Friday, June 12, 2015

Wanita Solehah Mutiara Muslimah Sejati




Bismillaahirrahmaanirrahiim

Allah berfirman " Katakanlah kepada wanita yang beriman, " Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) tampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya.....(lihat selengkapnya di QS. An-Nur ayat 31)

 


Rasulullah bersabda " Sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholehah. Dan perkara yang pertama kali ditanyakan kepada seorang wanita pada hari kiamat adalah shalat 5 waktu dan ketaatannya terhadap suami" ( HR. Ibnu Hibban dari Abu Hurairah).


Wahai saudaraku, apakah ciri-ciri wanita sholehah itu?

Meyakini bahwa Allah sebagai Rabb-Nya dan Nabi Muhammad sebagai nabinya, Islam sebagai agamanya yang haq,Al -Qur'an dan As Sunnah sebagai pedoman hidupnya.

Mampu menjaga pandangan dari lelaki yang bukan muhrimnya

Menutup aurat

Sentiasa menjaga tutur kata agar bermakna hanya untuk kebaikan

Murah dengan senyuman
- Senyum dalam cara yang profesional. Maksudnya, tidak semua lelaki yang dijumpainya diberi senyum manis, tetapi senyum yang bernilai ibadah yang tidak menimbulkan fitnah.

Pintar dalam bergaul
- Pandai memilih teman yang membawa kea rah kebaikan. Dia menyedari bahawa melalui pergaulan yang baik ilmu akan bertambah dan wawasan semakin luas. Ia selalu mengambil hikmah dari setiap orang yang dia temui. Pendek kata hubungan kemanusiaan dan taqarrub kepada Allah dilakukan sebaik mungkin.

Saat mendapat kekurangan dalam diri, dia amalkan dengan belajar memperbaiki diri. Dia sedar akan kelebihan dan kekurangannya yang membuatnya tetap bersyukur dan tidak kufur nikmat.

Semangat menuntut ilmu, mengamalkan ilmu dan mengajarkan ilmu kepada yang lain hanya mengharap redha Allah.

Jika dias eorang anak, dia patuh kepada orang tuanya selama dalam kebaikan.

Jika dia seorang isteri, dia akan taat pada suami(selama dalam kebaikan), mengajak kepada kebaikan, mampu membahagiakan suami, tidak berbicara keras dan kasar di hadapan suami.

Apabila ia seorang ibu, dia akan mendidik anaknya untuk taat pada Allah dan Rasul, mengajarkannya tentang aqidah yang benar dan menanamkan akhlakul karimah kepada anak.

Bersabar atas ujian dan persoalan hidup. Kerana baginya ujian adalah tarbiyah untuk membentuk pribadi yang tangguh.

Kesimpulannya, wanita solehah itu adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, mencintai Allah dan Rasul-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Wanita solehah adalah muslimah sejati ibarat mutiara yang terjaga, ia sentiasa menjaga dirinya dengan berhias akhlak mulia, istiqamah di atas syariat-Nya, berpegang teguh dengan sunnah nabi-Nya serta tumbuh di lingkungan yang terjaga.

Sahabat, saudaraku fillah...

Untuk menjadi wanita sholehah tidaklah semudah kita membalikkan telapak tangan, semuanya perlu waktu, proses dan kesungguhan membina diri. Bermula dari segi asuhan orang tua, pendidikan, keteladanan dan berada dalam kalangan orang alim amatlah berpengaruh.


Banyak wanita berjaya dalam kerjaya mereka namun tidak semuanya boleh menjadi solehah. Kerana solehah dan tidaknya seseorang tergantung dari ketaatan pada aturan Allah dan Rasul-Nya. Dan ini berlaku secara universal tidak hanya bagi yang sudah bergelar isteri namun berlaku juga bagi kita yang belum menikah.

Jika wanita muda mampu menjaga diri dan memelihara akhlaknya, maka iman kaum lelaki  akan semakin kuat. Cahaya kesolehan wanita mukminah akan menjadi penyejuk dan peneguh hati orang yang beriman.

Kita sering mendengar bahwa di belakang seorang pemimpin yang berjaya ada seorang wanita yang sangat hebat. Namun tidak sedikit pemimpin yang tergelincir kerana tergoda oleh wanita yang tidak baik. Jika wanita solehah ada di belakang para lelaki di dunia ini, boleh di bayangkan berapa kejayaan yang boleh diraih? Wanita juga diibaratkan tiang negara. Bila wanita baik maka negara akan baik dan kuat. Namun sebaliknya bila akhlak wanita rosak maka negaranya juga akan rapuh.

Jadi...menjadi wanita solehah adalah sebuah keharusan dan ini semoga menjadi tekad kita bersama.


Disalin semula dari: birunyablogku.b.c
Disunting semula oleh: Putri Rafflesia
Gambar: Google

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad