Wednesday, June 24, 2015

Doaku Buat Satoshi






Kali pertama ku mengenali dirinya, dia kelihatan seperti insan biasa..
Bertubuh kecil namun bakatnya luar biasa..
Pandai menyanyi dengan suara yang pasti meremangkan bulu roma..
Subhanallah, sungguh memikat hati suara makhluk ini.

Tatkala tersenyum, membuat hati kita turut tersenyum bersamanya.
Subhanallah, damai dan tenang sekali kehadirannya ibarat lautan biru yang menyejukkan mata.

Orangnya lelaki namun pendiam,
kurang berbicara dan percakapannya sentiasa merendah diri..
Subhanallah, jarang sekali aku dipertemukan dengan kaum Adam berperibadi sebegini.

Senyuman yang manis menambahkan keindahan pada seri wajahnya yang secomel bayi..
Subhanallah, begitu mempesona parasnya.. namun sesungguhnya tiada yang biasa mengalahkan mengalahkan kecantikan sekalian alam Nabi Yusuf.

Ketika dibuli manja sesama kumpulan atau orang luar, dia hanya menurut dan tersenyum kerana baginya orang selesa dan menyukai dirinya.
Subhanallah, begitu positif akal fikirannya yang tidak berburuk sangka terhadap niat orang lain.

Saat dijamukan makanan, hanya ‘UMAII’ tindak balasnya..
Itulah sikapnya yang sentiasa mengatakan semua makanan yang dimakannya sedap
Subhanallah.. teringat aku akan sifat mulia nabi Muhammad SAW, nabi junjungan seluruh alam, kerana tidak sekali beliau mengeji makanan yang dijamukan para sahabat.

Tanggungjawabnya ialah sebagai ketua kumpulan..
Namun apabila diperhatikan, kedudukannya sentiasa di belakang.
Subhanallah… begitupun Muhammad SAW seorang Rasul, dia sentiasa berada di belakang ketika berjalan dengan para sahabat.

Ditanya siapa insan yang paling dekat dengannya..
‘Okaachan’, itu jawabnya.
Ditanya siapa idola/inspirasi dalam hidupnya,
‘Okaachan’ lagi jawabnya,
Dan ditanya lagi siapa yang akan diselamatkan dulu apabila Tsunami melanda..
‘I’m looking for my mom first!’
Subhanallah.. air mataku berlinang… betapa besarnya kasih insan ini terhadap Hawa yang melahirkannya.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah mempertemukan aku dengan makhluk ini dan memberi aku kesempatan mempelajari banyak perkara. Namun, dalam masa serentak membuatkan aku mencintai makhluk ini. Maksudku mencintai peribadinya serta sikapnya yang persis seorang insan yang begitu dekat dengan Sunnah2 Rasul terdahulu.

Dengan kehadiran makhluk ini juga membuatkan aku sedar, betapa aku merindui sikap mulia dan kepimpinan Rasullullah SAW.

Dan mengenai perihal insan yang kusebutkan diatas, dia bukanlah sesiapa dalam hidupku..
Bukan saudara,
bukan rakan,
juga bukan pacar…

Dia ialah antara makhluk lelaki/manusia biasa paling unik dan istimewa ciptaan Allah yang ku kenal buat pertama kali.

Dia adalah antara selebriti terkenal Jepun yang berasal dari sebuah kumpulan idola popular Arashi sekaligus merupakan ketua dalam kumpulan. Profesionnya ialah aktor, penyanyi serta koreografer tarian untuk persembahan. Bakat utamanya ialah nyanyian, tarian, seni tulisan kaligrafi, melukis dan mempunyai hobi memancing setiap kali selesai aktiviti Arashi.

Lahirnya dia di Bumi Sakura yang indah. Di Mitakashi, Tokyo Jepun, dia lahir jam 09.02 minit pagi seperti yang dijelaskan ibunya dalam sebuah variety Arashi. Pernah mengalami kseukaran ketika dilahirkan apabila tali pusat ibunya bergelut pada lehernya dan mempunyai peluang tipis untuk melahirkannya. Hingga pada akhirnya, Satoshi berjaya dilahirkan dan mengikut penjelasan doktor, sepertinya Satoshi seorang bayi yang mempunyai keinginan/jiwa besar serta berusaha berjuang untuk hidup.

Menyertai agensi bakat Johnny’s Jimusho melaui resume yang dihantar ibunya walaupun pada ketika itu Satoshi tidak mempunyai keinginan untuk menjadi seorang artis. Bakat tariannya mengagumkan Presiden Johnny Kitagawa hingga di diterima masuk dan menjadi salah seorang Johnny’s junior.

Pertama kali debut ialah pada 16 Oktober 1994. Banyak menjalani kehidupan juniornya di Kyoto serta pernah menjadi backdancer TOKIO dan V6. Menyertai banyak unit kecil dan unit terakhirnya ialah menyertai Musical Academy bersama teman baiknya Machida Shingo.

Impiannya untuk menjadi seorang pelukis namun takdir menjadikannya salah seorang anggota debut bersama Arashi pada penghujung tahun 1999 bertempat di Honolulu, Hawaii, USA. Namun begitu, impiannya tetap tidak diabaikan apabila dia antara salah satu bakat dari Johnny’s & Associates yang pernah menganjurkan pameran solo seni bertajuk FREESTYLE pada tahun 2008 di Omotesandou Hills yang mana telah menerima banyak kunjungan media dan ribuan peminat Arashi.

Ampuni dosaku Ya Allah, jika coretan ku ini membawa maksud syirik serta menjadi kemurkaanMu..
Ampuni dosaku Ya Allah, jika coretan ku ini lebih menjunjung idolaku dari menjunjung Rasullullah SAW..
Ampuni dosaku Ya Allah, jika menjadi kesalahanku beridolakan seorang insan yang bukan seagamaku…

Dan seindah manapun kecantikan makhluk ini yang bernama Satoshi, dia masih tetap insan biasa milik Yang Maha Berkuasa dan terima kasih Ya Allah kerana telah memperlihatkan aku betapa besarnya keagunganMu dan kebesaranMu yang mewujudkan insan ini lalu meletakkannya ke dalam rahim ibunya yang paling bertuah melahirkan bayi seistimewa Satoshi.

Dan telah Kau takdirkan juga kedatangannya di muka bumi ini untuk menjadi seorang insan yang sederhana, merendah diri, mementingkan kekeluargaan, mencintai persahabatan dan kasih terhadap ibunya.

Kau hadiahkan juga kepadanya bakat terpendam (sebagai seorang yang cinta pada keindahan alam lalu menjadikan ianya sebagai seni) yang mana telah dia buktikan pada seluruh insan yang menyokong segala usaha dan impiannya dengan pembukaan pameran solo seninya (FREESTYLE) yang menerima sambutan ramai.

Kau jadikan dia insan yang mudah didekati kerana peribadi rendah dirinya dan Kau jadikan dia dia insan yang sangat disayangi orang-orang sekelilingnya. Dan akhirnya Kau membuatkan dia dikenali ramai dengan nama Ketua/Pemimpin kepada sebuah kumpulan idola Jepun, ARASHI.

Lindungilah insan ini Ya Allah..
Gembirakanlah hatinya sepertimana dia menggembirakan hati insan yang menyayanginya,
Peliharalah kesihatannya dan Kau jagalah dia, sesungguhnya aku hanya seorang peminat serta hamba yang kerdil yang menadah tangan serta bersujud meminta kepadaMu Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. Berikanlah insan ini cahaya dan petunjuk dalam menerokai agama suci Islam serta Kau bukakanlah pintu hidayahMu kepadanya, dan berikanlah kesempatan kepada insan ini agar menerima Islam dengan hati yang ikhlas keranaMu Ya Allah.

Rasa penuh kesyukuran ku panjatkan pada Ilahi,
Sungguh… tiada apa lagi yang kuharapkan lagi dari insan ini,
Muslim tanpa Islam dalam diri Satoshi,
Subhanallah, semoga tercapai hendaknya agar satu hari nanti insan ini dengan seikhlas hati dengan nama Allah mengucap kalimah suci
(Ashaduallah ilaaha illallah, Waashaduanna Muhammada Rasullullah).
Ameen…


Laa ilaahailla anta subhanaka inni kuntum minadzalimiin...
~~~


Note;
Okachan - IBU

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad