credit pic goes to www.shenyanglvxing.com |
Orang Jepun Berjaya Kerana 10 Resepi Terunggul Ini
1.
KERJA KERAS
Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja
yang rajin. Secara purata jam kerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun,
sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911
jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun).
Seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam
masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat
kereta yang bernilai sama. Seorang pekerja Jepun boleh dikatakan boleh
melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang.
Pulang cepat adalah sesuatu yang boleh dikatakan “agak
memalukan” di Jepun, dan menandakan bahawa pegawai tersebut termasuk “yang
tidak diperlukan” oleh perniagaan. Di kampus, professor juga biasa pulang malam
(secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Fenomena
Karoshi (mati kerana kerja keras) mungkin hanya ada di Jepun. Sebahagian besar
orang lama Jepun menyebutkan bahawa dengan kerja keras inilah sebenarnya
kebangkitan dan kemakmuran Jepun boleh tercapai.
2.
MALU
Malu adalah budaya sopan dan turun temurun bangsa Jepun.
Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era
samurai, iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran. Masuk ke dunia moden,
wacananya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para pejabat
(menteri, politikus, dsb) yang terlibat masalah rasuah atau merasa gagal
menjalankan tugasnya. Kesan negatifnya mungkin adalah pelajar yang kadang-kala
membunuh diri, kerana keputusan peperiksaan yang buruk atau tidak naik kelas.
Kerana malu jugalah, orang Jepun lebih suka beratur daripada
memotong barisan semasa beratur. Mereka secara automatik membentuk barisan
dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian tiket, masuk ke stadium
untuk menonton bolasepak, menaiki bas, bahkan untuk menggunakan tandas awam.
Mereka beratur rapi menunggu giliran. Mereka malu terhadap orang sekeliling
apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan
umum.
3.
HIDUP BERJIMAT
Orang
Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam
kehidupan seharian. Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam
berbagai bidang kehidupan. Kebanyakan orang Jepun ramai belanja di supermarket
pada sekitar jam 19:30. Ini kerana sudah menjadi perkara yang biasa bahawa
supermarket di Jepun akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar
setengah jam sebelum tutup.
Seperti
diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-rata tutup pada pukul 20:00. Contoh
lain adalah para suri rumah rela menaiki basikal menuju ke kedai sayur agak
jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen.
Banyak
keluarga Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi
kerana lebih berjimat menggunakan
bas.
Ruangan
pemanas di rumah Jepun pun menggunakan minyak tanah yang berbau, padahal sudah
cukup dengan Aircond yang ada mode dingin dan panas. Alasannya ternyata satu,
minyak tanah lebih murah daripada elektrik.
Professor
Jepun juga terbiasa menaiki basikal tua ke kampus, bersaing dengan
mahasiswa-mahasiswanya.
4.
SETIA
Setia
membuat sistem karier di sebuah perniagaan berjalan dengan rapi. Sedikit
berbeza dengan sistem di Amerika dan Eropah, sangat jarang orang Jepun yang
bertukar-tukar kerja.
Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen. Ini mungkin
implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh
graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri sesuai dengan bidang
(core business) perusahaan.
Bandar
Hofu mungkin sebuah contoh yang nyata. Hofu dulunya adalah bandar industri yang
ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat. Kesetiaan penduduk untuk tetap
bertahan (tidak pergi ke luar bandar) dan punya komitmen bersama untuk bekerja
keras siang dan malam akhirnya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan
moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan
pengeluaran kenderaan mencapai 160,000 unit setahun.
5.
INOVASI
Jepun
bukan bangsa pembuatan, tapi orang Jepun mempunyai kelebihan dalam mengubah
penemuan orang lain dan kemudian memasarkannya dalam bentuk yang diminati oleh
masyarakat.
Menarik
membaca kisah Akio Morita yang mengembangkan Sony Walkman. Cassete Tape tidak
ditemukan oleh Sony, patennya dimiliki oleh perniagaan Phillip Electronics.
Tapi yang berhasil mengembangkan dan mengubah model portable sebagai sebuah
produk yang meletup selama puluhan tahun adalah Akio Morita, founder dan CEO
Sony pada masa itu. Sampai tahun 1995, tercatat lebih dari 300 model walkman
lahir dan jumlah total produksi mencapai 150 juta produk.
Teknik
kenderaan roda empat juga bukan diciptakan orang Jepun, patennya dimiliki orang
Amerika. Tapi ternyata Jepun dengan inovasinya dapat mengembangkan industri
kendaraan yang lebih cepat dan murah. Kereta yang dihasilkan juga relatif lebih
murah, ringan, mudah dipandu, mudah dibaiki dan lebih jimat bahan bakar.
Perusahaan
Matsushita Electric yang dulu terkenal dengan sebutan “maneshita” (peniru)
punya legenda sendiri dengan mesin pembuat rotinya. Inovasi dan idea dari
seorang engineernya bernama Ikuko Tanaka yang berinisiatif untuk meniru teknik
pembuatan roti dari cheef di Osaka International Hotel, menghasilkan karya mesin
pembuat roti (home bakery) berjenama Matsushita yang kemudian semakin terkenal.
6.
PANTANG MENYERAH
Sejarah
membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan banting dan pantang
menyerah. Puluhan tahun dibawah kerajaan Tokugawa yang menutup semua akses ke
luar negeri, Jepun sangat tertinggal dalam teknologi.
Ketika
pemulihan Meiji (meiji ishin) datang, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan
menjadi fast-learner. Kemiskinan sumber daya alam juga tidak membuat Jepun
menyerah. Tidak hanya menjadi pengimport minyak,bijih besi dan kayu, bahkan 85%
sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Rentetan
bencana terjadi di tahun 1945, dari peristiwa bom atom di Hiroshima dan Nagasaki,
disusul dengan kekalahan Jepun dalam perang, dan ditambahi dengan adanya gempa
bumi besar di Tokyo. Ternyata Jepun tidak habis. Dalam beberapa tahun
berikutnya Jepun sudah berhasil membangun industri automotif dan bahkan juga
keretapi laju (shinkansen) .
Mungkin
cukup menakjubkan bagaimana Matsushita Konosuke yang perniagaannya hancur dan
hampir tersingkir dari perniagaan peralatan elektronik di tahun 1945 masih
mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangun industri sehingga menjadi
empayar ampuh terkini.
Akio
Morita juga awalnya menjadi bahan ketawa orang ketika menawarkan produk Cassete
Tapenya yang kecil ke berbagai negara lain. Tapi akhirnya menjadi legenda
dengan dengan Sony Walkmannya. Yang cukup unik bahawa ilmu dan teori dimana
orang harus belajar dari kegagalan dibuat formula di Jepun dengan nama
shippaigaku (ilmu kegagalan).
7.
BUDAYA BACA
Jangan
terperanjat kalau anda datang ke Jepun dan masuk ke densha (kereta elektrik),
sebahagian besar penumpangnya baik anak-anak maupun dewasa sedang membaca buku
atau surat khabar. Tidak peduli duduk atau berdiri, ramai yang memanfaatkan
waktu di densha untuk membaca.
Ramai
penerbit yang mula membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah.
Pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dsb disajikan dengan menarik yang membuat
minat baca masyarakat semakin tinggi.
Budaya
membaca orang Jepun juga didukung oleh kecepatan dalam proses penterjemahan
buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).
8.
KERJASAMA
Budaya
di Jepun tidak terlalu membuat kerja yang terlalu bersifat individualistik.
Termasuk dalam menghasilkan pekerjaan, biasanya dengan hasil kerja berkumpulan tersebut. Fenomena ini tidak hanya di dunia kerja, keadaan kampus juga seperti itu, mengerjakan tugas assignment biasanya juga dalam bentuk berkumpulan. Kerja dalam kumpulan mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun.
Termasuk dalam menghasilkan pekerjaan, biasanya dengan hasil kerja berkumpulan tersebut. Fenomena ini tidak hanya di dunia kerja, keadaan kampus juga seperti itu, mengerjakan tugas assignment biasanya juga dalam bentuk berkumpulan. Kerja dalam kumpulan mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun.
Ada
pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan
kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak
akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”. Mesyuarat
atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan.
Keputusan strategi harus dibincangkan dalam “rin-gi”.
9.
BERDIKARI
Sejak
usia kecil, anak-anak dilatih untuk berdikari. Di Jepun setiap kanak-kanak
dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggung jawab terhadap
barang miliknya sendiri.
Semasa
di kolej hampir sebahagian besar tidak meminta belanja daripada ibu bapa
mereka. Mereka membuat kerja part time untuk
belanja sekolah dan kehidupan sehari-hari. Kalaupun kehabisan wang, mereka
“meminjam” wang kepada ibu bapa mereka yang nantinya mereka memulangkan di
bulan berikutnya.
10.
JAGA TRADISI
Perkembangan
teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan
budayanya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup
sampai sekarang. Budaya minta maaf masih menjadi budaya orang Jepun. Sehingga
zaman sekarang orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak” untuk apabila
mendapat tawaran dari orang lain.
Pertanian
merupakan tradisi dan aset penting di Jepun. Persaingan keras kerana adanya
beras Thailand dan Amerika yang murah, tidak menyurutkan langkah pemerintah
Jepun untuk melindungi para petaninya.
Mungkin seperti di atas 10 resepi berjaya yang dapat
dirangkumkan. Bangsa Melayu mempunyai hampir semua resepi orang Jepun diatas,
hanya mungkin kita belum mengasahnya dengan baik. Kita yakin ada faktor
“kesilapan teknik” yang membuatkan kita agak ketinggalan dalam teknologi dan
ekonomi. Mari kita bersama mencari solusi untuk pelbagai masalah dewasa ini.
Kita juga harus tetap mahu belajar dan menerima kebaikan dari siapapun, yang
baik kita ikut tapi yang buruk kita hindari.
Sumber : Majalah i, bil 4
Credit source ;
11
penyebab utama kenapa ada perlu untuk belajar bahasa Jepun!!
Dianggarkan seramai 130 juta orang menggunakan bahasa jepun,
bahasa jepun termasuk dalam rank sepuluh teratas bahasa yang digunakan di dalam
dunia
Di dalam dunia game console dan anime, bahasa jepun melonjak ke
tempat pertama
Bahasa jepun digunakan dalam game-game yang anda ingin beli
(anda tidak membelinya kerana anda tidak paham bahasa jepun)
Kenbanyakan suara-suara yang digunakan dalam anime jepun yang
ditayangkan di tv sering mencuit hati dan penuh semangat jika dibandingkan
suara bahasa melayu yang di alih suarakan (memboringkan).
Banyak drama dan anime yang ditayangkan di tv adalah dalam
bahasa jepun sahaja. Adalah seronotnya jika anda boleh memahaminya.
Ramai ahli keluarga, kawan dan rakan sekerja anda percaya yang
bahasa jepun adalah susah. Tunjukkan kepada mereka yang anda boleh
melakukannya. Mungkin meraka rasekan anda mempunya bakat yang terpendam atau
memori yang kuat, tetapi sebenarnya semua orang boleh mempelajari bahasa jepun
sekiranya mereka mahu
"fasih dalam bahasa jepun" nampak gah dalam resume,
ataupon di dalam kelebihan anda semasa kerja. Memiliki bahasa kedua selepas
bahasa rasmi banyak membantu, tetapi bahasa jepun akan memberi effect yang
lebih kepada majikan anda, kerana tidak ramai rakyat malaysia tahu berbahasa
jepun.
Bahasa jepun mempunya reputasi yang "susah", tetapi
sebenarnya ianya hanya 'berbeza" bukan "susah"
Jepun memiliki ekonomi kedua terbesar dalam dunia, oleh itu
mempelajari bahasa jepun adalah relevant
Jepun mempunyai budaya yang menarik, dan kebanyakkan nya reflek
di dalam bahasa jepun
Jepun menguasai industri video game dan anime. Dengan
mempelajari bahasa jepun, anda boleh belajar sambil berseronok menonton anime
dan bermain game. (ada bahasa lain yang memberikan keseronokan yang sama?)
Bagaimana awak mengajar
saya bahasa jepun?
Saya akan bermula dengan cara yang mudah, iaitu saya akan menganggap anda langsung tidak tahu bahasa jepun. Apa yang anda kena ada ialah keinginan dan kesungguhan untuk belajar dan selanjutnya saya akan membantu anda!!!!
Berikut adalah salah satu penunjuk cara yang akan saya bantu anda:
cara untuk mula
cara untuk mula dan terus bermotivasi untuk belajar
mendapatkan buku-buku yang anda perlukan
belajar bahasa lisan
belajar bahasa menulis
belajar bahasa jepun dengan budget yang RENDAH
mencari sumber rujukan bahasa jepun di internet
mendapatkan software pemprosessan bahasa jepun secara percuma
mendapatkan kamus elektronic secara percuma
pembelajaran bahasa jepun yang menarik menggunakan pelbagai sumber
menunjukkan perkara atau cara yang anda boleh lakukan untuk memantaskan lagi proses
mencari jalan yang terbaik untuk anda sebagai individu yang ingin belajar bahasa jepun
Saya akan bermula dengan cara yang mudah, iaitu saya akan menganggap anda langsung tidak tahu bahasa jepun. Apa yang anda kena ada ialah keinginan dan kesungguhan untuk belajar dan selanjutnya saya akan membantu anda!!!!
Berikut adalah salah satu penunjuk cara yang akan saya bantu anda:
cara untuk mula
cara untuk mula dan terus bermotivasi untuk belajar
mendapatkan buku-buku yang anda perlukan
belajar bahasa lisan
belajar bahasa menulis
belajar bahasa jepun dengan budget yang RENDAH
mencari sumber rujukan bahasa jepun di internet
mendapatkan software pemprosessan bahasa jepun secara percuma
mendapatkan kamus elektronic secara percuma
pembelajaran bahasa jepun yang menarik menggunakan pelbagai sumber
menunjukkan perkara atau cara yang anda boleh lakukan untuk memantaskan lagi proses
mencari jalan yang terbaik untuk anda sebagai individu yang ingin belajar bahasa jepun
Credit fully from; facebook.com/maribelajarbahasajepun
credit source goes to; http://www.seniaku.com/2012/03/kenapa-bahasa-jepun-penting-11-perkara.html
No comments:
Post a Comment