Assalamualaikum minasan, Konbanwa ^_^ |
Hari ni K ingin berkongsi tentang beberapa ciri-ciri orang Jepun
yang patut kita terapkan dalam kehidupan seharian. Sebenarnya banyak lagi
ciri-cirinya, tapi apa yang k senaraikan di bawah adalah antara yang penting
la. Baca dengan hati yang terbuka ye ;)
1. MENEPATI MASA
Well, ciri menepati masa ni memang sinonim dengan masyarakat
Jepun. Satu saat bagi orang Jepun memang sangat berharga. Sebagai contoh, kalau
kita berjanji ingin berjumpa dengan mereka pada pukul 3:00 petang, pastikan
minna berada di tempat yang dijanjikan 10 minit lebih awal (atau
sekurang-kurangnya pukul 3:00 petang la) supaya
mereka tidak tarik muka kalau kita terlewat (hatta seminit lewat
pon). Orang Jepun ni kalau kita lewat, memang cari nahas lah jawabnya.
Sejujurnya, K sendiri pun masih lagi melatih diri untuk menepati masa supaya
saya boleh bekerja dengan baik bersama orang-orang Jepun pada masa akan datang.
P/S
: Lagi bagus kalau kita dapat datang lebih awal
dari orang Jepun bila berjanji. Bagi mereka ternganga sikit dengan kita orang
Melayu. Bagi mereka good impression tentang orang Melayu. Tak ker bangga bila
bangsa yang maju macam orang Jepun kagum dengan kita, orang
Melayu..kan?perjuangan tu ;)
2.MENJAGA
KEBERSIHAN
Orang Jepun juga terkenal dengan sifat pembersih mereka. Kalau
kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah mahupun di stesen keretapi, kita
akan dapati tandasnya sangat bersih. Berbeza sikit dengan keadaan kebanyakan
tandas di Malaysia ni. Bukan nak mengutuk tapi memang betul la kan. Itulah
realitinya. Walaupun kita ada pekerja yang membersihkan tandas-tandas tapi
keadaan kebanyakan tandas di Malaysia ni masih lagi daif. Sebab apa? Sebab
attitude. Kita tidak dididik dengan betul-betul untuk menjaga kebersihan semasa
di sekolah dahulu. Betul tak?
Lain ceritanya dengan orang Jepun di mana mereka telah dididik
untuk menjaga kebersihan sejak di bangku sekolah lagi. Yang ni K akan huraikan
dengan lebih lanjut pada masa akan datang dalam artikel mengenai sistem pendidikan
di Jepun.
3. JUJUR
Yang ni satu lagi ciri-ciri orang Jepun yang patut warga
Malaysia contohi iaitu Jujur. Kes-kes seperti kecurian sangat jarang berlaku di
Jepun. Kadangkala kita selalu terlupa untuk mengunci pintu rumah apabila keluar
rumah ataupun tertinggal barang kat tempat awam, tapi Alhamdulillah selamat.
Yang ni sinonim. Minna akan selalu jumpa pelancong atau orang-orang yang baru
balik dari Jepun berkongsi cerita macam mana mereka tertinggal barang di
sesuatu tempat tapi barang mereka tu tak hilang pun. Kan? ;)
Boleh praktikkan di negara kita tak rasanya? Jawapan K, boleh
saja. Tapi nak melentur tu biar la dari rebungnya. Baru efektif (tak faham takpe
hahaha :p)
4.
RAJIN MEMBACA
Sifat rajin membaca ni sangat wajib dicontohi oleh semua orang.
Membaca itu jambatan ilmu. Dengan ilmu lah kita boleh maju. Sebab tu orang Jepun
maju. Sebab kat mana-mana pun kita boleh nampak mereka membaca.
Jadi kalau kita nak sama maju macam orang Jepun (atau at least,
setapak lebih maju dari sebelum ni), rajinkan
diri membaca la ye. Tak rugi pon ;)
P/S
: Bahan bacaan pon kenalah yang ilmiah..bukan komik
atau majalah hiburan saja semata-mata..pelbagaikan bahan bacaan itu lebih baik
5. TEKUN BEKERJA SERTA BERTANGGUNGJAWAB
Ini antara ciri-ciri mereka yang amat K kagumi dan K praktikkan
setiap hari dalam usaha untuk mengejar impian2 K. Hebat mereka ni. Tak kira
pekerjaan apa sekalipon, mereka sangat komited dengan kerja masing-masing. Tak
hairan lah kalau mereka ni workaholic sampai ada yang tak reti nak balik rumah.
Bekerja 12-14 jam sehari tu biasa bagi mereka. Bagi mereka kerja adalah
segala-galanya. Actually ada pro dan kontranya. Pronya sebab kegigihan bekerja
mereka ni lah membuatkan mereka maju.
Kontranya sebab terlalu keduniaan. Mengejar dunia semata-mata sebab tu kerja
macam takde hari esok (Sebagai orang
Islam, jangan la kita bekerja kerana mengejar dunia semata-mata ye..betulkan
niat). Apa yang penting, kita ambil yang pro, sifat mereka yang rajin
dan tekun bekerja tu wajar kita contohi supaya kita boleh memajukan bukan
setakat diri sendiri, tapi juga bangsa dan negara. ;)
6. SISTEMATIK
Haha. Ini pon satu lagi ciri-ciri mereka yang amat K kagumi dan
K cuba untuk contohi dalam kehidupan seharian K. Apa yang dimaksudkan dengan
sistematik tu? Contoh lah, sistem pembuangan sampah/kitar semula. Di Jepun,
mereka telah tetapkan hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah
sekian-sekian yang wajib diasingkan. Lebih berfokus serta sistematik. Bagus
kan?
Di Malaysia pun ada juga sistem seperti ini (bukan tak ada
langsung) tapi mungkin kerana kita sendiri tidak terdidik untuk
melakukannya membuatkan sistem itu tidak begitu berkesan. Sekali lagi ini semua
bermula dengan pendedahan awal di peringkat sekolah. Jika di sekolah lagi kita
sudah dididik untuk menjaga kebersihan secara sistematik, In shaa Allah kita
boleh jadi sehebat orang Jepun.
** Antara contoh lain ialah sistem dan jadual perjalanan
keretapi/bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Sistem penghantaran
barang yang cekap dan fleksibel. Dan banyak lagi.
Baiklah minna, setakat ini saja yang K boleh kongsikan bersama.
In Shaa Allah yang baik kita terus praktikkan ye ;) terutama jika minna
pencinta negara Jepun, belajar untuk contohi ciri-ciri mereka yang baik. Tentu
sekali kita mahu mereka kagum dengan kita kan? (^_^)v
Jya minna, bercakap tentang Jepun, berminat tak untuk pelajari
bahasa Jepun secara online?
BJBHB ada sediakan perkhidmatan pembelajaran Bahasa Jepun secara
online. Jika berminat, sila Like page dan PM kami untuk info lanjut ye ^_^
Saya suka nak nyatakan di sini yang BJBHB bukan sekadar tempat untuk belajar bahasa Jepun semata-mata.
Tapi juga tempat di mana semua pencinta negara Jepun berkumpul, sama-sama
berkongsi pengetahuan dan inspirasi yang kita dapat dari orang Jepun untuk kita
sama-sama contohi dalam memajukan diri, bangsa dan negara.
Jangan lupa lawati page FB kami! Sama-sama kita sebarkan
mengenai BJBHB!
Arigatou Gozaimasu! ^_^
Like page FB : https://www.facebook.com/bahasajepunbersamahoukiboshi
Follow kami juga : https://twitter.com/MBBJBHB
~~~
Minna juga boleh juga like page official HOUKI
BOSHI, https://www.facebook.com/houkiboshisensei
Minna boleh tanya sebarang soalan di situ dan Sensei Hoiki Boshi dengan
senang hati menjawab sebarang pertanyaan minna ^_^
Disalin oleh Houki Boshi & Disunting semula oleh Putri
Rafflesia
No comments:
Post a Comment