Tuesday, January 05, 2016

Jom Selawat - Lagu Tema MOH KE MIE





Assalamualaikum WBT

Apa khabar pembaca sekalian? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Hari ni K nak kongsikan coretan lirik “Jom Selawat” oleh Heliza Helmi dan Hazwani Helmi iaitu single terbaru Heliza yang baru saja diriliskan penghujung tahun 2015 yang lalu.
~~~

Heliza Helmi & Hazwani Helmi - Jom Selawat
*** 
Sallallahu 'ala Muhammad
Sallallahu 'alaihi wassalam
Sallallahu 'ala Muhammad
Sallallahu 'alaihi wassalam
Sallallahu 'ala Muhammad

Sallallahu 'ala Muhammad
Sallallahu 'alaihi wassalam
Sallallahu 'ala Muhammad
Sallallahu 'alaihi wassalam
Sallallahu 'ala Muhammad

Marilah kita berselawat
Ke atas junjungan Nabi Muhammad
Setiap detik setiap saat
Bibir mengucapkan kalimah
Allahuma solli 'ala Muhammad

Marilah kita berselawat
Ke atas junjungan Nabi Muhammad
Nanti pabila di akhirat
Insha Allah moga selamat
Mendapat rahmat dan juga syafaat

Tala 'al badru 'alaina
Min thaniyyatil wa da'i
Wajabal syukru 'alaina
Mada'a lillahi da'i
Sallallahu 'ala Muhammad

Ya nabi salamun 'alaika
Ya rasul salamun 'alaika
Ya habib salamun 'alaika
Sollawatullah 'alaika
Sallallahu 'ala Muhammad

Sallallahu 'ala Muhammad
Sallallahu 'alaihi wassalam
Sallallahu 'ala Muhammad

Sallallahu 'ala Muhammad
Sallallahu 'alaihi wassalam
Sallallahu 'ala Muhammad

Ya Rasul Allah
Ya habib Allah
Beruntungnya kami di rinduimu
Walau tidak pernah bersua
Tidak pernah kau lupakan
Pada kami

Ya Rasul Allah
Ya habib Allah
Kami juga terlalu merindukanmu
Ya Allah
Kami terlalu ingin bersama
Rasulullah

Sallallahu 'ala Muhammad
Sallallahu 'alaihi wassalam
Sallallahu 'ala Muhammad
Sallallahu 'alaihi wassalam
Sallallahu 'ala Muhammad

Sallallahu 'ala Muhammad
Sallallahu 'alaihi wassalam
Sallallahu 'ala Muhammad
Sallallahu 'alaihi wassalam
Sallallahu 'ala Muhammad

Sallallahu 'ala Muhammad
Sallallahu 'alaihi wassalam
~~~
Lagu & Lirik: Hazwani Helmi & Heliza Helmi


Jujurnya K sangat tertarik dengan melodi serta lirik “Jom Selawat” ini semenjak menonton rancangan Moh Ke Mie iaitu edisi khas dalam slot panorama yang berunsurkan kembara dakwah ke bumi Jepun (Wilayah Mie) yang baru saja diudarakan pada 23 Disember tahun lalu iaitu sehari sebelum Maulidur Rasul 1437Hijrah dan buat pertama kalinya, program Panorama menggandingkan penyanyi Heliza Helmi bersama penerbit program, Rosli Mohd Nordin sebagai pengacara bersama untuk edisi khas “MOH KE MIE”.
                  
Ketenangan menusuk ke kalbu saat alunan melodi “Jom Selawat” menjadi lagu tema rancangan kembara dakwah di bumi Jepun terutamanya apabila Wilayah Mie menjadi destinasi utama Heliza berkongsikan panorama indah serta budaya-budaya unik yang bakal menjadi tarikan buat para pelancong yang belum belum pernah berkunjung ke Wilayah Mie sebelum ni. Subhanallah, memang cukup indah panorama Wilayah Mie saat kali pertama K melihatnya di kaca televisyen.


Bersiaran pada jam 11 malam di TV1 pada 23 Disember yang lalu, edisi khas Panorama ini membawa penonton menerokai keindahan di Wilayah Mie yang terkenal sebagai lubuk mutiara berkualiti tinggi di bumi Sakura.

Selain itu, keindahan alam semula jadi air terjun Akame dan kesegaran udara kawasan pergunungan dengan pemandangan yang indah dan mempersona pasti membuatkan sesiapa sahaja teruja untuk berada di sana.

aisyahlamiy89@wordpress
Setakat ini, K mula mengetahui beberapa tempat menarik di Wilayah Mie terutamanya lokasi air terjun AKAME yang sangat menarik perhatian K. Cukup dan indah dan mengagumkan suasana alam semulajadinya. Doakan K agar suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke Wilayah Mie, ok ^_^

sinarharian.com

Minggu lepas, destinasi Heliza seterusnya berkunjung ke wilayah yang terkenal dengan budaya Ninja iaitu Wilayah Igarayu bersama pembimbing mereka Satoshi Yasuda-san (tetiba je minda ni teringat idola Jepun pujaan K, Satoshi Ohno >_< hehehee…)

Pelbagai pengalaman mempelajari beberapa ilmu serta pergerakan para Ninja dikongsikan oleh Heliza. Menurut info yang K petik dari laman SinarHarian.c, menjalani penggambaran hampir 10 hari bermula 4 November lalu turut menyaksikan mereka menggayakan kostum ninja sepanjang berada di Iga-Ueno Park atau Taman Ninja. Nampak comel je saat melihat Heliza berpakaian Ninja sambil melakukan beberapa ilmu Ninja yang diajarkan oleh pengajar ninja professional.

   
Menurut Heliza, pengalaman itu pastinya tidak dapat dilupakan, kerana beliau berpeluang menerokai keindahan negara Matahari Terbit itu.

“Ia memberi satu pengalaman baharu kepada saya. Jika sebelum ini saya hanya mengetahui kewujudan ninja di kaca TV, kini saya berpeluang memakai kostum pahlawan atau perisik yang paling dikenali di negara ini”.
 
Sambil tu, K juga tak terlepas peluang mencatat beberapa peralatan atau senjata ninja yang digunakan. Antaranya ialah Shuuriken  dan Katana  (Pedang Jepun).

Rajinnya buat note. hehehee… Takpe, kan belajar jugak tu.

Sekian saja coretan K kali ini mengenai perkongsian program edisi khas dalam slot Panorama kembara dakwah ke bumi Jepun (MOH KE MIE) serta lirik lagu temanya “Jom Selawat” oleh Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

Mudah-mudahan lagu “Jom Selawat” menjadikan kita sentiasa ingin berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Aamiin.

Untuk menonton Klip Video “Jom Selawat”, sila tekan link dari laman Youtube yang K kongsikan di bawah:  

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad