Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW mempunyai
seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, di
temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai
di atas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi
pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan tunduk sujud kepada
tuannya.
Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan
mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di
rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan di taruh di pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah dia selalu
mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti
mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, Nabi selalu berpesan untuk
menyayangi kucing kesayangan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini
sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita
yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya
untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi
wanita ini adalah seksaan neraka.
Tak hanya nabi, isteri Nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar As Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa
amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah
(bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya
dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.
Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing
kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.
Selain itu, ada juga kisah menarik dari China. Ha Wenjin telah menjual hampir semua asetnya
untuk membuka kawasan penjagaan haiwan yang terbesar di China. Lebih daripada 1,500 anjing dan 200
kucing tinggal di sana sekarang. Tempat ini
mempunyai 10 pekerja yang merawat dan menjaga anjing dan 2 pekerja untuk
kucing. Perbelanjaannya adalah sekitar $ 37,500 setahun untuk menguruskan penjagaan haiwan ini.
No comments:
Post a Comment