Thursday, June 18, 2015

JOM PUASA, Banyaknya Ganjaran Bulan Ramadhan ^_^



 
Berikut adalah beberapa ganjaran istimewa terutamanya buat para Muslim yang berpuasa di bulan Ramadhan;

PINTU SYURGA DIBUKA, DITUTUP PINTU NERAKA
“Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua Syaitan”
- Hadith Riwayat Al Bukhari dan Muslim

PAHALA BERLIPAT GANDA
“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman; ‘Kecuali puasa, sesunggunya puasa itu adalah untuk-KU, dan AKU memberikan balasan kepadanya  kerana dia telah meninggalkna syahwat dan makan minumnya kerana aku.’”
- Hadith Riwayat Muslim

PERISAI DARI SIKSAAN
“Puasa itu perisai yang digunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.”
- Hadith Riwayat Imam Ahmad

DOA SANGAT MUSTAJAB
“Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir.”
- Hadith Riwayat Al Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi

DIAMPUNI SEGALA DOSA YANG LALU
“Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosanya yang telah lalu.”
- Hadith Riwayat An-Nasai’e

JAUH DARI API NERAKA
“Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.”
- Hadith Riwayat Al Bukhari

BEROLEH 2 KEGEMBIRAAN
“… Dan bagi orang berpuasa, dia beroleh 22 kegembiraan iaitu; Apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasa.”
- Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

MASUK DALAM SYURGA
“di dalam Syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; Pada hari Kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya…”
- Hadith Riwayat Al Bukhari


Jadi, sebagai seorang umat islam yang beriman pada jalan Allah, sama-samalah kita merebut ganjaran di atas dengan berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Semoga puasa kita diterima dan mendapat berkah disis Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad