Wednesday, October 22, 2014

Hello Kitty Bukan Kucing?




Siapa yang tidak kenaal Hello Kitty? Karakter comel ini sudah lama terkenal di serata dunia. Malah, Hello Kitty sudah berkunjung ke luar angkasa menggunakan satelit dari Jepun dan kunjungan istimewa itu merupakan sebahagian dari sambutan ulangtahun ke-40 Hello Kitty yang jatuh pada tahun 2014.


Namun, kejutan tidak terhenti  disini apabila Sanrio mengumumkan Hello Kitty sebenarnya bukan seekor kucing dan bukan berasal dari Jepun. Fakta ini didedahkan ketika pakar  antropologi Christine R Yano menyusun sejarah Hello Kitty untuk pameran restropektif 40 tahun Hello Kitty di Muzium National Amerika Jepun, Los Angeles pda 11 Oktober 2014. Pameran tersebut berlangsung selama 6 bulan sehingga April 2015.

Menurut Yano, “Sya mendapat maklumat dari pihak Sanrio yang menyebutkan bahawa Hello Kitty bukanlah sekadar Kucing, malah iaa merupakaan karakter kartun tentang seorang gadis kecil”.


Yano menjelaskan bahawa Hello Kitty yang diperkenalkan sejak 40 tahun lalu mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis cilik bernama Kitty White yang sangaat ceria. Istimewanya, Hello Kitty tidak berasal dari Jepun sebaliknya berasal dari sebuah perkampungan di luar London, England.

Ini kerana pada waktu itu ramai wanita di Jepun menginginkan kehidupan romantic ala-ala wanita Inggeris. “Ketika pertama kali dicipta, wanita Jepun tergila-gilakan semua perkara yang berbaur Inggeris. Oleh itu Hello Kitty atau Kitty White berasal dari Londonujar Yano.

Sumber : Kreko Isu ke-27, 21 September 2014
I do not own any pics. Credits goes to the owner.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad