Monday, August 10, 2015

Pengalaman Jadi Lolita Maison De Julietta Harajuku



Selesai sudah posting K mengenai Salun Maison de Julietta yang mana bisa mengubah gadis yang berhasrat menjadi gadis comel dalam gaya Lolita.

Untuk entry seterusnya hari ini, masih juga dalam topik pemakaian Lolita, kita ikuti beberapa gambar pengembaraan seorang gadis Lolita yang ditatarias dari salun “Maison de Julietta”, bersiar-siar di sekitar Harajuku dengan penampilan gaya lolitanya yang comel dan menawan hingga menjadi tumpuan ramai pengunjung serta pejalan kaki yang sentiasa sibuk di Jepun.

Enjoying the picture, どぞ ! ^_^
























Jepun merupakan salah sebuah negara yang dikenali dengan negara fesyen yang comel, unik dan futuristik, jadi.. tidak hairanlah jika anda berkunjung ke Jepun anda akan terpaku melihat gaya pemakaian yang berbeza di negara matahari terbit ini. Terutamanya apabila anda merayau di sekitar Harajuku kerana tempat tersebut amat sinonim dengan gelaran “Pentas Peragaan Fesyen Tokyo” dek kerana penduduknya tidak kira muda atau tua tidak lari dengan pemakaian yang berjenama dan verstail tinggi hingga menjadi tempat tersebut digelar “Harajuku Fashion Streets”. Begitu juga dengan fesyen pemakaian Lolita yang merupakan salah satu gaya kegemaran gadis2 yang ingin berketrampilan comel dan menarik perhatian semasa memperagakan pemakaian mereka disini.

Jadi, sekian dulu topik K hari ini ini mengenai pengalaman gadis Lolita Maison de Julietta yang memperagakan pemakaian Lolitanya di sekitar Harajuku. Harap pembaca semua terhibur dengan bingkisan yang K kongsikan bersama hari ini. Dan terima kasih K ucapkan kerana sudi berkunjung ^_^


Gambar: tokyofashion.com



No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad