Sunday, March 29, 2015

Kreatif Dalam Bersedekah





1.      Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing yang datang.
2.      Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
3.      Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
4.      Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil di dalamnya. Genap satu bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
5.      Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga/kerabat/sahabat), belilah satu atau dua kotak air mineral. Niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua/sakit/kanak-kanak dan sebagainya).
6.      Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan wang baki itu untuknya (sebagai sedekah/hadiah).
7.      Belilah Musyaf (Al-Qur’an) dan letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
8.      Berikanlah persaan gembira kepada setiap orang khususnya kepada mereka-mereka yang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
9.      Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
10.  Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba dan menzalimimu.
11.  Sedekahkan Al Fatihah kepada kedua-dua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal.

Kirimkan mesej ini kepada semua kenalan-kenalanmu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkan. Moga anda diberikan pahala kerananya. Selamat bersedekah ^_^

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad