Friday, January 29, 2016

Jaminan Allah Kepada Sesiapa Yang Menjadikan Al Quran Sebagai Pendampingnya



Assalamualaikum WBT~

Selamat pagi & Salam Jumaat kepada seluruh para pembaca muslimin yang dikasihi sekalian ^_^
Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu pada Hari Jumaat yang mulia dan barakah ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap langkah kita hari ini. Amiin~~

Baiklah, hari ni K ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai ‘Jaminan Allah Kepada Sesiapa Yang Menjadikan Al Qur’an Sebagai Pendampingnya’.

So, cakap pasal Jaminan Allah kepada pembaca setia kitab Suci Al Qur’an ni, K nak tanya sikit, ada sesiapa tak yang ada baca Al Qur’an awal pagi tadi selesai Solat Subuh?

Haa.. Kalau ada tu K ucapkan tahniah (thumbs up!)
Membaca Ayat suci Al Qur’an sebelum mata melihat dunia luar merupakan salah satu amalan yang sangat disukai Allah SWT. Semoga pagi kita mendapat rahmat dan keredhaannya, Amiin~

Baiklah, berbalik semula pada ‘Jaminan Allah Kepada Sesiapa Yang menjadikan Al Quran Sebagai Pendampingnya’, dengan hati yang lapang, harap di teruskan bacaan anda pada coretan yang telah K sediakan di bawah;



Al-Qur’an
Teman atau Kenalan?

 Jika sebagai ‘Kenalan’. Tempatnya mungkin dalam almari kaca. Setahun sekali Ramadhan menjelma, barulah sibuk kita bertegur sapa.

Jika sebagai ‘Teman’. Ia seperti baju, seluar atau kasut bagi manusia. Sehari tidak berbaju atau berseluar, pasti terasa janggal. Rasa tidak sempurna. Andai kita rasa malu seperti ‘berbogel di khalayak ramai’ sekiranya tidak membaca Al Qur’an dalam sehari, ertinya kita sudah merasai kemanisannya.


Roh Al-Qur’an mengenali pendampingnya setiap hari. Andai ditakdirkan kita mati dan disoal oleh malaikat kelak, Al-Qur’an akan tampil sebagai pembela.

“Tiada sesiapa yang lebih berkuasa selain Allah, siapa kamu untuk menahan aku?”
“Aku Al-Qur’an.”
“Apa hubungan kamu dengan orang ini?”
“Dia kawan, dia teman dan dia sahabat aku ketika di dunia!”

Allahu Allah!


Terlalu banyak jaminan daripada Allah kepada sesiapa yang menjadikan Al-Qur’an sebagai pendampingnya. Antaranya;

- Tidak nyanyuk sampai ke hari tua.
- Wajah bercahaya dan mesra untuk didekati.
- Hidup nampak sederhana, hakikatnya kaya.
- Sentiasa disayangi dan dihormati.
- Malaikat sentiasa mengawasi keselamatan.

Ingin sungguh memetik kalam dari syair Imam Az-Zarnuji dalam kitab Taalim Mutalimnya,

Tentang diri seseorang itu, usah kau tanya! Lihat sahaja siapa temannya ^_^



No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad