Monday, March 30, 2015

Takahashi Minami Adakan Konsert Solo Yang Pertama Pada Tarikh Ulangtahunnya





Anggota kumpulan popular Jepun AKB48 iaitu Takahashi Minami akan mengadakan konsert solonya yang pertama yang jatuh pada hari ulangtahunnya iaitu pada 8 April 2015 bertempat di Zepp Tokyo. Konsert tersebut yang berjudul 'Takahashi Minami Mirai e no Kekki Shukai~Subete no Koto no Zenya~', dan beliau dijangka akan membuat persembahan diiringi dengan ‘Live Band’.

Takahashi dikatakan mempunyai takdir serta hubung kait kepada nombor “48”. Beliau dilahirkan pada April 8 iaitu bersamaan (4/8), dengan ketinggian 148.5 cm (4 kaki 10 inc) dan serentak merupakan ahli kumpulan wanita AKB48.

Dan juga seperti yang termaktub, harga tiket untuk konsert solonya yang akan datang telah pun disahkan berjumlah 4,800 yen iaitu  (lebih kurang $40 USD).

Takahashi dikatakan membuat pengumuman konsert solonya pada 22 Mac yang lepas melalui app ‘755’.

Takahashi juga turut meluahkan kata terharu, “ saya berasa amat gembira dapat menganjurkan konsert yang bertepatan dengan tarikh ulangtahun kelahiran saya”

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad