Sunday, June 01, 2014

Al Fatihah For 19 Years Old Teen Ladies


Hidupnya insan tiada yang abadi
Menunggu saat panggilan azani
Hilanglah nafas
Tak bergerak lagi
Tanah perkuburan
Tempat bersemadi
Ya Allah…
Ya Tuhan…
Ya Rahman…
Ampuni kami

Innalillahiwainnalillahirajiun…

Yesterday  I got the news 19 years old teen ladies who stay in my near area village was passed away around 6 pm in evening.
 Subhanallah… 19 years old? So young...
Actually before ni ada jugak dengar cerita dari aunty K tentang budak tu but K tak berapa care sangat coz tak kenal sangat dengan budak tu. Tambahan pulak K ni tak duduk  sangat dengan orang yang suka bergosip tentang cerita yang belum sahih kebenarannya. Apatah lagi bila dengar khabar tentang budak tu, jumpa pun kita orang tak pernah, tapi tersentuh hati jugaklah dengar khabar budak tu meninggal.

Aunty cakap budak yang baru je lepasan SPM tu pernah alami kemalangan, terjatuh dan tercedera tapi tak tahulah teruk ke tak. After a couple of weeks, desas-desus orang kampung cakap budak tu terlantar je kat rumah, baring atas katil sebab mengalami kesukaran untuk bergerak. Ada masa kalau budak tu sedar, dia cuma mampu bermain seorang diri dengan telefon bimbit dan bila dia sakit dia tak akan sedar dengan orang sekeliling. Itu yang K dengar dari aunty K yang kebelakangan ni selalu jugak jenguk budak tu kat rumah coz jarak rumah diorang dekat beberapa meter je dari rumah aunty K. Itulah kewajipan kita sebagai seorang muslim, ziarahilah sesama sendiri terutamanya ketika saudara sesama muslim sedang sakit.

Hmm… tak terasa air mata K mengalir sejurus mendengar cerita dari aunty even my mom feeling so pity about her condition. My mom pun boleh rasa kesakitan budak tu apalagi kedua-dua orang tuanya yang melihat anak mereka yang ditimpa musibah yang sedemikian. Bila dikenangkan semula, K rasa bersyukur sangat masih diberikan peluang untuk hidup hingga sekarang. Rasanya dah hampir 10 tahun K bertarung dengan penyakit  xxxxxxxxxx yang  K hadapi sekarang tapi syukur Alhamdulillah K masih mampu bernafas hingga ke hari ini.

Pepatah pernah menyebut setiap penyakit ada ubatnya dan jika masih tiada jalan penyelesaian, sebaik-baik ikhtiar ialah pasrah dan redha dengan ketentuan Tuhan. Ada ubat, namun tidak seratus peratus menyembuhkan, apa yang mampu kita lakukan Cuma redha, sabar dan ikhlas dalam bertahan dengan ujian yang Allah tentukan. Itulah yang K amalkan sebagai seorang pesakit selama hampir 10 tahun dan saat K mendengar khabar anak itu, K akur dengan kebesaran Allah SWT dan mulai menitiskan air mata. K melihat diri K sambil mengenang budak yang baru meninggal tersebut, dengan penuh rasa terharu K begitu bersyukur masih hidup hingga sekarang. ALLAH itu Maha Kuasa. Kita tidak akan tahu bila tarikh kematian menjemput kita namun kematian itu ialah sesuatu yang PASTI dan tiada siapapun boleh lari dari MATI. Hidup kita Sekali, Mati Kita Sekali. Itulah hakikat kita sebagai manusia biasa yang harus kita terima bahawa suatu hari nanti MANUSIA itu pasti MATI.

Ajal atau kematian tidak mengira usia tua mahupun muda, jika sudah sampai ajalnya kita, maka tiada siapapun yang dapat mengubahnya. Oleh itu sebagai seorang Muslim, hendaklah kita bersedia menghadapi kematian. Seperti yang berlaku pada adik perempuan yang K ceritakan tadi, umurnya baru 19 tahun, Masyaallah… bayangkan jika anda berada di posisi umur sebaya adik itu, masih banyak perkara yang perlu dilakukannya sebagai hamba Allah. Siapaa tahu, apa mungkin masih banyak cita-cita dan tekad yang ditanam dalam jiwa anak muda itu dalam dirinya bagi masa depannya, namun TUHAN lebih berhak keatas mana-mana umat yang dikehendakiNya.

Ingatlah bahawa kita yang bersedih terhadap pemergiannya di dunia, mungkin Tuhan lebih merencanakan sesuatu yang lebih hebat dalam mengatur kehidupannya mahu di dunia mahupun di akhirat. Sama-samalah kita berfikir bahawa mungkin Tuhan lebih menyayanginya dan sama-sama jugalah kita redha akan pemergian gadis 18 tahun tersebut dengan seebis iringan doa AL-Fatihah…

gambar - dinmerican.wordpress.com

Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dia dalam kalangan orang-orang yang beriman
Amin…

gambar - www.wandering-dragonfly.com


Ingatlah wahai para muslim
Takim dibaca ingatan diberi
Kepada semua yang hidup lagi
Hilanglah nafas tak bergerak lagi
Tanah perkuburan tempat bersemadi

3 perkara Allah sembunyikan
Rezeki, Malam Lailatul Qadr dan Tarikh Kematian
Daripada-Nya kita datang
KepadaNya juga kita Kembali

Wallahualam…



No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad