Friday, August 07, 2015

Ciri-Ciri Kebahagian & Kemenangan Seorang Hamba


Assalamulaikum WBT

Apa khabar pembaca semua? K harap semuanya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera di samping keluarga dan insan tersayang. Hari ini Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari Jumaat 22 Syawal 1436 Hijrah. Syukur ke hadrat ilahi kita masih lagi diberi keberkatan oleh Allah SWT untuk berpijak di bumi milikNya untuk untuk meneruskan kehidupan kita yang seterusnya serta hari-hari yang mendatang.

Baiklah pembaca sekalian, rasanya dah lama K tak update pasal benda-benda Islamik dlm entry. Maklumlah.. bz dengan raya, cousin buat rumah terbuka lagi, forum online BJBHB lagi, berjaga malam pulak voting untuk Arashi, lepas tu kena belajar registration Tone Excel dengan Aya san lagi lepas ni, hmm… begitulah daily aktiviti K kebelakangan ni. Nak open entry sendiri pun dah x sempat. Rasa pelik pulak bila dah lama tak sentuh pasal benda-benda Islamik ni. Last posting tempoh hari pun pasal Part3 Fiksyen Islamik “Cahaya Di Langit Eropah” by Aisya Arryadne.
Angkat tangan siapa dah baca??
Haa… TAHNIAH buat korang ^_^

Apapun hari ni K kembali pada entry kesayangan K satu-satunya ini dan rasanya tak sempat nak kupas bab-bab keagamaan dari tulisan K sendiri, namun sekurang-kurangnya adalah sikit sebanyak entry yang K lawat sebelum ni bercerita tentang hal ehwal Islam so then K just copy paste and cuba berkongsi sekali dekat ruangan entry K.

So, hari ni K nak berkongsi dengan saudara-saudari Muslim mengenai apa itu Ciri-ciri Kebahagian dan Kemenangan Seorang Hamba.

Jadi, teruskan bacaan anda hingga ke akhir pena dan K harap di hari Jumaat yang penuh mulia dan keberkatan ini anda akan teruskan bermuhasabah diri, cari dimana kesilapan kita sebagai insan yang setiasa melakukan dosa (termasuk K sendiri) kerana tiada insan yang sempurna melainkan Maha Pencipta. Dan sentiasalah perbetulkan apa yang salah pada diri kita, bertaubat selagi pintu itu taubat masih terbuka, Insha Allah, jika meminta dengan  hati yang ikhlas, terbuka pintu pengampunan kita oleh Allah SWT.
Wallahualam.

Di antara ciri-ciri kebahagian dan kemenangan seorang hamba adalah:

* Bila ilmu pengetahuannya bertambah, bertambah pula kerendahan hati dan kasih sayangnya. 

* Setiap bertambah amal-amal shalih yang dilakukan, bertambah pula rasa takut dan kehati-hatiannya dalam menjalankann perintah Allah. 

*Semakin bertambah usianya, semakin berkuranglah ambisi-ambisi keduniaannya.
Ketika bertambah hartanya, bertambah pula kedermawanannya dan pemberiannya kepada sesama.

* Jika bertambah tinggi kemampuan dan kedudukannya, bertambahlah kedekatanya pada manusia dan semakin rendah hati kepada mereka.

Sebaliknya, ciri-ciri kecelakaan adalah;

* Ketika bertambah ilmu pengetahuannya, semakin bertambah kesombongannya.

* Setiap bertambah amalnya, kian bertambah kebanggaannya pada diri sendiri dan penghinaannya pada orang lain.

* Semakin bertambah kemampuan dan kedudukannya, semakin bertambah pula kesombongannya."

(Al Fawa-id, Imam Ibnul Qayyim)
Dipetik dari: detikislam.blogspot.c (Disalin semula oleh Putri Rafflesia)
Gambar: Google





No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad