Sunday, October 06, 2013

Ohno Satoshi One Shot Fiction


Satoshi Ramen

Author : Yamamoto Kei
Length : 349 words
Chapter : One Shot
Rating : None
Genre : Comedy
Pairing : Ohno Satoshi + ( Ryo Naruse/Yano Kenta )
Summary : After he’s done making a ramen in the kitchen, he abruptly shocked when he seeing 2 portrait of him fighting in his greenroom. What the…?
A/N : Malay sub only. Because my grammar is poor, I try to make English translation later.
Disclamer : Actually this is belong to one Indonesian journalist which I found in LJ. Since I thought it’s funny to be read, I change it some in my own writing way, but still the idea’s come from the owner of LJ. Hope you guy enjoys reading it <3

15 minit sebelum angka menunjukkan jam tepat 9 malam, Satoshi membuka kabinet dapur mencari jika ada sebarang makanan atau snek yang boleh dimakan sambil menonton rancangan memancing kegemarannya yang akan bermula sebentar lagi, kemudian dia menjumpai sebungkus mi segera sambil senyuman lega terukir dibibirnya yang comel memuncung itu.
Selesai merebus mi, Satoshi mengangkat mangkuk mi tersebut dengan kedua-dua tangannya dengan cermat menuju ke ruang tamu. Tiba-tiba Satoshi berhenti dan tergamam seketika dengan mulut yang ternganga.

“Aku ialah peguam yang digelar malaikat oleh seluruh penduduk Bandar Jepun. Tidak ada satu kes pun yang pernah membuat aku gagal saat aku berjuang di muka pengadilan!” ujar seorang lelaki lengkap berpakaian kot hitam iaitu persis seperti wataknya yang dipegang dalam drama Maounya.
“Apa kau tidak tahu, aku adalah pujaan kanak-kanak comel seluruh tadika di Jepun. Hanya aku satu-satunya penghibur yang boleh membuat kanak-kanak ketawa dan tersenyum.” Balas seorang lagi lelaki yang mengenakan kostum pelik berwarna-warni dengan wajah chubby persis seperti watak Yano Kenta yang dipegangnya dalam drama Uta no Oniisan.
“Eehhh…!!!” teriak Satoshi kebingungan namun kedua-dua wataknya masih bertengkar tanpa mempedulikan kehadiran Satoshi yang seolah-olah tidak wujud di situ.

“ Disebabkan lakonanku, aku menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Maou. Kehebatan lakonanku tidak dapat ditandingi sesiapapun. Namun aku tidak puas hati, yang mendapat nama ialah lelaki yang bergelar Ohno Satoshi, bukan Naruse Ryo!”
“ Keadaanku juga sama seperti kau, disebabkan suaraku yang hebat dalam nyanyian, lagu Kumorinochi Kaisei ku mendapat anugerah Lagu Tema Terbaik Drama Uta No Oniisan, namun lelaki bernama Ohno Ohno Satoshi yang mendapat habuannya, bukan Yano Kenta!”

“ Berhenti kalian berdua! Tidak perlu membangga-banggakan satu sama lain. Kedua-dua kamu sama hebat bagiku. Tiada apa pun yang membezakan kalian di mataku. Naruse Ryo, Yano Kenta, kalian sama-sama hebat. Tidak perlu bertengkar sesama sendiri!” Tanpa sedar Satoshi membesarkan suaranya hingga Naruse Ryo dan yano Kenta serentak menoleh kearahnya seraya berkata,

“Kau? Siapa kau? Kenapa kau ikut campur urusan kami?! Kau tahu kami punya bakat nyanyian dan lakonan. Kau? Apa yang kau punya?!” soal kedua-dua mereka serentak membuatkan Satoshi menagangkat mangkuk mi nya ke atas lalu menjerit,

“ Aku Ohno Satoshi! Dan aku punya RAMEN!”


- END -

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad