Tuesday, June 16, 2015

Spring Anime 2015 Hello!! Kiniro Mosaic




PENGENALAN

Kini, musim kedua yang bertajuk Hello! Kiniro Mosaic telah kembali ke anime musim bunga 2015 yang telah disiarkan mulai 5 April 2015 di Jepun. Siri anime baru ini telah diadaptasikan oleh Studio Gokumi dan senarai kakitangan yang terlibat ialah Yuniko Ayana, pencipta asal ialah Yui Hara dan pereka karakter ialah Kazuyuki Ueda. Lagu pembukaan dan lagu penutup yang bertajuk “Yumeiro Parade” dan “My Best Friends”, kedua-duanya dinyanyikan oleh Rhodanthe*.

PLOT


Siri anime ini mengelilingi kehidupan Oomiya Shinobu (Nishi Asuka), Alice Cartalet (Tanaka Manami), serta kawan-kawan rapat dalam kumpulan mereka. Jalan ceritanya bertumpu pada keidupan seharian seperti gadis-gadis sekolah menengah biasa lakukan.


Apa yang membuatkan semua karakter yang ada ini menjadi begitu unik?
Berikut adalah ringkasan plot dari musim pertama.

Oomiya Shinobu pernah tinggal sementara dengan keluarga Alice di England semasa kecil. Walaupun mereka berdua tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain, namun ia tidak menghalang mereka memperolehi banyak keseronokan. Pada suatu hari, Shinobu mendapat surat daripada Alice. Dalam suratya, Alice menyampaikan hasratnya yang ingin belajar di Jepun. Dan kali ini, gilran Alice pula yang tinggal di rumah Shinobu di Jepun. Maka bermulalah kehidupan persekolahan yang menarik tentang gadis-gadis ini.

WATAK Dan PERWATAKAN




Oomiya Shinobu (seiyu: Nishi Asuka)
Tarikh lahir: 6 Jun
Jenis darah: A
Tinggi: 155 cm
- gadis 15 tahun yang ceria dan optimistic. Kawan-kawan memangilnya sebagai Shino. Sebelum ini dia tinggal di rumah Alice di England, walaupun baasa Inggerisnya amatlah teruk. Ole yang demikian, dia berharap suatu hari nanti dia dapat menjadi seorang jurubahasa yang dapat membantu orang lain. Dia amat suka dengan budaya barat, terutamanya rambut perang.


Alice Cartalet (seiyu: Tanaka Manami)
Tarikh lahir: 5 April
Jenis darah: A
Tinggi: 139 cm
- gadis yang berasal dari England yang belajar di sekolah Shinobu dan tinggal di rumah Shinobu. Dia amat minat dengna budaya Jepun dan kisah dengan ketinggiannya yang pendek. Alice sangat suka pada Shinobu dan rasa cemburu apabila Shinobu baik dengan orang lain ataupun orang lain dengan Shinobu.


Komichi Aya (seiyu: Taneda Risa)
Tarikh lahir: 15 September
Jenis darah: A
Tinggi: 159 cm
- rakan sekelas Shinobu yang bijak dan serius namun seorang yang pelupa. Dia lebi suka dengan aktiviti indoor. Walaupun merupakan rakan sekelas Shinobu dan Alice, kelemahannya ialah mudah cemas. Yoko adalah kawan pertamanya di sekolah menengah.


Inokuma Yoko (seiyu: Uchiyama Yumi)
Tarikh lahir: 20 Ogos
Jenis darah: O
Tinggi: 163 cm
- rakan sekelas Shinobu dan juga rakan sepermainan sejak sekolah rendah. Dia sering menampilkan karakter tsukkomi. Yoko seorang yang ceria, bersifat kelelakian dan sangat bertenaga dan sangat bagus dalam sukan namun keputusan akademiknya hanya biasa saja. Dia juga sangat kuat makan, apabila waktu rehat, bekalan makanan sudahnya habis.


Matsubara Honoka (seiyu: Suwa Ayaka)
- rakan sekelas Karen yang merupakan ahli kelab tenis. Dia adala sama seperti Shinobu, dia juga amat tertarik dengan rambut perang.


Kuzehasi Akari (seiyu: Onishi Saori)
- guru tingkatan kelas Tahun 2A. dia seorang yang sangat serius dan mempunyai permintaan yang tinggi terhadap pelajarnya. Oleh yang demikian, dia amat ditakuti oleh pelajar. Hakikatnya dia amat sayang pada pelajar dan suka benda yang comel.


Kujo Karen (seiyu: Toyama Nao)

Tarikh lahir: 1 Disember
Jenis darah: AB
Tinggi: 150 cm
- gadis kacukan British dan Jepun yang berasal dari keluarga yang kaya. Karen merupakan kawan Alice di England. Dia juga datang ke Jepun dan belajar di sekolah Shinobu. Karen seorang gadis yang peramah dan senang berkomunikasi. Walaupun Bahasa Jepunna agak kurang mahir tapi dia dapat menyesuaikan diri di Jepun dalam masa yang singkat.


Oomiya Asami (seiyu: Tamura Yukari)
- kakak Shinobu yang merupakan model fesyen. Dia sangat sayang dengan adiknya dan juga menganggap Alice sebagai adik sendiri. Walaupun bersikap dingin tapi kadang-kadang juga suka kacau orang lain.


Karasumi Sakura (seiyu: Sato Satomi)
- guru Bahasa English Shinobu yang sering memakai pakaian jersi. Dia seorang yang sangat peramah dan sangat disukai pelajar. Alice menganggapnya sebagai musuh kerana Shinobu suka padanya.


Kouta & Mitsuki Inokuma (seiyu: Megumi Han <Kouta>, Murakawa Rie <Mitsuki>)
- adik kembar lelaki dan perempuan seiras kepada Yoko. Kemunculan mereka adalah pada musim pertama sebelum kemunculan semula Hello!

~ Hello! Kiniro Mosaic ~
 












Gambar:
Anime-planet.com
Myanimelist.net
http://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Characters/KiniroMosaic

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad