Thursday, March 19, 2015

Doa Bagi Mereka Ada Handphone





Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami yang mempunyai hp kerana:

- kami lebih banyak mengisi kredit daripada bersedekah,
- kami lebih banya pegang hp dari pegang tasbih,
- kami lebih banyak lihat hp dari lihat wajah ibu bapa suami isteri dan anak-anak,
- kami lebih banyak baca sms dari dari baca Al Quran,
- kami lebih sering menelefon dari Silaturahim,
- kami lebih sering buka Bluetooth daripad berlutut intuk sujud…

Ya Allah, ampunilah kami yang serba kekurangan dan yang lalai serta alpa dalam mengingatiMu. Dan semoga hp yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai ibadah untuk lebih taqarrub kepada Mu Ya Allah.
Amin…

Kata guru:

>> Jika handphone mu itu menyebabkan kamu lalai hingga orang azan kamu masih dengannya sehingga tidal mempedulikan seruan itu…

- hingga ia menjadi permainan saat  erada di majlis ilmu di hadapan gurumu..
- hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya..
- hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia..
- hingga Al Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya..
- sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupanmu…
- kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk menjauhkan kamu dari Tuhanmu..
- kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..
- kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu..

>> Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhannya… bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tidak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..

>> Realitinya begitulah.. lepas solat, selesai salam, TANGAN terus raba cari hp, padahal  xde benda pun, zikir diaabaikan.. Astaghfirullah.. Ya Allah, biarlah dengan hp canggih menambah ketaatan kepada Allah, bukan mengheret kita lalai kepadaNya…

Renungkanlah para sahabat dan selamat beramal…

Subhanallah Ya Allah… ampunilah dosa2 ku..

#Peringatan untuk diri sendiri

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad