
yang mana majlis penyampaian hadiah akan diadakan sama ada di Dewan Masyarakat
Saratok ataupun Pusat Lakis Saratok.
Pertandingan Pintu Gerbang tahun ini yang
berorientasikan “Wasattiyah Tunggak Kesatuan Ummah”. Dan dilihat kesemua 8
pintu gerbang di Kampung Bunga Raya (1), Kampung Masjid (2), Kampung Tanjung (1),
Kampung Melango Baru Hulu (2), Lot Wawasan Kampung Melango (1) dan Kampung
Melango Baru Hilir (1), telam mempersembahkan pintu gerbang yang cantik dan
turut memukau setiap pengunjung yang datang ke sini.
Pertandingan turut merupakan platform
pencarian bakat-bakat seni bina dan reka cipta produk nkreatif yang berpotensi
untuk dibimbing dan diberikan pengiktirafan yang sewajarnya di peringkat
kampung. Dengan pendekatan baru yang diperkenalkan pada tahun ini akan
memberikaan motivasi dan semangat kepada kumpulan-kumpulan yang mengambil
bahagian.
Oleh itu, marilah sama-sama kita melihat
dan menikmati beberapa rekaan pintu gerbang dengan cahaya yang bergemerlapan
disana-sini yang memeriahkan malam sambutan Aidilfitri tahun ini.
Pintu Gerbang Kampung
Melango Lama Hilir
|
Pintu Gerbang Kampung
Melango Baru Hulu
|
Pintu Gerbang Kampung
Melango Baru Hulu 2
|
Pintu Gerbang Kampung
Masjid
|
Pintu Gerbang Kampung
Masjid 2
|
Pintu Gerbang Kampung Tanjung
|
Pintu Gerbang Kampung Bunga Raya
|
Pintu Gerbang Lot Wawasan Kampung Melango
|
Semoga Keindahan dekorasi
Pintu Gerbang Aidiltri Saratok tahun ini memuaskan hati setiap pengunjung yang
datang berkunjung ke setiap Kampung Melayu Saratok.
Dan dalam pada itu juga K
berharap kemeriahan Aidilfitri tahun ini
mendapat keberkatan dari Allah SWT disamping kita mengingati peristiwa penuh
dugaan bagi seluruh umat ISLAM terutamanya insiden Pesawat MAS boeing 777 MH17
yang terhempas di Timur laut Ukraine yang mengorbankan banyak nyawa serta
serangan kejam Zionis yang bertalu-bertalu menghentam bumi Palestine yang tidak
berdosa.
Sama-samalah kita berdoa agar saudara Muslim kita di Palestine
dilindungi dari kecaman Israel dan mudah-mudahan pergolakan segera diakhiri dan
tidak lupa juga Al-Fatihah buat saudara Muslim yang terkorban dalam nahas MH17.
Amin…
No comments:
Post a Comment