Saturday, January 30, 2016

Asal Usul Otaku Dan Jenis Otaku



Otaku sebenarnya berasal dari Bahasa Jepun yang membawa maksud rumah atau keluarga orang lain (お宅/otaku) yang turut digunakan sebagai kata ganti nama kedua sebagai tanda hormat.

Tetapi, pada masa kini dimana penggunaanya berbeza daripada sebelum ini dan hanya ditulis dalam hiragana atau katakana  dan jarang sekali dalam bentuk romaji yang mana ia muncul pada tahun 1980-an. Di dalam siri anime Macross yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1982, istilah ini digunakan oleh Lynn Minmay sebgai penghormatan. Istilah  ini kemudiannya digunakan sebagai maksud komedi oleh pelawak dan penulis esei Akio Nakamori di dalam sirinya yang bertajuk An Investigation of Otaku (おたくの 研究 “Otaku no Kenkyuu”) yang diterbtikan dalam majalah Manga Burikko pada 1983, Juruanimasi seperti Haruhiko Mikimoto dan Shoji Kawamori menggunakan istilah ini sebagai kata ganti nama kedua sebagai penghormatan sejak hujung tahun 1970-an.

Dalam zaman moden, istilah otaku merujuk kepada seseorang yang terlalu pakar dan obses dalam sesuatu bidang terutamanya komputer dan istilah ini diperluaskan lagi ke bidang berkaitan dengan topik, hobi atau, hiburan. Istilah yang selalu digunakan adalah Otaku Anime (peminat anime), Otaku Cosplay (peminat cosplay), dan Otaku Manga (peminat manga). Otaku Posokon (peminat komputer), otaku gemu (peminat permainan video) dan Otaku Wota (peminat artis idola).









Apa yang pasti, otaku amat mudah dikenali kerana penampilannya yang aneh dan sama seperti Otaku yang lain.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad