Saturday, March 14, 2015

A Leader Who Take The Stance Of Watching Over Arashi From The Back



Assalamualaikum teman sekalian ^_^

Hari ni K  nak kongsi sikit habit mengenai Ketua kumpulan idola Jepun Arashi iaitu Ono Satoshi. Arashist yang visit post ni pasti sememangnya dh kenal dengan Riida Arashi ni kan?

Baiklah, boleh dikatakan hampir satu dekad K mengenali dan jadi peminat boyband Arashi ni (lama dah tu…) tiba-tiba je K baru je terperasan dengan satu benda yang menjadi perhatian K kebelakangan ni. Lepas playback balik gambar2 Arashi yang K simpan, ternyata… memang betul sangkaan K.


Arashi Riida (gelaran ARASHIST) pada ‘LEADER’ ataupun pemimpin anggota ARASHI sejak dari 1999 hingga sekarang.

Kedudukannya ialah PEMIPIN, namun jika dilihat kebanyakan dari fotonya apabila menjalankan tidak kira samada sesi penggambaran, aktiviti kumpulan, rehearsal untuk konsert jelajah…

Sudut inilah yang akan kita biasa lihat…




Arashi first debut in 1999 at Honolulu, Hawaii and some junior day Arashi pic... (lihat busur)


 








 ~~~
 

Screenshot from Arashi Behind The Scene 2008 AAA in Kokuritsu DVD








Bisa dilihat disini mengenai personaliti Arashi Leader yang unik… Ketua yang melihat/memimpin anggotanya dari belakang.

Subhanallah~~ Betapa aku merindui kepimpinan Rasullullah SAW. Begitupun beliau seorang Rasul, beliau tetap berjalan di belakang para sahabat seperti yang pernah dijelaskan oleh seorang ahli Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang pernah K tonton sebelum ini. 



Leader ( 2 dari kanan)

Jika dilihat dari penampilan luaran, ramai yang tidak menyangka Ohno Satoshi ialah ketua pada kumpulan ini. Ramai juga di kalangan para Arashist sentiasa merujuk kepada Sho Sakurai ataupun Jun Matsumoto sebagai ketua dalam kumpulan.


Ini kerana Sho Sakurai secara amnya dikenali sebagai ‘spokesperson’ dalam kumpulan kerana dia antara ahli yang sentiasa menjawab pada setiap pertanyaan wartawan, tetamu undangan dalam variety show dan posisinya sebagai seorang ‘The Best Male Japanese Showhost’ membuat ramai beranggapan Sho bertindak sebagai ketua Arashi.


Begitu juga Matsumoto Jun yang sentiasa bertindak sebagai ketua ‘Head/Idea Man’ di sebalik rancangan konsert jelajah yang diadakan saban tahun.


Namun bagi Ohno pula, dia dirujuk sebagai ‘A Leader Who Doesn’t Do Nothing At All’. Mungkin juga kerana sikapnya yang pemalu, kurang berbicara dan hanya menyerahkan segalanya kepada ahli kumpulannya untuk bertindak dan dia hanya menyertainya. Dengan rendah diri, beliau sentiasa mengaku ‘Leader is just my nickname’. Mungkin bagi dirinya cukup sekadar menjadi vokalis utama dalam kumpulan, gerakan tarian yang hebat serta mempunyai kawalan suara yang mantap untuk membuatkan dirinya sekurang-kurangnya mempunyai tanggungjawab utama dalam kumpulan.

Namun dari pandangan K,

Walaupun Ohno dikenali dengan wajah ‘sleepy’ dan ‘lazy’ dalam Arashi ditambah pula dengan sikapnya yang kurang berbicara, K pasti ‘he is the good listener’

Walaupun dilihat seperti tidak melakukan apa-apa dalam aktiviti rehearsal dan hanya duduk mendengar penjelasan dari Matsumoto Jun, K pasti dia memenuhi tanggungjawab sepenuhnya sebagai ketua dalam persembahan.

Lihat saja, SIAPA yang merancang koreografer tarian dalam setiap konsert jelajah dan pertunjukan muzik?



Sho Sakurai pernah mengatakan ‘Terlalu ramai orang yang digelar ketua di luar sana namun ketua Arashi hanya Ohno Satoshi dan dia ialah pelindung Arashi’.

Manakala Jun Matsumoto juga turut menjelaskan ‘Tanpa Ohno Satoshi, Arashi bukan seperti apa yang anda lihat sekarang’.

Bukan itu sahaja, malah Aiba dalam surat akuannya dalam ’2004 24H Tereby’,
‘Walaupun awak tak lakukan apa-apa sebagai ketua, kehadiran awak di sisi kami sentiasa menenangkan. Awaklah ketua tempat kami bergantung’.

Sementara Ninomiya dalam surat akuannya dalam ‘2008 24H Tereby’,
‘Walaupun awak lebih suka punya waktu bersendirian, namun awak tetap duduk disamping kami, melihat dan memerhatikan kami. Saya bangga dapat mengenali awak’.

K pasti hanya ada 2 sebab mengapa ahli-ahli Arashi berkata sedemikian.

1)      Mereka menghormati Ohno sebagai seorang senpai/ketua.
2)      Mereka sayang dan telah jatuh hati pada sikap baik Ohno.

Namun, K percaya mereka mempunyai sebab kedua-duanya.

Dan ini antara quotes kesukaanku apabila Riida berbicara mengenai kepimpinannya dalam Arashi.
 

Quotes dalam pic;

‘The five members of Arashi each have something that no one else has, and I think the key tour success lies in the mutual respect we have. That’s why I prefer to take the stance of watching over them from the back rather than taking the lead’

‘Arashi is the type of group that thrives on harmony, so I think having someone repressing them from above and not giving them a degree of freedom would prevent them from expressing their own personalities’
- Ohno Satoshi


That's reminds me about one scene in TITANIC Movies. As well as Rose ever said to Jack (who is talented in art/drawing).
'You really see people"
Jack: I see you..

That's how i think Riida looks at his member.
Remember! NOT in romance way okay but in group ways.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad