Friday, May 08, 2015

Kisah Isteri Khalifah Abbasiyah Harun ar-Rasyid - Zubaidah binti Ja’far




Pernah tak kita mendengar dengan istilah "Disebalik kejayaan seseorang bernama lelaki ada wanita atau isteri" yang mendokong dan sentiasa membantu dalam susah dan senang. Hal ini memang tidak dapat kita nafikan. Lihatlah kepada tokoh-tokoh wanita di zaman Rasullulah seperti Khadijah, Aisyah, dan lain-lain sangat menyokong perjuangan dan rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan syiar islam agar terus berkembang ke serata dunia.

Apa yang ingin dicungkil dan dinukilkan disini adalah kisah pengorbanan seorang isteri kepada Khalifah Abbasiyah, Harun al-Rasyid. Tersentuh dengan pengorbanan isteri Khalifah Abbasiyah ini, marilah sama-sama kita lihat apakah pengorbanan yang telah dilakukan oleh beliau dalam memartabatkan "Islam" di mata dunia.

Zubaidah binti Jaafar adalah isteri seorang Khalifah Harun al-Rasyid lahir di Musol tahun 149H . Beliau telah berkahwin dengan seorang Khalifah Abbasiyah, Harun al-Rasyid dan mempunyai seorang anak lelaki Al-Amin yang menjadi Khalifah selepas Ar-Rasyid. Zubaidah meninggal tahun 216H dan dimakamkan di Baghdad pada usia 71 tahun.

Beliau meninggalkan banyak jasa dan diantaranya adalah memiliki 100 pembantu wanita yang menghafal al-Quran sepersepuluhnya sedangkan ia menyemak di istananya bacaan mereka bagaikan pokok kurma.

Dia juga adalah pemilik
"Sumber Air Mata Zubaidah" kerana ia menyediakan bagi penduduk Mekah dan para jemaah haji Baitullah Al-haram. Imam Ibnu Jauzi bertutur: "Ia memberi minum penduduk Mekah pada ketika itu satu kolah (ukuran air itu) seperti satu dinar, ia mengalirkan air sejauh 10 batu yang membelah bukit sehingga air itu dapat mengalir dari sumber air mata ke tanah haram.” Mata air tersebut dinamakan dengan "Mata Air Zubaidah" salah satu sumber mata air di daerah Mekah yang terletak di hujung lembah Nu'man sebelah timur Mekah. Projek ini menelan belanja sebanyak 1,000,700 dinar.

Ibnu Jabir mengatakan dalam perjalanan ketika beliau membuat haji kebanyakan perhentian, perumahan-perumahan dari Baghdad samapai ke Mekah merupakan peninggalan Zubaidah Binti Jaa'far.

Dalam perjalanan hidupnya sentiasa dirahmati Allah dan terdapat beberapa pengajaran yang harus diambil oleh wanita masa kini yang ingin menjadi solehah. Allah telah menganugerahkan 3 kurniaan kepada wanita dan salah satunya Allah telah mengurniakan wanita ini dengan kecantikan yang amat mempersonakan. Zubaidah terkenal denga sebab kulitnya yang putih bersih.

Yang kedua, Allah mengurniakan harta yang banyak hingga melimpah ruah dan dia mendermakannya hingga berjuta-juta ringgit. 
Dan yang ketiga, Allah mengurniakan dia kekuasaan kerana dia adalah putera Khalifah, isteri kepada seorang Khalifah dan ibu kepada seorang Khalifah. Beliau menjadikan semua itu hanya untuk Allah dan beliau juga memperdengarkan bacaan Al-Quran di istananya seperti gemersik pohon kurma. 

Beliau juga turut memberi sumbangan tanpa mengira pahalanya, semuanya adalah anugerah. Beliau juga turut mengalirkan air ke tanah haram yang disebabkan perbuatan tersebut ia mendapat pahala berganda-ganda. Beliau juga melakukan amal jariah sebelum meningal dunia. Alangkah mulianya wanita di zaman kerajaan Abbasiyah yang mempunyai keperibadian yang mulia, taat beribadat dan sebagainya.

Sumber: farahc4 blogsopot
Disalin semula dari: mselim3 blogspot
Disunting oleh: Putri Rafflesia

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad