Thursday, June 19, 2014

Pelancong Jepun > Orang Jepun Ke Luar Negara





Menurut (JNTO) Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun, buat pertaama kalinya dalam 44 tahun, bilangan pelancong asing yang melawat Jepun melebihi orang Jepun yang melawat ke luar negara. Pada bulan April lalu, bilangan asing meningkat 33.4% berbanding dengan bulan yang sama padaa tahun 2013. Jumlah pelancong asing pada bulan itu telah mencecah 1, 231, 500 ribu orang, satu rekod yang tidak pernah dicapai. Sebaliknya bilangan orang Jepun yang melancong di luar negara ialah kira-kira 1.1 juta orang, penurunan 4.4% berbanding April 2013. Rekod JNTO menunjukkan kali terakhir bilangan pelanccong asing melebihi orang Jepun ke luar negara ialah pada September 1970. Seorang jurucakap JNTO mengatakan peningkatan bilangan pelancong disebabkan nilai mata wang Yen yang lemah, pengecualian VISA bagi beberapa buah negara  Asia,  serta lebih penerbangan ke Lapangan Terbang Haneda. Dia Antara semua pelancong asing, orang Taiwan merupkakan golongan pelancong asing terbesar melawat Jepun iaitu 257, 900 orang diikuti pelancong China, Malaysia dan Indonesia.




Source : Malaysia Kreko Magazine
Images Credit : worldofstock.com

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad