Thursday, December 04, 2014

Let's Learn Nippon With Mirai Suenaga

Konichiwa semua ^__^

Hari ni K nak buat coretan istimewa mengenai budaya Jepun dan kali ini kategori  topik yang K pilih ialah mengenai  Bahasa Jepun. Tak susah kalau nak belajar percakapan orang Jepun ni. Asal rajin untuk mendalami dan belajar dengan tekun, pasti boleh, terutama sekali bagi penggemar-penggemar  anime comel dari negara matahari terbit tersebut. 80% dari penggemar anime seluruh dunia ni lebih suka mendengar audio anime seiyu yang asal berbanding menukarnya dengan audio yang telah diedit mengikut Bahasa sesebuah negara yang memaparkan cerita-cerita anime di kaca televisyen. Sebabnya, melalui kaedah tersebut, dalam masa serentak penggemar-penggemar anime berkesempatan dapat mempelajari Bahasa Jepun dengan mudah dan lancar. 

Jadi, tak susahlah bagi sesiapa yang yang berkesempatan melancong ke Jepun, jika anda mahir bertutur dalam bahasa ni, maka mudah untuk anda untuk berkomunikasi dengan rakyat-rakyat Jepun yang sememangnya ramah,  comel dalam pertuturan dan mesra dalam pergaulan. 

So, pada isu kali ini K akan menggunakan Mirai Suenaga (Maskot Laman Budaya Jepun oleh DannyChoo) sebagai Prof. Nippon yang akan membawa anda untuk mempelajari lebih lagi mengenai pertuturan dan Bahasa Jepun. 

Andakah anda bersedia untuk mengikut Kelas Prof. Nippon?? So, Let’s Learn Nippon With Mirai Suenaga.

Ganbarre!



Here we go for the first Lesson (^_^)V



Bokuwa – Bagi saya
            
Hanakimi – Awak bunga

Hajiimemashita – Selamat Berkenalan

Hansamu – Lelaki tampan

Ikemen – Lelaki cantik

Gomen ne – Maaf

Shirimazen Deshita – Saya tak tahu

Shimimazen – Maafkan Saya

Kawaii – Comel

Umaii – Sedap

Omedetou – Tahniah

Tanjoubi Omedetou – Selamat Hari Jadi

Baka – Bodoh

Matte – Tunggu

Chotto Matte – Tunggu dulu

Moshi Moshi – Hello

Konichiwa – Selamat Sejahtera

Gonbawa – Selamat Petang

Oyasumi – Selamat Malam

Doki-Doki – Berdegup

Nanika – Apa hal?

Ishige – Sakitnya

Doshite – Mengapa?

Nande – Kenapa?

Subarashi – Hebatnya

Waratta – Senyum

Usui – Lambat

Sakennaiyo – Jangan bergurau

Nani – Apa?

Himitsu – Rahsia

Daisuki dessu – Saya Sukakan Awak

Kimi Wa Aishiteru – Kaulah kekasihku

Aishiteruyo – Saya cintakan awak juga

Hontouni Anatawa Aishitemassu – Saya benar-benar cintakan awak.

Kimi Wa Aishitsuzukeru – Tetap Mencintai Awak

Yoroshiku Onegaishimassu – Sila beri tunjuk ajar

Arigatou Gozaimassu – Terima Kasih anyak

Ganbare – Semoga Berjaya



Sekian saja pelajaran Bahasa Jepun untuk kali ni. Jangan lupa untuk stay di blog K untuk mengikuti kelas seterusnya. Dan adakah bersama Mirai Suenaga? 

Jadi, untuk mengetahui siapa Maskot atau Anime Chara yang seterusnya, sentiasalah ikuti perkembangan K di ruangan label Learn Nippon. 

Apappun K nak ucapkan Arigatou  Gozaimassu kerana sudi meluangkan masa bersama Prof. Nippon Mirai Suenaga untuk kali ini. Jumpa lagi untuk isu Kelas Bahasa Jepun yang seterusnya. Jane (^_^)

 

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad