Tuesday, June 30, 2015

Islamiah Fiction: Cahaya Di Langit Eropah (Part1 Ku Temui Cinta)




‘KU TEMUI CINTA’
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Kapal pelayaran mewah itu mulai meninggalkan pelabuhannya memulakan pelayaran di Laut Mediterranean disaksikan langit yang cerah seakan-akan satu perjalanan yang dirahmati oleh Maha Pencipta. Ratusan penumpang mengambil tempat masing-masing berjalan-jalan di kapal itu. Masing-masing ada yang berkenalan sesama penumpang dari pelosok dunia, ada yang duduk bersendirian menghadap laut yang terbentang luas, mengambil foto sekeliling, melukis, anak-anak berlari berkejaran, ibu melayan karenah anak, ayah turut melaungkan bersama anak.

Terdapat satu sudut seorang remaja perempuan hanya duduk di satu ruang yang dapat melihat orang sekelilingnya sambil menulis apa yang dilihatnya di dalam buku yang sentiasa dibawanya. Terkadang dia tersenyum melihat telatah manusia di hadapannya. Dia menoleh ke belakang menghadap seorang jejaka muda yang sedang membaca sesuatu dengan penuh kekhusyukan.

Dengan penuh minat, perempuan itu memerhati tajam buku di tangan lelaki itu.
Dia tersentak lalu terdiam seketika.
Lantas dia menutup bukunya dan bangkit menuju ke bangku yang sama dengan jejaka itu.
“Excuse me,” sapanya.
Lelaki itu mendongak.
Perempuan itu melontar senyuman serentak dibalas lelaki itu.
Lelaki itu menundukkan pandangannya dan berkata,
“Yes, miss. What can I help you?”
“May I sit here?” tanya perempuan itu. Lelaki itu mengangguk serentak bangkit apabila melihatkan perempuan itu mengeluarkan perakam suara dari poket jaket tebalnya dan mempersilakan perempuan itu melabuhkan punggungnya.
Setelah itu, lelaki itu mengambil tempatnya semula dan menjarakkan kedudukan mereka. Serentak itu dia mulai menyimpan bahan bacaannya ke dalam bajunya.
“No, wait!” perempuan itu melarang lelaki itu dari terus menyimpannya.
“Why?” lelaki itu bertanya.
“Actually, I want to ask you about it,”
“Qoran?” lelaki itu memastikannya sambil menunjukkan dengan jelas bahan bacaannya tadi.
Perempuan berambut hitam itu mengangguk penuh minat.
Lelaki bermata biru itu terkilan seketika lalu bersetuju menuruti arahan perempuan di sisinya.
“We will never astray as long as we live not against the Quran and Hadith. That was Prophet Muhammad saw apostles before his death, ” jelas lelaki itu dihujung hujahnya. Dia lantas menundukkan wajahnya merenung kitab suci al-quran itu di tangan kanannya.
Sepanjang lelaki itu memberi penjelasan, perempuan muda itu hanya terdiam dan terus terkelu lidah tidak mampu untuk bertanya itu dan ini. Sepertinya, lelaki itu menyampaikan segala kebenaran sepertimana yang tertulis dalam kitab Allah itu.
“Miss…,” suara lelaki itu menerpa ke telinga.
“Yeah?” perempuan itu terkejut dari lamunannya.
“Are you alright?”
“Yes. I’m ok,” jawabnya serentak mematikan perakam suara yang dibawanya.
“Here,” lelaki itu mengambil sesuatu dari dalam beg galas di belakangnya.
Perempuan itu tersentak melihat lelaki itu menghulurkan sebuah buku kepadanya.
“Qoran and its translation?”
“But…,”
“Just take it. I give it to you, sincerely,”
“Thank you,”
“Thanks to Allah,”
Perempuan itu sekali lagi terdiam.
“Miss…,”
“Yah, sorry,”
Senyuman terkuntum antara kedua mereka.
Perempuan itu bangkit dari tempat duduknya lalu menghulurkan tangannya hendak bersalam.
“Sorry,” ucap lelaki itu lalu bangkit dan terus menundukkan kepalanya tanda hormat.
“Its okay,” perempuan itu memahami.
Satu anggukkan diterima.
Perempuan itu kemudian melangkah pergi. Seketika langkahnya terhenti lagi. Lantas berundur menuju ke tempat tadi,
“By the way, I am Maria. A journalist,” perempuan itu memperkenalkan namanya.
Lelaki itu mengangguk turut membalas,
“I am Aryan. A preacher,”
Kedua-duanya terus tunduk hormat salam perkenalan.


Pelabuhan Sepanyol menghentikan pelayaran kapal itu terus menurunkan penumpangnya.
Setibanya, Kota Cahaya, Cardoba.
Maria meniti setiap langkah di bumi Eropah itu sambil menggalas beg dibelakangnya sambil kamera yang tersangkut di lehernya tidak mahu melepaskan kenangan indah sepanjang pengembaraannya.
Berjalan mengikut langkah kaki yang mahu ke mana saja tanpa mahu berhenti, dia terus menangkap gambar-gambar sekeliling.

Satu sudut, dia berhenti dari menekan butang klik. Mengalihkan lensa kamera dengan menggantikan lensa matanya sendiri. Melihat apa yang berada di depannya.
“Mezquita…,” detik hatinya.
Kemegahan Mazquita-Katederal de Cardoba di hadapan Maria mengakukan dirinya.
“Hi, Senorita Maria…!”
Maria tersentak terus menoleh ke tepi.
Aryan tersenyum menghulur senyuman.
“Hi..!” balas Maria.
“Cantik, kan?”
Aryan bertanya.
“Ya. Seninya seakan-akan bercirikan Islam,”
Jawab Maria.
“Memang,” Aryan bersetuju.
Maria memberi reaksi tidak faham.
Aryan menggeleng sambil mengukir senyuman.
“Ini adalah…,”
“Wait!” Maria segera mengeluarkan perakam suaranya.
Aryan menyambung semula sambil kaki kedua mereka mulai melangkah masuk ke perkarangan bangunan itu.

“Mesquita ini dahulunya memang sebuah Masjid. Namun, ratusan tahun berlalu, ia cuma sejarah lama. Sekarang ia adalah Katederal,”

“Dahulunya, Sepanyol adalah sebuah negara yang paling makmur. Dan di sinilah tempat yang memiliki khazanah Islam yang paling kaya. Andalusia. Kerajaan Islam bertapak di sini 800 tahun lamanya. Pada tahun 92 Hijrah, di bawah kepimpinan Panglima Tariq bin Ziyad bersama Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa, Islam mulai memasuki Sepanyol selepas melalui Jabal Tariq iaitu Gibral Tar.

Islam menerangi negara ini kerana sikap penguasa Islam yang begitu merendah diri sehingga banyak warga Sepanyol yang memeluk agama Islam dengan keikhlasan hati mereka. Keislaman dalam diri mereka, tidak hanya membaca al-Quran, bahkan segala tingkah laku mereka adalah berdasarkan kitab suci ini. Bahkan orang yang bukan Islam turut mengamalkan cara hidup sepertimana orang muslim.
Abdul Rahman al-Dakhil yang merupakan pemimpin Islam yang sangat digeruni ketika itu, adalah pemimpin yang menyambung Kerajaan Bani Umayyah di sini setelah kejatuhan Umaiyah yang berpusat di Damsyik,”

Aryan berhenti melangkah serentak dengan penceritaannya mengenai sejarah Islam Andalusia. Ukiran tulisan Islam yang masih kekal pada sebahagian dinding diperhatinya dengan penuh kesayuan. Pantulan cahaya bersinaran di mata menunjukkan betapa sebak hatinya melihat apa yang yang tergambar di ruangan Mezquita. Mengingati sejarah lampau di zaman kegemilangan Islam. Lantas dia bersujud syukur di di situ. Maria tergamam dengan tindakan Aryan yang tiba-tiba. Dia hanya membiarkan lalu mulai menangkap gambar semula setelah mematikan perakam suaranya..

“Sorry…,” ucap Aryan mengejutkan Maria.
“Its okay,” balas Maria.
Aryan memberi ruangan kepada Maria untuk mendahulukan langkah meninggalkan Katederal itu. Maria mengangguk dan menghidupkan rakaman suaranya semula.

“Dulunya Cardova adalah jambatan ilmu antara dunia Islam dan Eropah. Pusat pengajian tinggi yang diasaskan oleh Abdul Rahman III di sini, terus berkembang dan berkembang ke Eropah. Besarnya pengaruh ilmu pengetahuan ketika itu. Kerana Islam sangat mementingkannya. Tamadun Islam berada di kemuncaknya saat Eropah tidak menghargai ilmu pengetahuan.
Justeru itu, Eropah yang mengalami zaman kegelapan lantas bangkit kerana mulai sedar akan kepentingan ia. Ilmuan Eropah ketika itu membuka mata mereka untuk bangkit pada zaman Renaissance,”

Jambatan Roman menjadi saksi mereka lagi apabila Aryan mulai mengimbas semula termeterainya Perjanjian Penyerahan Kerajaan Andalusia kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella.

“Ia berlaku pada 21 Muharam 897 Hijrah apabila Abu Abdullah, raja terakhir kerajaan Islam Granada. Abu Abdullah yang dari puak Bani al-Ahmar merupakan puak terakhir yang menguasai wilayah Islam iaitu di Granada dari 620 Hijrah sehinggalah Raja Kristian Sepanyol mengambil alih,”

Senyuman hambar mengakhiri kisah itu.


Maria menghadap laptopnya sambil menaip setiap point pentig rakaman antara dia dan Aryan. Jari-jemarinya menaip laju sehinggalah satu kata-kata yang membuatkan dia terhenti,

“Serangan pemikiran dan budaya menjadi faktor lemahnya iman umat Islam di Sepanyol…,”

Dia terkilan terus terimbas dengan kehidupan bebasnya.

Kehidupan sebagai salah seorang remaja di Australia melalaikan dia dari segala apa yang dituntut oleh agama. Dia mengetahui bahawa dia seorang umat Islam. Seorang muslimah. Anak daripada kedua-dua ibubapa yang memang Islam. Namun, mudahnya iman mereka goyah apabila terikut dengan budaya asing. Sehingga lupa, ajaran Islam yang sebenar.
Betapa ceteknya kefahaman dia mengenai Islam. Tidak mengetahui betapa besarnya kegemilangan Islam satu ketika dahulu. Mereka yang tidak pernah kenal dengan apa yang namanya perjuangan, pasti menganggap ia satu perkara yang kecil.

Tidak seharusnya orang lain dipersalahkan apabila kekalahan yang kita dapat. Bukannya takdir yang menjadi alasan untuk kita kalah. Sebenarnya, hati. Iman kita. Jika bersih hati, mungkin cahaya keimanan yang kita peroleh. Meredhai ketentuan Qada dan Qadar. InsyaAllah.

“Astagfirullahaladzim…,” ucapan istighfar diiringi air mata menyedari khilafnya.
Dengan mata terpejam, perlahan-lahan Maria mengenggam tangannya mencapai selendang yang dililit pada lehernya.

Kelopak matanya dibuka perlahan serentak bangkit dari tempatnya menuju ke cermin.
Meletakkan selendang di kepala menutupi rambut hitamnya lalu memperkemaskannya.
Tangisannya mulai disambut senyuman.

Lirikan matanya beralih kepada al-quran yang berada di meja berdekatan. Lantas dicapainya terlebih dahulu sebelum mengemas semula barangannya di bilik hotel itu.


“Assalammualaikum,” ucapnya di pintu masjid.
“Waalaikummussalam,” salamnya disahut seorang Imam yang sedang menyusun buku-buku di dalamnya. Imam menjenguk sebentar sebelum menuju ke pintu.
“Teach me about Islam,” pintanya dengan bersungguh-sungguh.
Permintaanya mengejutkan Imam Masjid,
“Allahu Akhbar!” lalu mengangguk.
Maria menundukkan kepalanya tanda terima kasih lalu melangkah masuk ke masjid.
Imam mencapai buku rujukannya a.k.a al-quran dan tafsiran hadis terlebih dahulu sebelum melabuhkan punggungnya.
“Before we start, may I know your name?” tanya Imam itu.
“Maria. Maria Elzahra,” jawab Maria.
“Muslim?” tanya Imam itu memastikan.
Maria menghela seketika,
“Yah. I am a muslim. But… I don’t know… Islam,”
Imam itu menggeleng, “MasyaAllah…,”
Maria menyesali dan mengangguk mengakui.
“He is The Most Merciful. Turn back to Him. Ask for His Forgiveness” ujar Imam itu.
“Will He forgive me? I never remember about Him for everything I did,”
“Allah is The Most Listener. InsyaAllah,”
“Miss, do you know something?”
Maria menggeleng.
“Allah loves you,”
Maria tergamam lalu menggeleng tidak  faham.
“He gives you a chance to repent. To let you know Him. Learn what Islam is about,”
Kata-kata Imam itu membuatkan Maria menitiskan air mata.


Seminggu berlalu penuh makna sepanjang pengembaraannya di Kota Cahaya. Kenangan digambarkan dengan saksi lensa kamera. Segala apa yang diucapkan,  disimpan menjadi bukti yang akan ditulis di dalam jurnalnya. Perakam suara dan kamera sentiasa dibawa ke mana-mana. Tidak lupa al-Quran pemberian sahabat asingnya.

Langkah kaki kini menjejak di Kota Cinta, Paris.
“Maria?” satu suara menyapa disaat Maria leka mengambil foto pemandangan dari atas Menara Gerbang Kemenangan.
“Eh, Aryan!” Maria berhenti mengambil foto setelah melihat kemunculan Aryan di situ.
“You look different,” ujar Aryan apabila melihat perubahan Maria memakai hijab.
“Alhamdulillah. I feel so,” balas Maria.
Mereka ketawa bersama.
“Do you stalk me?” acah Maria.
Aryan menggeleng lalu menghadap laluan yang lurus dari atas menara itu.
Maria lantas menghidupkan perakam suara sambil bertanya,
“You know something?”
Sambil membetulkan cermin matanya Aryan memulai semula,
“Islam tak hanya berkembang di Sepanyol ketika zaman kegemilangannya. Ia terus berkembang di seluruh benua Eropah. Termasuk negara ini, Paris,”
“Buktinya?”
Aryan tersenyum.
“Pernah melawat Muzium Louvre?”
Maria berfikir sejenak.
“Are you free now?”
Seakan-akan memahami, Aryan mengangguk. Maria tersenyum.


 Terpukau melihat sekeliling, Maria terus melangkah mengiringi Aryan.
“Percaya?” tanya Aryan.
Maria memerhati tajam dengan apa yang dilihatnya.
Aryan terus menunjukkan barangan tinggalan sejarah yang dipenuhi ukiran tulisan arab yang memaksudkan keislaman di dalamnya.
“SubhanAllah. Tulisannya ditulis oleh siapa?” Maria bertanya penuh persoalan.
“Artis barat yang beragama bukan Islam, sesetengahnya,”
Anggukan demi anggukan dibalas Maria.
“Betapa besarnya pengaruh Islam, kan?”
Soal Aryan sebaik sahaja tiba kolam air pancut besar di tengah kota itu.
“Yang hairannya, sekarang berbeza,” kesal Maria.
“Kalau anak-anak masa kini dibacakan semula sejarah tamadun Islam bermula dari zaman Rasulullah s.a.w ke zaman khalifah seterusnya Umayyah dan Abassiyyah ke Turki Uthmaniyah. MasyaAllah, saya pasti mereka akan bangga menjadi seorang umat Islam. Mereka tak akan malu digelar sebagai seorang muslim,” ujar Aryan bernada sebak.
Kehilangan kata-kata Maria.
“Amat mengecewakan, kerana mereka lebih mengagumi orang yang bukan sepatutnya. Saya tak bermaksud mereka tidak boleh kagum kepada orang bukan Islam, tapi pointnya ialah, mereka tidak kenal dan tahu bahawa setiap ilmu yang mereka pelajari itu dahulunya memang dikuasai orang Islam,”
“Maksud?”
“Apabila orang Islam kalah dalam peperangan, orang yang bukan beragama Islam merampas semua sumber ilmu yang ditemui oleh para ilmuan dahulunya. Ada yang masih disimpan. Namun, yang menyedihkan apabila mereka turut membuangnya. Awak tahu, betapa banyaknya ilmu yang ditemui oleh para ilmuan Islam. Sehinggakan laut tertimbus semula. Bayangkan…,”
“O…maknanya, mereka mengubah fakta?”
“Mungkin. Contohnya, apa zaman sejarah yang awak tahu?”
“Paleolitik…Neolitik…Mesolitik…Batu...?”
“Logam,”
“Apa kaitannya dengan zaman itu?”
“Awak percaya dengan Taman Tergantung di zaman Babylon?”
“Not really,”
“Kita hanya punyai zaman…Nabi Adam…Idris…Nuh…Hud…Salleh dan seterusnya sehinggalah nabi kita yang terakhir, Muhammad s.a.w,”
Maria berfikir sejenak.
“Awak yakin, bahawa dahulunya manusia adalah kera?”
Sekali lagi Maria berfikir.
“Manusia pertama yang Allah s.w.t turunkan ke bumi adalah Nabi Adam a.s. Dia menurunkan Nabi Adam a.s dari syurga dan memisahkan Adam a.s. dan isterinya, Hawa. Sehinggalah mereka bertemu semula di Jabatul Rahmah setelah lama terpisah. Hanya mereka dua manusia di zaman itu,”
Maria mengangguk mengakui kebenarannya.
“Waulahualam,” Aryan menghabiskan kata-katanya.


 Bangunan Hagia Sophia tersergam indah di hadapannya.
“Alhamdulillah, akhirnya aku di Turki,” ucap Maria lalu melangkah masuk ke dalamnya selepas mengucapkan ucapan,
“Bismillahirrahmanirrahim,”
Sambil membetulkan lensa kameranya, dia mengalihkan kedudukan kamera ke sudut yang diingininya sehinggalah…
“Kamu…,” Maria melepaskan mengalihkan kameranya dari kedudukan matanya.
“Assalammualaikum,” ucap Aryan.
“Waalaikummussalam,” jawab Maria.
“Setiap negara yang saya lawati, pasti ada awak,” ujar Maria.
“Takdir,” ringkas jawapannya.
Maria mengangkat keningnya.
Aryan hanya tersenyum.
“Tak ada bawa perakam suara hari ni?”
Maria terus mengeluarkan,
“Mestilah bawa,” lantas menghidupkannya.
“Tak jemu ke, asyik dengar suara saya saja dalam rakaman tu?”
“Awak kongsikan ilmu dengan saya. Apa yang saya dengar adalah sesuatu yang bermanfaat. Ia membawa kebaikan kepada saya. Buat apa saya nak jemu,”
“Ya, betul. Sebaik-baik sedekah adalah apabila, seorang yang berilmu turut mengongsikan ilmu yang dia miliki kepada saudaranya yang lain,”
“Betul cakap awak,”
“Bukan saya. Tapi Nabi Muhammad s.a.w,”
Maria mengangguk.
“So, tell me about this museum,” pinta Maria.
Aryan mengangguk terus memulakan,
“It was a Cathedral before,”
“I thought it was a mosque,”
Aryan mengangguk mengiyakannya.
Lalu menyambung,
“Sultan Muhammad Al-Fatih yang menjadikan ia sebagai sebuah masjid sebaik sahaja Turki di bawah pemerintahannya selepas kalahnya Maharaja Constantine. Menara-menara tinggi disekitar muzium ini dibina di zaman pemerintahannya. Bukan di abad 8 yang lalu yang mana ia masih lagi sebuah katederal.

Apabila Abbasiyah mengalami kejatuhan yang amat besar, pemerintahan khalifah menjadi lemah. Nah, ia membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki. Bermula dari sebuah kerajaan yang kecil di sebelah barat Anatolia, ia bersempadan dengan empayar Rom Timur (Byzantine). Biarpun mereka berada di bawah pengaruh Saljuk, namun pemerintahannya tetap bebas dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan. Sehinggalah pada akhirnya ia berjaya menguasai kerajaan lain sehingga wujudnya kerajaan Turki Uthmaniyah.

Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi. Sebenarnya beliau adalah Gabenor Saljuk di Anatolia. Kemenangannya menyebabkan semua pahlawan dan pemimpin bersatu di bawah pemerintahannya.
Manakala Istanbul ini yang merupakan ibu negeri Rom Timur, Constantinople nama asalnya dikuasai ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih setelah berjaya menawannya.
Setelah itu, wujud empayar kesatuan orang Islam dan Istanbul inilah pusat pentadbiran dunia Islam. Kerana ia merupakan pusat pertemuan timur dan barat,”
Aryan mengarahkan Maria melihat sekeliling bangunan.
“Cuba awak lihat,”
“Semuanya di bawah satu rumah ibadat,” jawab Maria.
“Itulah buktinya, Islam sebuah agama yang bertoleransi,”
Maria mengangguk setuju.
“Islam bukan agama yang mengajar umatnya tentang kekerasan. Sebaliknya, Islam mengajar kita erti cinta yang sebenar-benarnya cinta,”
“Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta kepada agama. Cinta pada diri sendiri…,”
“Dan juga pengetahuan kerana tanpa ia, kita tidak mempunyai apa-apa,”
“Awak tahu banyak tentang Islam,”
“Sejarah Islam itu menarik. Kerana ia adalah sejarah yang sebenar. Sejarah yang bukan direka-reka. Buktinya, apa yang masih tinggal sekarang,”
“Kerana itu kamu mempelajarinya?”
“Curiousity,”
“Sometime curiousity can kill,”
Aryan menggeleng, “Kerana itu manusia diberi satu keistimewaan yang tidak ada pada binatang. Akal,” serentak menunjukkan kepalanya.
Maria menguntum senyum mengakui kebenarannya.
“Selepas ini, awak pergi mana pula?”
“Selepas awak beritahu, Eropah wujudnya zaman kegemilangan Islam, saya nak menjelajah di seluruh benua ini,”
“Itu memang tujuan asal awak?”
Maria menggeleng. Aryan meminta jawapan yang pasti.
“Sebaik sahaja saya tamat belajar di Australia, saya mulai mengembara untuk mengelilingi dunia. Mencari ketenangan. Sebab saya rasa, ada sesuatu yang tak lengkap pada diri saya. Sehinggalah pada akhirnya saya temui awak di atas kapal ketika di pelabuhan Maghribi. Hati saya tertarik dengan buku di tangan awak. Jadi saya buat keputusan nak menulis tentang Islam,”
“Islam agama yang lurus, kan?”
“Ia benar,”
“Oh, ya! Sesuatu yang saya lupa kongsikan kepada awak semasa di Perancis dahulu,”
Aryan mengeluarkan peta dan i-pad dari beg galasnya.
“Pengembara juga?”
“Memang setiap orang di dunia ini pengembara. Mencari bekalan untuk hari akhirat nanti,”
“Dan awak pendakwah di mana sebenarnya?”
“Saya menyebarkan Islam di mana saja saya menjejakkan kaki setelah tamat pengajian di Turki,”
“Oh!”
Aryan menguntum senyum lalu menunjukkan petanya.
“Kenapa dengan ini?”
Maria kehairanan.
“Awak masih ingat Paris di mana kita berdua di atas Gerbang Kemenangan?”
Maria mengangguk ingat. Peta bertukar tangan apabila Aryan menghulurkan peta kepadanya.
Lalu membuka  google map, terus membesarkan peta di bahagian Perancis, Paris.
“Ini, satu garisan lurus dari Perancis sehingga ke Mekah. Kalau awak nak tahu, semua menara yang tersergam di kota Perancis itu berada di atas satu garis yang lurus. Dan garisannya berkhir di…,”
“Kaabah…?” terus mengucap “SubhanAllah…,” Maria
Aryan memetik jarinya.
“Idea Napoleon setelah mengembara di Mesir,”
Maria baru mengetahui.
“Pentingkan pengetahuan?”
Maria mengangguk setuju mulai memahami.


Kedengaran azan mulai berkumandang menandakan sudah masuk waktunya Asar.
Tepat langkah kakinya dua orang anak muda itu di hadapan pintu pagar utama Masjid Biru negara Islam penuh bersejarah itu.

“Haiya’ alasolat,” pelawa Aryan penuh hormat dengan bahasa arab sepertimana salah satu kalimah dalam laungan azan yang sedang bekumandang sambil menguntum senyum.
Maria mengangguk turut membalas senyumannya.
Serentak mereka melangkah masuk bersama muslim dan muslimah yang lain.
“Ryan!” satu suara menergah sambil menepuk bahu Aryan.
Aryan menoleh. Maria turut memberhentikan langkahnya.
“Assalammualaikum,” ucap Aryan lalu mendakap gerangan yang menyapanya.
“Waalaikummussalam,” balas gerangan itu.
“Mike Ryan?” hamba Allah itu bertanya.
“Yes, I am, Farouq,” jawab Aryan kepada hamba Allah yang diberi nama Farouq, temannya.
“Oh, Maria. This Farouq. My roommate in University of Turkey. And Farouq, this is Maria. My new friend that I just met in ship. She is a journalist,” Aryan memperkenalkan keduanya.
“Maria,”
“Farouq,”
Mereke berdua berkenalan.
“Farouq, lets perform a solat,” pelawa Aryan lalu meletakkan tangannya di bahu mengajak solat berjemaah bersama.
Kaki mereka bertiga memulakan langkah semula bersama.
“Wait!” Farouq memberhentikan langkahnya.
Sekali lagi langkah mereka berhenti.
“Why?” tanya Aryan.
“And you too?” Farouq memastikan.
Maria kehairanan mendengar soalan dari Farouq. Lebih menghairankan apabila Aryan menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Hey, you kidding, don’t you?” Farouq inginkan kebenaran.
“No. I am His slave. We must solat. I love Him and His Massenger, Rasulullah s.a.w.,” balas Aryan.
“SubhanAllah…,” Farouq seakan tidak percaya.
“I was convert to Islam after graduated from the university. Almost 2 years ago. Alhamdulillah,” Aryan memberi jawapan yang pasti.
“Allahu Akhbar…,” ucap Maria mendengar pengakuan Aryan.
“Alhamdulillah,” Farouq mendakap Aryan dan menepuk bahu rakannya itu.


Selesai solat jemaah Asar ditunaikan,
“Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk diri ini menjadi hamba-Mu. Ampunilah diri ini dan terimalah taubat kami yang sering lupa dan mudah terleka dengan janji duniawi yang hanya sementara. Sucikanlah hati kami dan sinarilah ia dengan cahaya petunjuk-Mu, Ya Rabbi,”
“Allahummasolli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad,”
Maria mengaminkan doanya.


Maria berlari-lari anak apabila melihat kelibat Aryan di salah satu kaunter tiket.
“Wait! Aryan!”
Aryan menoleh mendengar namanya dipanggil.
Termengah-mengah Maria di hadapannya. Aryan ketawa kecil.
“Assalammualaikum…,” ucap Aryan
Menghela nafas seketika dan menjawab, “Waalaikummussalam,”
Aryan memberi reaksi untuk bertanya mengapa.
“Where you going next?”
Aryan menunjukkan tiketnya.
“Saudi Arabia?”
Mengangguk lalu bertanya mengenai Maria pula.
Giliran Maria menunjukkan tiketnya pula.
“Rusia?”
Maria mengangguk sambil menguntum senyum.
Kedua mereka membisu sejenak saling menundukkan pandangan.
Detik terus berlalu. Sekeliling membiarkan dua mereka di situ tanpa diganggu.
“I’m sorry,” ucap mereka serentak.
Lalu ketawa.
“You first,” arah Aryan.
“I’m sorry. Mungkin sepanjang kita mengembara dan pertemuan tanpa sengaja, saya ada menyakiti awak sengaja atau tidak,”
Aryan menggeleng dan membalas,
“Its okay. I’m already forgive you. Besides, I’m also want to apologise. Mungkin tanpa kita sedari, saya terkasar bahasa dengan awak. Mungkin ayat dalam penceritaan sejarah yang saya sampaikan, mengguris hati awak. Actually, I really didn’t meant it,”
Maria mengangguk.
“Nice to meet you,”
“Me too. Saya harap awak terus menyampaikan dakwah dan menyebarkan tentang hebatnya Islam satu ketika dahulu,”
“InsyaAllah,”
“Aamiin,”
“I hope you do so. Teruslah mengembara untuk mengenali siapa kita. InsyaAllah, one day, awak akan ke sini juga nanti,”
Ujar Aryan serentak memaksudkan tiketnya.
“Aamiin,” Maria menangguk dan menyambung semula,
“Thanks to everything. Al-quran, translation, history about Islam….,” berfikir mencari lagi.
“My voice…,” Aryan mengingatkan.
Maria ketawa lalu mengiyakannya. Aryan menggeleng dengan telatahnya.
“Are you forget to record our conversation today?” celoteh Aryan apabila teringatkan perakam suara.
“No” Maria mengeluarkan perakan suara dari poket bajunya.
Lelaki bermata biru itu memejamkan matanya seketika sebelum berbicara semula,
“Thanks, Maria…Awak menghargai saya dan mendengar setiap apa yang saya luahkan. Mulanya saya ingatkan, orang mualaf seperti saya, sukar untuk dipercayai. Tapi selepas bertemu awak di atas kapal hari tu, keyakinan saya meningkat untuk terus berdakwah,”
Wanita berjilbab itu membalas,
“I never thought you are mualaf before. But I’m still respect you because you show me what are the meaning of Islam that I didn’t know before. Saya seorang muslim pun, masih cetek pemikiran dari awak. Apa yang membezakan setiap manusia di muka bumi ciptaan-Nya ini, hanyalah iman. Kan?”
“Ya,” Aryan bersetuju.
Kemudian kedua mereka menundukkan kepala tanda salam perpisahan.
Setelah masing-masing mahu memalingkan wajah, sekali lagi mereka,
“Wait…,”
“What?”
Serentak lagi.
“Okay, you fisrt,” Aryan mengalah lagi.
“May I know, your name? Its for my journal,”
“Aryan. Mike Ryan. Muhammad Mikail Aryan,”
“Oh, thank you,”
“Welcome,”
“Your turn,”
“See you soon,”
Maria menguntum senyum lalu mengangguk,
“InsyaAllah,”
“Aamiin…,” sahut Aryan.
Mereka meneruskan langkah masing-masing.


Itulah satu perjalanan yang membawa aku menemui cinta yang satu. Cinta Allah yang tiada batasnya. Aku mulai menjalani hidup berlandaskan cara Islam sebagaimana yang pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada umat yang dia kasihi.
Dan kini, hidupku lebih tenang dari sebelumnya.
Dulu aku mencari siapa aku? Mengapa aku di sini?
Sekarang, aku tahu.
Saudara Muhammad Mikail Aryan adalah utusan dari Allah untukku mengenali agama suci ini. Tanpa kusedari, dia seorang mualaf, Mike Ryan (nama sebelumnya). Namun, dia amat mengenali Islam lebih dariku. Sedangkan aku, hanya tahu secetek pengetahuan walaupun aku memeluk agama Allah sejak aku lahir di dunia.
Terima kasih, Saudara Aryan.
Semoga kelak kita bertemu lagi.
Dan, Jazakaulahu Khairan, Ya Allah.
Kutemui cinta.


:: This story based on Islamic History and I’ve got the idea after watching "99 Cahaya di Langit Eropah".

Gambar: "99 Cahaya di Langit Eropah" screencap (edited by  author, Putri Rafflesia)


























Berakhir sudah bahagian pertama Cahaya DI Langit Eropah (Part1 Ku Temui Cinta) iaitu Fiksyen Islamiah hasil nukilan adik kesayangan saya Aisyah. Saya juga sudah menghabiskan bacaannya minggu lalu namun telat membuat posting disini seperti yang telah saya janjikan buat semua pengunjung entry ini setelah mendapat keizinan tuan punya nukilan. Insha Allah, masih ada sambungan seterusnya untuk fiksyen ini yang bakal saya publish kan nanti sejurus saya selesai membaca bahagian yang kedua.

Diharap dengan perkongsian fiksyen Islamiah saya ini bisa membuka seluruh mata dan minda buat suluruh saudara/pengunjung Muslim mahupun bukan muslim agar timbul kesedaran  kita mengenai sejarah peradaban Islam yang megah dan teragung satu masa lalu di Kota Cordoba, Mezquita yang mana sekarang ini jarang kita melihat para muslim menyelami atau mnghayati keagungan suci  agama Islam yang gah di mata dunia. Dek kerana disebabkan beberapa fakta yang diputarbelitkan dan tidak dijelaskan secara terperinci oleh sesetengah orang menyebabkan ramai yang tenggelam di arus kemodenan zaman sekarang yang membutakan ramai di antara kita (muslim) sukar untuk membezakan antara fakta dan mitos sesebuah lagenda yang sememangnya wujud dan nyata. Apapun, selamat menikmati bacaan anda dan diharap beberapa fakta yang terselit dalam fiksyen ini bisa memberikan ilmu yang bermanfaat buat anda semua. Aamiin...

Teruskan Berdakwah, Anda Selangkah Menuju Ke Jalan Allah
Untuk Muslimah Yang Tak Pernah Lelah Berdakwah
Merekala Sosok Solehah
Mujahidah Perindu Syurga.


I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad