Tuesday, December 30, 2014

ARASHI & AKB48 (DewaDewi ORICON 2014)





Hebat! Sebuah idol berkumpulan popular Jepun, Arashi  baru-baru ini menduduki tempat ke-3 dalam TOP 50 Carta Album Tahunan ORICON 2014 bagi album (THE DIGITALIAN) manakala tempat pertama dikuasai Artis berkumpulan wanita AKB48. Namun begitu, Arashi berjaya mengambil 2 kedudukan teratas bagi (TOP 1 ARASHI AraFes'13 NATIONAL STADIUM 2013 serta TOP 2 ARASHI Live Tour 2013 'LOVE') dalam TOP 50 Carta Muzik DVD Tahunan ORICON 2014.

Manakala, bagi kedudukan 5 teratas artis yang merangkul Hasil Jualan Keseluruhan terbanyak ORICON tahun 2014, Arashi berada di kedudukan PERTAMA dengan hasil jualan sebanyak 13,823,000,000 Yen iaitu lebih kurang $115,625,261USD bersaing sengit dengan Artis Berkumpulan Wanita Popular Jepun AKB48 yang meraih tempat ke-2 dengan jualan keseluruhan sebanyak 13,075,000,000 Yen iaitu lebih kurang dalam $109,368,465 USD. Turut mengikut jejak senpai (Arashi) yang berasal dari agensi yang sama (Johnny’s And Associates), Kanjani8 dan Kis-My-Ft2 masing-masing mendapat tempat ke-3 dan ke-4 dan disusuli boyband popular Korea yang paling berjaya di Jepun iaitu DBSK.






Dan tidak disangkal lagi kedua-dua idol berkumpulan popular Jepun ini (ARASHI & AKB48) memang layak dengan gelaran DEWA DEWI ORICON setelah beberapa kali menjuarai dan memonopoli kedudukan pertama ORICON secara sengit dan sering bertukar tempat teratas.

Antara nama-nama besar dalam industri hiburan Jepun yang turut mengungguli carta ORICON 2014 termasuklah Amuro Namie, EXILE Atsushi, Fukuyama Masaharu, Koda Kumi, Bump Of Chicken, SMAP, Yuzu, Mr. Childrem, Dreams Come True, Kinki Kids, Kobukuro, Nagabuchi Tsuyoshi, Aiko, UverWorld, Mizuki Nana, Sandaime J Soul Brothers from EXILE TRIBE, Southern All Stars, Perfume, Momoiro Clover Z, Golden Bomber, May J., Nogizaka46 serta beberapa artis junior Johnny’s and Associates iaitu, Sexy Zone, HSJ, A-B-C to Z dan Johnny’s WEST

Turut mengungguli carta ORICON ialah barisan artis terkenal Kpop iaitu BIGBANG, Shinee, 2PM, Shojo Jidai dan Superjunior serta beberapa artis terkenal Hollywood seperti Taylor Swift, One Direction, Christ Hart dan Pharrel Williams.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad