Monday, August 10, 2015

“Maison de Julietta” Hanya Bagi Mereka Yang Berhasrat Menjadi Gadis Comel Dalam Gaya Lolita.



Bagi yang gemar bercosplay terutamanya cosplayer yang gemar akan genre Lolita, Adakah anda tahu ada ada sebuah tempat bertemakan pemakaian Lolita di “La Foret Harajuku” di tingkat bawah 1.5?

Wanita yang menggemari pemakaian “kawaii” pastinya pernah merasa teringin mencuba gaya pemakaian Lolita. Walaupun perlengkapannya agak mahal, namun gaya Lolita tidak bingung untuk disiapkan.

SALUN “MAISON DE JULIETTA”

Dengan kewujudan Salun ini, ia boleh mengabulkan impian wanita yang ingin mencuba menjadi Lolita!




“Projek Salon Lolita Istimewa” di Harajuku adalah untuk sesiapa yang mempunyai hasrat;


* Saya ingin merasa dekat dengan Lolita.
** Saya ingin cuba menjadi Lolita.
*** Saya ingin melintasi garis waktu kehidupan saya dengan menimba pengalaman menjadi Lolita.
**** Saya ingin meninggalkan jejak saya dalam pemakaian Lolita yang dari dulu hingga sekarang tidak dapat saya tunaikan .

Awalnya salon ini dbuka sementara di dalam salon “Dea”, tetapi kerana selalu penuh dengan reserving, banyak pengunjung yang meminta agar salon ini membuka kedai sendiri. Hingga akhirnya rasmilah pembukaan salon Lolita bernama “Maison de Julietta”.

Melalui kolaborasi dengan perwakilan jenama Lolita seperti “BABY, THE STARS SHINE BRIGHT,” “ALICE & The PIRATES,” “Angelic Pretty” dan “Metamorphose Temps de Fille,” anda boleh berubah kepada pemakaian Lolita, kemudian selepas rambut anda ditatarias dan dimekap sempurna oleh juruhias serta jurumekap berpengalaman, anda akan beralih kepada sesi photoshoot yang diambil oleh jurugambar.


Walaupun anda tidak begitu memahami tentang Lolita, anda tidak perlu risau kerana anda akan dibantu memilih baju oleh staf dan akan diajar berposing oleh jurugambar yang berpengalaman.
             
Dalam masa yang sama juga, pihak mereka boleh bekerja dengan pelbagai jenis orang/pelanggan yang datang berkunjung. Tidak usah risau dengan kelengkapan yang anda perlukan kerana pihak mereka menyediakan segalanya dari pilihan tatarias gaya rambut, mekap dan pemakaian, jadi mudah untuk anda menikmati pengalaman menjadi Lolita tanpa pulang dengan tangan kosong (kerana anda dibekalkan dengan gambar yang diperolehi hasil dari sesi photoshoot anda) dengan harga yang berpatutan.

Jika anda ingin membeli perlengkapan Lolita mulai dari baju, hiasan rambut, kasut dan sebagainya secara lengkap, secara purata anda mungkin akan menghabiskan lebih dari ¥100,000. Tetapi di Maison de Lolita, anda dapat menyewa seluruh perlengkapan Lolita bermula dari tatarias rambut, makeup, dan photo shoot dengan hanya membayar ¥10,000!!

Menarik bukan? Sekelip mata saja, anda dapat menikmati pengalaman menjadi Putri Lolita selama 1 jam.

Serasa menjadi Alice dengan foto dalam background buku yang besar.

Tidak jarang ada pengunjung yang datang ke Jepun untuk menikmati pengalaman menjadi Lolita serta mengambil gambar di Maison de Julietta.

Jadi, bagi penggemar pemakaian kawaii tidak kira ala Lolita, Doll mahupun Princess, anda DIPELAWA untuk mencuba merasakan sendiri suasana dunia dongeng di sini!




ALAMATTokyo-to,Shibuya-ku,Jingumae1-11-6 Laforet Harajuku tingkat bawah 1.5
OPEN11:0020:00
STESYEN TERDEKATTokyo Metro Chiyoda line, Fukutoshin line, Stesyen Meiji, Jingumae (Harajuku), dekat Pintu keluar 5.
HARGAHarga Asal 9,980sudah termasuk Tax
TELEFON03-6434-5464
WEB RASMIhttp://www.maison-de-julietta.net/


Maison de Julietta merupakan tajaan bersama kolaborasi dengan Pengerusi Persekutuan Lolita Jepun, (Japan’s Lolita Association Chairman) iaitu Aoki Misako.


Gambar: Google & mcha-id.com

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad