Wednesday, June 25, 2014

Syukuri Ketentuan Allah SWT




Walaupun pada ketika kaki aku benar-benar sakit, aku terus berusaha untuk kerja di kedai Kak Na. Bukan kerana gaji yang aku harapkan tapi untuk melatih kakiku agar sentiasa kuat dan tidak lemah untuk menuju ke hadapan… aku terasa tidak sakit malah gembira kakiku masih mampu untuk berjalan. Walaupun ada ketikanya sakit itu menyerang tiba-tiba hinbgga aku terpaksa tidak turun ke kedai… siapa yang tahu…? Dengan perasaan hiba aku mengurung diri di dalam bilik. Air mataku mengalir sambil mengusap kakiku lembut…. “Bertahanlah kakiku… aku juga merasai kesakitanmu… ini bukan kehendakku… yang Berkuasa lebih tahu apa yang terbaik buatku. Berehatlah buat seketika kakiku… aku juga sangat letih dengan keadaan ini. Bukan letih kerana sakit malah sebaliknya letih untuk menitiskan air mata …”

Hari demi hari yang ku lalui tidak seperti insan normal yang lain, namun aku redha jika ini sudah ketentuanNya. Hanya doa yang mampu ku panjatkan pada Ilahi yang sesungguhnya mengerti. Tangisan ibarat teman seperjuanganku. Kerana terluka manusia boleh menangis walaupun pada hal yang kecil.. “we’re not that weak and we’re not that strong, that’s why its fine to cry..”. Menangislah sepuas hati kerana pada akhirnya kita sedar ia tidak menyakitkan namun sebaliknya melegakan. Aku sentiasa berdoa agar tidak lemah menghadapi ujian yang Allah berikan dan aku juga manusia yang sudah lali menerima ujian yang lebih sukar dari ini.

Aku punya jari yang lemah, namun aku masih bisa menyuap diriku sendiri…
Aku tidak kuat seperti remaja-remaja yang lincah yang lain namun hatiku senang saat ibu menyatakan aku gadis yang paling kuat…
Pergerakan tubuhku terbatas gara-gara Scelorosis, namun aku tidak penat untuk terus aktif dalam menggerakkan anggota sendiku…

Kini, ujian yang datang menimpa kakiku yang semakin tidak berdaya… cubaan apa yang seterusnya, aku tidak mampu untuk menyangkalnya. Namun aku bersyukur, sebanyak mana dugaan yang ku tempuh… lihat… aku masih mampu menulis coretan ini dan bagi sesiapa yang sempat singgah di halaman ini pasti terfikir dengan niat apa aku menulis coretan sebegini?

Coretan ini aku tulis hanya untuk mengingatkan terutamanya pada seluruh muslim, berwaspadalah dengan satu hal, saat kita dimpa jatuh sakit, menangis itu bisa tapi jangan sesekali merungut. Itu adalah ujian yang harus kita tempuhi dengan pasrah dan redha. Jangan sesekali memikirkan Tuhan tidak menghiraukan doa hambanya yang sakit. Lihat dimana kamu berpijak sekarang, masih di bumi yang nyata? Juga seperti aku yang masih bernafas hingga ke hari ini, semakin banyak dugaan yang Tuhan limpahkan kepadaku, ia mengajar aku tentang kesedaran bahawa Tuhan menyemai kesabaranku dengan lebih banyak pengalaman kekuatan untuk mengatasi kesakitan.

Ingatlah dalam setiap denyutan jantung dan hembusan nafas masing-masing, itu membuktikan Tuhan sentiasa dekat dan sentiasa memelihara diri kita. Jangan menyalahkan Tuhan atas takdir buruk yang menimpa kalian kerana tidak akan Tuhan memberikan cubaan di luar batas kemampuan seseorang…

Wallahualam…

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad