Thursday, March 05, 2015

Kenali Duta Selebriti Anggun SK-II Jepun : Yuki Furukawa





Awal Januari yang lalu, Jepun telah membuat perancangan dengan mengambil Duta Selebriti bagi menawan Pemasaran Produk Kecantikan yang terlaris iaitu produk SK-II yang semakin hangat mendapat sambutan bukan sahaja di Jepun malah juga dibeberapa negara-negara Asia yang lain yang sesungguhnya menggemari amalan kesihatan dan kecantikan wanita-wanita Jepun.

Agensi hiburan Jepun HARIPRO yang dikenali dalam bekerjasama menaikkan jenama baru dengan beberapa pelakon dan penghibur Asia khususnya di China telah merasmikan kedai online di ‘Alibaba’s T-MALL’ di China.

Pelakon ternama Jepun iaitu Yuki Furukawa baru-baru ini telah melawat Guangzhou untuk mempromosikan produk kecantikan jenama SK-II sebagai “lelaki dalam poster” iaitu duta bagi produk tersebut.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam SK-II,

“Saya rasa sebab utama SK-II memilih Yuki Furukawa adalah kerana imej Yuki yang padan dan sesuai dengan ekuititi produk SK-II. Dia kelihatan seorang lelaki yang jujur, dengan pembawaan yang elegan dan penuh dengan sifat yakin diri, yang mana amat bersesuaian dengan apa yang ingin produk SK-II persembahkan.”

Selesai promosi di Guangzhou, promosi produk kecantikan ini juga dikatakan akan diteruskan ke beberapa negara Asia yang lain.


~~~ 

Bagi sesiapa yang belum mengenali siapakah empunya wajah elegan yang dijadikan Duta produk SK-II tersebut, berikut merupakan profil ringkas serta sedikit trivia mengenai Aktor Furukawa Yuki;


Nama: Yuki Furukawa
Japanese: Kanji > 古川雄輝, Hiragana > フルカワユウキ
Tarikh Lahir: Disember 18, 1987
Asal: Tokyo, Jepun
Tinggi: 180cm
Agensi Bakat: HORIPRO
Facebook: Yuki Furukawa Official
Twitter: Yuki Furukawa Official
Blog: Yuki Furukawa Official Blog

Furukawa Yuki Trivia

Yuki Furukawa berpindah ke Toronto, Kanada semasa berusia 7 tahun bersama keluarganya dan menetap disana selama 11 tahun. Kemudian, Yuki bergerak secara solo ke New York pada usia 16 tahun dan kembali ke Jepun semasa berusia 19 tahun. Fasih bertutur dalam Bahasa ibunda Jepun dan Inggeris.

Yuki juga amat dikenali peminat dengan sikapnya yang gemar selfie di hadapan cermin ^_^

Dan berikut ialah antara filem-filem yang pernah dibintangi Yuki serta beberapa drama-drama bersiri popular yang beliau lakonkan dalam industri hiburan Jepun;


DRAMA SIRI

    
Mischievous Kiss 2: Love in Tokyo
Bitter Blood
Husband’s Lover
Mischievous Kiss: Love in Tokyo
Rich Man, Poor Woman
Bitter Sugar
99 days with the Superstar
Asuko March!  

FILEM

Poison Berry in My Brain
Tada's Do-It-All House: Disconcerto
Wood Job!
The Eternal Zero
Beyond the Memories
Goose Bumps The Movie
High School Debut


Sumber: AsianWiki 

 Ucapan K
Jujurnya, mereka juga merupakan salah satu pasangan idola kegemaran K. Kotoko (Honoka Miki) dan Naoki (Yuki Furukawa) bisa dikatakan antara pasangan ideal yang berjaya menjiwai watak lakonan mereka dalam Mischievous Kiss: Love in Tokyo 2.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad