Friday, June 13, 2014

Syahadah Buat Sakura Short Prologue


Syahadah Buat Sakura


Mengisahkan tentang kesedaran seorang gadis mengenai seseorang yang pernah dicemburuinya satu ketika dahulu. Pemergian Putri Qalisya selepas seminggu genap pemergian ayahnya juga benar-benar memberikan kesan ynag mendalam terhadap kehidupan Aisya Karina yang menyangka dia bakal bergembira dengan sepuas-puasnya dengan ketiadaan ayah dan terutamanya kakak tirinya yang sangat dibencinya.
 
Namun, penghijrahannya ke bumi Matahari Terbit membawanya kearah penemuan seorang insan yang memberinya kesedaran apakah erti sebenar nilai sebuah kasih sayang. Walaupun pertemuan jangka pendek dengan seorang gadis yang bernama Sakura, pengalamannya memahami secara dekat mengenai gadis itu tidak dijangka mengheret Aisya Karina menyelami semula kisah lalunya… dan apa yang lebih memilukan terselit jiwa muslimah dalam diri Sakura hingga secara tidak diduga, beberapaa minggu mengenalinya, Aisya Karina mula menyedari mengapa dirinya berasa begitu dekat dengan diri Sakura.
Tanpa henti dia memikirkan tentang kecemburuannya terhadap seseorang satu ketika dahulu. Tanpa henti dia memikirkan tentang pengorbanan seseorang yang pernah dicemburui satu ketika dahulu. Tanpa henti, dia memikirkan seseorng yang sudah terlalu lambat untuk disayanginya lagi. Hari demi hari, tanpa henti Aisya Karina terus memikirkan Putri Qalisha.
Kerana memikirkan pertemuannya denagn Sakura adalah sesuatu yang amat berharga, dia mula menyayangi Sakura sebagaimana dia terlepas menyayangi Putri Qalisya. Dan tanpa diduga, satu hari dia mendapat berita yang mula merenggut jiwanya bahawa Sakura tidak mempunyai jangka hayat yang lama membuatkan Aisya Karina benar-benar berasa kecewa. Mengapa dia harus kehilangan satu lagi nyawa seseorang yang sungguh beerti baginya. Adakah dia akan kehilangan Sakura sepertimana dia kehilangan Putri Qalisya yang tidak sempat difahaminya seperti mana dia memahami Sakura? Tidak! Itu tidak mungkin baginya kerana dia mula teringat akan sesuatu yang pernah dilafazkan Putri Qalisya kepadanya saat dia berbaring di ruang operasi pembedahan gara-gara penyakit hati kronik yang dihidapinya satu ketika dahulu.
Tanpa berlengah lagi, Aisya berlari mendapatkan Sakura saat dia hampir dibawa ke ruang operasi pembedahan. Dan tanpa berfikir panjang, Aisya menyampaikan kata-kata tersebut sambil ditemani kedua-dua orang tua Sakura yang turut berada disitu sebelum mereka meninggalkan bilik tersebut. Terasa begitu berat untuk Aisya melepaskan tangan Sakura yang digenggamnya dengan erat kerana ingin menemaninya disitu hingga berakhir operasi, namun apakan dayanya Aisya kerana dia sendiri tidak sanggup melihat Sakura dioperasi.
“Berjuanglah hingga ke akhir nakamaku, aku tetap disini bersamamu, Jika kau merasai bayanganku mulai hilang, ertinya tuhan lebih menyaayangimu. Ikhlaslah dengan berkata Ashaduallah ilahaillallah, Waashaduanna Muhammadarasullullah. Insyaallah akan tenang dirimu… jangan lupa aku sentiasa menyayangimu, dan aku yang masih bernafas disini akan sentiasa mendoakanmu…”
Sehari selepas pembedahan, hospital dikejutkan dengan kehilangan seorang gadis naïf yang sentiasa berkejaran di hospital dengan melemparkan senyuman terbaiknya sambil memberikan sebiji belon hanya untuk mengukir senyuman kanak-kanak penghidap jantung kronik sepertinya dengan harapan  masih adanya kebahagiaan di luar sana jika mereka benar-benar ingin berjuang terhadap apa yang diimpikan.
Air mata berlinang dipipi Puan Ashiya saat dia menyelimuti wajah satu-satunya puteri kesayangannya dan apa yang menghairankan wajah pucatnya langsung tidak kelihatan namun sebaliknya dia merasakan sebuah kebahagiaan terselit pada sebuah cahaya putih yang bersinar mengelilingi tubuh anaknya.
Hingga pada suatu malam, Puan Ashiya secara tidak diduga mendapat sebuah petunjuk disebalik cahaya yang dilihatnya pada hari kematian Sakura. Tidak disangka cahaya itu menemaninya hingga ke alm mimpi. Wajah Sakura yang suci muncul bersama pakaian serba putih serta bertudung melemparkan senyuman terbaik yang tidak pernah dilihat Puan Ashiya sebelum ini.

“Restui aku ibu, sesungguhnya aku kini berada di sebuah dunia yang baru, restui aku ibu, kerana ketenanganku yang abadi hanya ketika aku mengucapkan kata-kata suci, restui aku ibu, kini Islam agamaku, dan Allah tuhanku yang Satu.”
Pada hari penghormatan terakhir Sakura yang sudah lengkap dirapikan di dalam keranda, begitu ramai tetamu yang datang tidak sekalipun menyentuh perasaan Puan Ashiya. Muncul Aisya Karina dan keluarganya namun tidak terlalu dekat dengan gereja, hanya memerhatikan dari jauh, namun begitu Puan Ashiya dapat melihat air mata berlinangan tanpa henti dipipi Aisya Karina. Puan Ashiya memandang suaminya yang terus mengangguk. Dengan tekad, Puan Ashiya menghampiri keranda anaknya, memandang kali terakhir wajah Sakura.
Saya, Jun Ashiya, ibu kepada Ninomiya Sakura akan memutuskan disini, Ninomiya Sakura tidak akan disemadikan mengikut tata tertib Kristian. Denagn ikhlas dan redha, Ninomiya Sakura akan disemadikan dengan tata tertib pengebumian Islam.
Walaupun ketika disoal, jika Sakura masih penganut Kristian dan tiada pengesahan dia kini seorang muslim.
Ibu Aisya menjawab denagn tenang dihadapan hadirin, “tidak perlu bukti secara terang untuk menentukan kita adalah Islam. Yang penting adalah keikhlasan dari sebuah hati yang mengatakan Allah adalah satu-satunya Tuhan dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhnya.”
Puan Ashiya menghampiri Aisya lalu mengusap lembut kepalanya seperti belaiannya terhadap puteri kesayangannyaa Sakura. Jarinya yang halus mengesat air mata Aisya dan serentak tu juga matanya turut berlinangan. Aisya kebingungan menatap wajah Puan Ashiya yang tidak lekang memberikan senyuman.
“Kamu menunjukkan Islam pada Sakura. Kamu membantunya hingga dia berhasil menemuinya siapa Tuhannya… dengan jujur Aisya Kareena Mohd. Fareez, kata-kata suci apa yang kamu tujukan padanya?”
Terharu mendengar kata-kata Puan AshiyaAisya Kareena mengambil kedua-dua tangan Puan Ashiya lalu menggenggamnya dengan erat..
“Syahadah… Syahadah Buat Sakura.”

made by
Aisuki Ono. 


No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad