Saturday, February 07, 2015

Favorite Male Jdorama Pairs

Jika menonton drama bersiri Jepun atau lebih sinonim dengan sebutan Jdorama, sememangnya 2 protagonis utama lelaki akan menjadi kegilaan ramai peminat-peminat (perempuan khususnya) yang menggemari Jdorama yang berasal dari negara matahari terbit tersebut.


Bermula dengan Jdorama yang ditayangkan pada Oktober 15 tahun 2005 yang bertajuk Nobuta Wo Produce (Producing Nobuta) yang dibintangi Kamenashi Kazuya dari kumpulan idola KATTUN dan Tomohisa Yamashita atau lebih am dengan panggilan Yamapi dari kumpulan idola NEWS. Kedua-duanya antara 2 protagonis utama yang mula mencetus fenomena bermulanya perhatian peminat yang meminati 2 watak lelaki utama dalam setiap siri Jdorama yang terbaru.

Berbanding menyukai adegan watak hero dan heroin yang romantik, ternyata peminat-peminat lebih menyukai watak-watak antara sahabat yang suka bermain dengan adegan yang comel dan mencuit hati seolah-olah mereka ibarat 2 pasangan yang bercinta namun hakikatnya, 2 watak ini sebenarnya merupakan point penting dalam mewujudkan persekitaran dalam memahami maksud cinta dan persahabatan dalam sesebuah drama yang dihasilkan.

Mungkin ramai yang yang salah sangka jika cerita Jepun majoritiya lebih bertumpu kearah 2 protagonis utama yang dilakonkan oleh 2 watak lelaki yang sering memainkan peranan seolah-olah berunsurkan cerita gay tapi pada realitinya tidak.

Lihat saja contoh Akira dengan sikap lembutnya yang suka merapatkan wajahnya kearah Shuuji dan suka bermain-main manja terhadap Shuuji namun tidak diendahkan Shuuji. Jelas, perangai tersebut adalah secara natural dengan tujuan sengaja menarik hati peminat supaya mereka berfikir aksi mereka tersebut berjaya mencuit hati penonton dan akan menjadi fenomena baru untuk menghasilkan jalan cerita iaitu bukan pasangan kekasih saja yang boleh bertindak sedemikian, tetapi juga rakan atau sahabat yang sudah lama mengenali satu sama lain.

Walaubagaimanapun, tema utama mengenai jalan cerita serta unsur percintaan yang normal tetap diselitkan dan sangat jelas dilihat bahawa dalam diam Akira menyukai Nobuta (watak perempuan) dan tanpa disedari Shuuji juga sebenarnya turut menaruh hati terhadap Nobuta.

Kesimpulannya, 2 protagonis utama yang dipegang oleh watak lelaki dalam sesebuah Jdorama turut memainkan peranan penting dalam mewujudkan keseimbangan dalam menghasilkan jalan cerita yang menggambarkan maksud antara cinta, keluarga dan persahabatan dalam masa yang serentak.

Dan berikut merupakan 2 protagonis utama popular yang dipegang oleh watak lelaki  dalam sesebuah Jdorama yang mana semuanya bukanlah bergenre kan cinta dan persahabatan malah ada juga yang berunsurkan dendam, misteri serta kisah menyayat hati.





Hana Yori Dango
Matsumoto Jun & Oguri Shun




Yamada Taro Monogatari
Ninomiya Kazunari & Sakurai Sho




Hanazakarino Kimitachi e
Oguri Shun & Ikuta Toma



Scrapt Teacher

Yamada Ryosuke & Nakajima Yuto




MAOU
Ono Satoshi & Ikuta Toma




Hidarime no Tantei Eyes
Yamada Ryosuke & Yokoyama Yuu


Kyou no Hiwa Sayounara

Ono Satoshi & Yamada Ryosuke

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad