Tuesday, March 17, 2015

Kenali Cosplayer Cantik Korea Selatan Aza Miyuko



Bagi yang pernah mengunjungi acara Anime Festival Asia Indonesia (AFAID 2014) di Jakarta pasti masih ingat dengan beberapa cosplayer cantik dan menawan yang menjadi pujaan hati setiap peminat2 cosplay.

Dan salah satu tetamu cosplayer wanita popular yang hadir adalah Aza Miyuko.



Kali ini dalam edisi kedua cosplay bulan ini K akan berbagi sedikit informasi mengenai tetamu cosplay hari ini iaitu Aza Miyuko.

Untuk informasi para peminat cosplay, Aza Miyuko atau nama sebenarnya Kang Yoon Jin adalah cosplayer antarabangsa yang berasal dari Korea Selatan dan lahir pada 16 April 1992.

Aza sering menghadiri acara-acara berkait dengan budaya cosplay Jepun di beberapa negara di ASIA. Serta baru-baru ini beliau menduduki tangga ke-8 dalam carta Cosplayer Paling Popular dari salah satu Website Online Cosplay terbesar di dunia: World Cosplay. Aza Miyuko juga pernah menjadi wakil cosplay dari Korea Selatan di sebuah acara cosplayer terbesar di dunia iaitu "World Cosplay Summit 2014" yang dilangsungkan di Jepun.

Dan berikut K kongsikan sedikit cosplay photoshoot Aza Miyuko ^_^



Aza Miyuko as Kotori Minami from Love 'Live School Idol Project'



Aza Miyuko as Kagamine Rin from 'VOCALOID'


Aza Miyuko as Hatsune Miku from 'VOCALOID'



KuroNeko Aza Miyuko

Aza Miyuko from anime chara 'Date A Live'









Aza Miyuko as Reishi Munakata from anime 'K'




Dan antara photoshoot cosplay Aza Miyuko yang berikutnya ialah antara photoshoot Aza Miyuko kegemaran K iaitu cosplay Aza Miyuko sebagai watak dalam 'Spiral Cats Team'. Nampak comel je Miyuko pegang teddy bear. So sweet and lovely ^_^






Nota: Cosplay (コスプレ Kosupure?) adalah istilah bahasa Inggeris buatan Jepun yang berasal dari gabungan kata "costume" (kostum) dan "play" (bermain). Cosplay bermaksud hobi mengenakan pakaian beserta aksesori dan rias wajah seperti yang dikenakan watak-watak dalam anime, manga, dongeng, permainan video, penyanyi dan musisi idola, dan filem kartun. Dan pelaku cosplay tersebut digelar cosplayer.

Penjelasan: Semua foto cosplay Aza Miyuko bukan milik K. Foto tersebut dirujuk/diambil dari beberapa laman web (blog/wordpress/pinterest/tumblr) yang berbeza serta laman web rasmi  cosplay Aza Miyuko sendiri. (And credits goes to the owner of the pics)

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad