Sunday, June 15, 2014

TOP 5 Real Living Doll & Anime Chara





Harus kita sedari bahawa manusia yang dilahirkan ke dunia direka dengan bentuk tubuh fizikal dan penampilan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Namun satu hal yang pasti, bahawa manusia dilahirkan tidak semuanya sempurna. Ada juga diantara mereka telahpun memiliki kekurangan sejak lahir. Namun pada kenyataannya, mereka seharusnya bersyukur dengan keadaan kurang sempurna tersebut. Namun pada sisi lain, beberapa orang yang terlahir dengan keadaan normal malah selalu merasa tidak puas hati dengan keadaannya. Mereka justeru cenderung mengubah penampilan mereka dengan pelbagai macam prosedur seperti operasi plastik yang kini mulai menular serta menjadi obsesi masyarakat masa kini yang gemar akan perubahan yang lebih ekstrem demi memuaskan kehendak mereka untuk menampilkan keterampilan yang sempurna. Hal ini tanpa mereka sedari mereka telah mengutuk ciptaan Tuhan serta tidak bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan. Seperti halnya beberapa wanita di bawah ini, beberapa wanita ini dipercaya memiliki wajah sempurna ibarat Barbie dan karakter-karakter anime. Namun, kita juga tidak boleh membut kesimpulan yang pasti adakah ia merupakan wajah asli atau hasil dari operasi plastik. Akan tetapi, beberapa di antaranya terbukti telah mengakui bahwa untuk mendapatkan wajah sempurna sepersis Barbie, mereka kerap melakukan operasi plastik.


Valeria Lukyanova

Siapa yang tidak kenal wanita cantik yang sepersis Barbie ini? Dirinya langsung menjadi tontonan umum saat foto-fotonya berkeliaran di dunia maya. Valeria Lukyanova, seorang gadis berusia 21 tahun yang memiliki wajah dan juga postur tubuh sempurna seperti boneka cantik Barbie. Hal ini sempat menjadi perbincangan yang cukup lama di mata masyarakat.

Valeria sendiri tak pernah mengatakan bahwa dirinya mendapatkan semua ini dengan melakukan operasi plastik. Namun, kebanyakan orang beranggapan bahwa sangat mustahil manusia memiliki tubuh yang sangat ramping dengan ukuran pinggang yang minimum tanpa ada bantuan operasi di baliknya. Namun terlepas dari itu semua, Valeria kini sekarang sudah menjadi satu-satunya manusia dengan wajah Barbie yang paling sempurna di dunia.


Dakota Rose

Dakota Rose merpakan seorang gadis Jepun yang baru saja menjadi bahan perbualan sensasi seluruh dunia atas apa yang telah ia tunjukkan kepada masyarakat dan juga dunia media. Bukan kerana prestasi yang telah diraih, sebaliknya penampilan fizikalnya lah yang telah membuat gadis berusia 19 tahun ini lantas menjadi bahan pembicaraan umum terutamanya di laman sesawang. Tampil dalam beberapa video tutorial make up, membuat gadis cantik bernama seiras barbie ini lantas mendapat banyak komentar dari beberapa orang yang telah menyaksikannya. Sepert yang diketahui umum, Dakota merupakan gadis yang tinggal di Jepun, di mana para gadis di negara matahari tersebut memang sinonim memiliki obsesi mata yang bulat dan juga besar seperti karakter anime. Masih tidak diketahui dengan jelas apakah Dakota juga telah melakukan beberapa prosedur untuk mendapatkan kecantikannya tersebut atau tidak. Namun apa yang pasti, dengan mata bulat yang sedimikian serta hidung yang mancung, dan bibir kecil yang ia miliki, membuatkan Dakota semakin terkenal sebagai boneka hidup pertama di dunia terutamanya di kawasan Asia.


Anastasiya Shpagina

Gadis ini dikatakan mudah berkawan serta memiliki hubungan yang sangat baik dengan gadis patung lainnya antaranya Valeria Lukyanova. Namun, berbeza dengan Valeria, Anastasiya Shpagina lebih memilih untuk membuat wajahnya menyerupai idola anime yang sudah sekian lama Anastasiya kagumi. Anastasiya Shpagina adalah seorang gadis cantik menyerupai anime berusia 20 tahun yang lahir di Ukrania. Anastasiya mengatakan semenjak melihat karakter anime yang diciptakan oleh mangaka Jepun tersebut, dirinya lantas menjadi obses untuk memiliki penampilan yang sama. Anastasiya mengakui bahawa dirinya memperoleh kecantikannya tersebut hanya dengan menghias wajah yang dia lakukan secara rutin setiap hari. Anastasiya berkata bahwa untuk menghias wajah agar menyerupai anime, Anastasiya memerlukan waktu sebanyak 30 minit setiap harinya. Namun berbeza dengan khabar angin yang menjadi topik hangat dikalangan penggemar-penggemar anime, dipercayai Anastasiya telah melakukan beberapa operasi plastik untuk mendapatkan mata bulat dan juga pipi tirusnya yang menawan itu.


Wang Jia Yun

Gadis yang berasal dari Cina ini juga telah  menambah ranking beberapa wanita yang memiliki penampilan dan wajah yang sama dengan boneka mahupun anime. Wang merupakan gadis asli setelah kewujudannya sempat dipersoalkan oleh beberapa orang lantaran tubuh dan wajah sempurna yang dimilikinya. Wang juga terbukti telah terdaftar sebagai mahasiswi di salah satu perguruan tinggi di Cina. Kekasih Wang antara seseorang yang memberikannya idea untuknya agar menghias wajah gadis cantik ini menyerupai boneka yang comel dan cantik. Sejak itulah Wang yang sudah terbiasa dengan alat-alat make-up dan terus mulai mencuba dalam menghias wajahnya bak boneka Barbie. Hasilnya, setelah memuat naik berbagai foto seksinya ke dalam blognya, Wang yang memiliki mata bulat dan lebar ini langsung menjadi tajuk utama di beberapa media terutamanya di negara tembok besar itu sendiri.


Venus Angelic

Populariti yang sama juga diraih oleh Venus Palermo, gadis 15 tahun yang dikenal dengan gelaran Venus Angelic. Venus diketahui telah memuat naik 78 video tutorial make up hingga nail art di youtube yang membuatnya semakin dikenali. Hingga kini Venus telah memiliki lebih dari 13 ribu orang penggemar seluruh dunia. Selain itu, gadis yang merupakan warga asli London ini mendapat dorongan  sepenuhnya dari kedua-dua orang tuanya. Bagi mereka, Venus merupakan gadis kecil yang naif, ia bahkan belum memiliki rasa tertarik pada lelaki. Venus mengatakan bahawa dirinya menghias wajah seperti boneka cantik kerana Venus suka tampil cantik dan menawan. Gaya dan penampilan yang Venus pilih merupakan terinspirasi dalam dirinya saat buat pertama dia berkunjung ke Jepun dan melihat begitu banyak pertunjukan anime. Bermula dari bumi Sakura, Venus mulai bergaya, dan berpenampilan ibarat patung anime Jepun. Tidak hairan juga bagi mereka yang kebiasaan dengan wajah karakter anime, kerana wajah Venus yang putih dan kemerahan serta bibirnya yang muncung dan lembut mampu membuat siapapun takjub ketika memandang gadis nuda ini yang 100% persis anime Jepun yang suci dan naif.

Jadi itulah lima dari kisah nyata boneka-boneka hidup yang pernah menggemparkan seluruh masyarakat dunia.



Images Credits to www.starnostar.com/dudu.com/stylekandi.com/avaxnews.net

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad