Monday, July 29, 2013

Mencari Malam Suci Lailatul Qadar


 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahhirrahmannirrahim….

Sempena bulan ramadhan tahun ini K ingin berbicara mengenai malam istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.


Ya! Satu-satunya malam yang ditunggu oleh setiap umat islam di seluruh pelusuk dunia. Tiada seorang pun yang tahu bilakah malalm tersebut menjelma namun apa yang pasti malam tersebut memang wujud sekali dalam sebulan sepanjang bulan ramadhan. Satu-satunya malam yang penuh sempurna, sangat berbeza dari malam-malam sebelumnya bagi insan yang pernah melaluinya. Subhanallah, betapa beruntungnya insan yang pernah merasai malam tersebut. Sukar untuk digambarkan kerana K juga belum pernah mengalaminya namun sedikit sebanyak yang K tahu, malam tersebut merupakan malam yang sangat putih bercahaya, seluruh ciptaanNya tunduk ke bumi menyembah Penciptanya (Allah SWT). Insan yang mengalami malam Lailatu Qadar ini seolah-olah berada di alam mimpi. Malam yang penuh keberkatan ni juga akan memberi kesedaran kepada kita akan kekuasaan Yang maha ESA disamping mendapat hidayah yang yang sekaligus menjurus seseorang agar lebih bertawakal kearah jalanNya yang lurus dan benar. 


Setiap doa yang dipanjatkan mukmin pada malam tersebut juga akan terkabul jika diminta dengan hati yang ikhlas serta mendapat keizinan yang diredhakan olehNya. Namun bukan semua mukmin dapat mendapat hidayah dari malam lailatul Qadar kerana Allah telah memilih hanya sebahagian dari golongan-golongan mukmin yang beruntung dapat melalui malam tersebut berdasarkan tahap ketakwaan dan keimanan yang kuat oleh seorang mukmin yang bertakwa kearah jalanNya

Oleh itu, rajin-rajinlah beribadat terutamanya pada bulan ramadhan yang penuh keberkatan dan jangan sesekali berputus asa memanjatkan doa pada yang Maha Esa. Berdoalah dengan hati yang ikhlas serta yakin bahawa doa kita akan dikabulkan. Insyaallah…
 

 
Ucapan terima kasih K ucapkan kepada pengunjung blog yang sudi meluangkan masa untuk membaca blog k diatas, harap dikongsikan bersama blogger/umat islam yang lain. Anda selangkah berjihad ke jalan Allah dan K doakan kesejahteraan setiap pengunjung blog.

Salam sayang dari K,
Wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad