Saturday, June 27, 2015

Arashi Muncul Di Skrin TV Tempatan (RTM1/2)



Assalamualaikum WBT
Ohaiyo minna ^_^

Hari ni rasa teruja sangat K nak bukak blog sebab nak citer pasal berita semalam yg buat K terkejut giler.

“Arashi Muncul Di Skrin TV Tempatan (RTM1/2) dengan Tajuk 'JAL Fly To 2020'

credit pic http://s.ameblo.jp/blanc-lis-tournesol/entry-12043493692.html
Truly! Indeed.. I get shocked abruptly and perkataan last sekali K dengar ialah “Masaki Aiba”. Then, baru K perasan, MEMANG ARASHI lah yang K watch semalam.

Actually semalam, after pray Isyak dan mengaji Al Quran sorang2 dalam bilik, K rajinkan diri kemaskan bilik yang bersepah. Ada jugak time kebetulan tersusun pulak rak DVD Arashi yang dh berhabuk sikit lama x disentuh. Senyum sorang2 gak bila tengok cover Arashi, lepas tu ingat nak gamkan balik sticker Hello Kitty yang tertanggal dalam diari K. Then, K tinggalkan bilik kejap direct go to guest room nak ambil gam kat laci bawah tv. Masa tu ayah duk kt sofa watch NEWS@2 kat tv2 (ntah knapa pulak semalam tukar angin tengok tv2 coz selama ni watch TV3 O_o). Then, selak2 laci tak jumpa, lpas tu K bukak laci tu luas2 sambil halakan pandangan kt TV yg terpampang betul2 depan K.

Mulanya K tengok kapal terbang…
lepas tu ada ilustrasi gambar 5 jejaka dengan lukisan anime.

“Ehh??!” cume tu yang keluar dri mulut K dengan penuh persoalan dan dlm masa serentak apa yang terlintas dalam fikiran K “JAL ARASHI JET 2011, 2012, 2013”

Terlalu fokus bfikir, straight muncul pulak khadiran 5 jejaka berbaju kot serba hitam dengan wajah yang K FAMILIAR sangat. BETUL2 depan mata K yang akhirnya memecah kemusyikilan K. Bagaikan tersentak jantung K.

“Kyaaaa!!! ARASHI! Mom, DAD! IT”S ARASHI! MOM! ARASHI ON TV!!”

That’s one of the crazy reaction from fangirls. And that was me (>_<)

Kekekekekee..
Tunggu pe lagi, direct K kol adik pompuan K yang study kat Melaka. 2-3 kali K kol dia x angkat2, then barulah K teringat dia pergi terawih. Jam 9.35, mungkin dia ternampak miss call K then suruh K kol balik. Ni ha, reaksi adik K;

“Ni pasti Jejak Rasul pergi Jepun sbb tu excited kol nk bagitau”
“ARASHI! Kat siaran RTM”
“…owhhh…”

K gerenti adik K terkejut giler dengar news tu. Hahahahahahahaaa… sampai tak terkata2.

Then lepas tu K luangkan masa depan tv tunggu jam 10 nak watch berita DuniaJam10 kt siaran RTM1, tapi ada siaran lain yang ganggu sampai siaran DuniaJam10 ditunda ke 10.30 malam. Tak pe, K tetap setia tunggu gak coz berita akhir jam 8 semalam K x berapa dengar clear sangat sebab tu nak rewatch balik. Hehehehehehehee…

Then, dengar pulak ringtone WApp K berbunyi,

“No… ku tk agk tb2 online… beriti nk news@2 yg malam tuk nak ado Arashi yo lum kua.. latest nak malam jak.”

Hahahahaaa.. rupanya cari info berita online gak adik  K kt sana.

Punya lah lama K tunggu masuk pulak berita sukan.
“Eh? Takkan tak de?!”
Jam 5 minit lagi nak pukul 11 malam (wajah frust)
“Ada. Tunggulah dulu. Berita sukan pun belum habis lagi. Adalah tu nanti..”
 Dengan konfiden ayak K berbicara.

A few second later… masa bingkisan penutup berita DuniaJam10 lepas pengacara lelaki tu as usual dengan Mutiara Katanya yang famous, dengan tenang dan bersahaja…

“Saudara…
Sebua boyband Jepun, ARASHI, ternyata bukan calang-calang artis yang bukan sahaja menjadi kegilaan ramai peminat remaja, bahkan wajah mereka turut dipilih menjadi tema hiasan badan kapal terbang “JAL Fly To 2020” bersempena kerjasama JAL sebagai penaja utama Sukan Olimpik TOKYO tahun 2020 yang mana rekaannya adalah hasil seni oleh Satoshi Ono sendiri.”


Akhirnya… Alhamdulillah.
Kesempatan kali kedua tengok berita Arashi dekat skrin tv tempatan RTM1/2. Macam x caye je kan?

Meremang bulu roma dengar pengacara tu sebut nama Satoshi Ono. (>_<)

Anyway, thanks to RTM1/2. Sudi paparkan video Arashi kat kaca tv tempatan. Hontouni~ ONE HUNDRED THOUSAND Of THANKS. Walaupun durasi tak sampai seminit, I really treasure it a lot. Arigatou Gozaimassu ^_^


Subanallah…
Rasanya seperti diberi hadiah/anugerah buat K di bulan Ramadhan yang mulia ini first time dapat watch Arashi kt skrin tv tempatan RTM. Memang teruja sangat. Lagipun tak mudah nak tengok Arashi kt skrin tv tempatan. Adapun VSA yang pernah ditayangkan kt XXX pun, tak bertahan sampai setahun. Best ape, VSA, ranking kt Jepun, game variety tu yang paling tinggi tpi kenapa x nak siarkan kat Malaysia?

Adapun, terpaksa tengok online or download kat Youku.

Bagi kebanyakan orang, mungkin peminat Arashi macam kami ni x ramai or mungkin jugak sebab Arashi x berapa expose kat Malaysia but Alhadulillah lately K nampak ada jugak yang tak banyak pun, sedikit yang perasan tentang kewujudan Arashi serta peminat2 mereka di Malaysia.

Dalam Ramadhan ni jugak, K tak putus-putus berdoa supaya disembuhkan dari penyakit yang K hidap dan semoga K sentiasa diberi ketabahan dalam menghadapi serangan fenomena Raynaud. Kalau tak, camne nak pergi Jepun, kan?

Honestly, sejak dari tahun 2013 lagi target K nak pergi Jepun menjelang tahun 2020. Harapan K nak jejakkan kaki ke Stadium Kokuritsu utnuk hari pertama majlis pembukaan Sukan Olimpik tahun 2020 yang mungkin acara sulung pembukaan semula Stadium Kokuritsu tersebut bakal dipersembahkan oleh ARASHI, selain dari nama artis lain  yang masuk top list seperti PERFUME, TripleA dan Vocaloid Hatsune Miku. Tapi K harap, ARASHI lah yang perform nanti. (Ameen..)

Haaa.. apapun setakat ni je lah posting mengenai peristiwa K yang teruja sangat semalam tengok Arashi kat kaca tv Malaysia. Tunggu untuk posting K seterusnya mengenai “Artwork JAL Fly To 2020 by Ohno Satoshi” ok ^_^


 
NOTE:
Bagi fans yang tak berkesempatan watch kt RTM semalam, bawah ni K insert link video oleh (Arashi 嵐 M-Storm's) yang sempat diupload serta dikongsikan bersama buat Arashi fans kat fb;



(Japan News version/Japanese Audio)

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad