Friday, June 14, 2013

Why I love Their Song?


Arashi banyak menyanyikan lagu yang memberi inspirasi dan semangat kepada sesiapa yang mendengarnya. Mungkin mudah bagi sesiapa yang pandai menterjemahkan bahasa asal (Jepun) kepada bahasa Inggeris / tempatan, namun apabila ditanya mengenai sesetengah orang yang tidak mengerti maksud tersebut dalam bahasa Jepun, orang asing tetap menjelaskan mereka dapat merasakan suatu mesej semangat yang kuat yang cuba disampaikan oleh kumpulan ini. Mereka menyanyikan laagu mengenai keluarga, persahabatan dan cinta yang sesuai didengar oleh semua golongan. Bagaimana personaliti mereka membawakan lagu, itu tidak penting, yang penting keikhlasan mereka dalam menyampaikan lagu tersebut hingga menusuk jauh ke dalam hati naluri seseorang, itu lebih bermakna. Dan kerana itulah lagu-lagu mereka tidak pernah bosan untuk didengar terutamanya bagi peminat-peminat negara kelahiran mereka sendiri apatah lagi peminat-peminat yang semakin bertambah di beberapa negara jiran. Pada sesiapa yang masih teringat insiden merenggut jiwa pada Jumaat, 11 Mac 2011, Jepun digemparkan dengan ancaman gempa bumi dan Ibarat jatuh ditimpa tangga, Tsunami besar melanda kepulauan timur laut Jepun di daerah Tohoku hingga Sendai kini ibarat padang jaraak padang terkukur. Hampir 2 minggu selepas bencana, Jepun dikagumi sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang tenang menghadapi bencana alam, sedikit pun mereka tidak mengeluh malah redha dengan apa yang telah ditentukan oleh alam dan ini mungkin merupakan pengajaran untuk generasi-generasi yang akan datang. (note: oleh kerana kebanyakan penduduk Jepun beragama kanto, sudah menjadi budaya mereka mengagungkan alam, lihat saja bagaimana mereka memuji keindahan bulan yang rasmi menjadi logo bendera Jepun sebelum logo matahari terbit yang pernah digunakan semasa Perang Dunia Ke-2. Juga ketika matahari tenggelam di Pulau Okinawa, mereka memuji keindahan tersebut dan bukankah itu satu akhlak yang bagus kerana mereka memuji ciptaan tuhan dan sayang orang Jepun bukanlan majoritinya Islam, kalau sahaja penduduk Jepun yang ramah ini rata-ratanya beragama Islam mungkin mereka bakal beranggapan seperti ini “redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah”… Wallahhualam. )
Keredhaan mereka juga jelas terbukti seperti yang dijelaskan seorang bekas mangsa tsunami yang masih hidup.
“Dari jauh ombak itu hanya kelihatan hitam, dan semakin dekat ombak tersebut menghampiri kediaman kami, ianya semakin besar dan tinggi. Apakan daya sebagai seorang lelaki tua, saya memanggil menantu perempuan dan cucu kecil saya, kami terus berpelukan dan menggenggam erat tangan satu sama lain…menangis tiada gunanya kerana maut tidak kenal erti tangisan. Apa yang mampu kami lakukan hanya memejamkan mata dan redha dengan kematian yang sesungguhnya sudah sedia menjemput kami.”
Mangsa tersebut turut menyatakan rasa penuh kesyukuran jika dia masih hidup hingga sekarang bersama menantu perempuannya yang hanya mengalami luka ringan pada lengan kanannya dan apa yang menyedihkan cucu kecilnya ditemui mati bergelimpangan di ruang tamu kerana tidak mampu berpaut pada tiang tingkap ketika tsunami melanda.
“Maut tidak mengenal usia, saya menjangkakan saya yang mati lebih awal kerana tidak bertenaga melawan arus tersebut tapi pada akhirnya seorang anak kecil yang tidak berdosa dan masih tidak tahu apakah yang berlaku disekelilingnya sekelip mata telah diambil yang lebih Berkuasa ( Tsunami)…”.
Stesen radio Jepun juga mengumumkan lagu-lagu Arashi merupakan salah satu pengaruh ke     arah kebangkitan semula rakyat Jepun yang masih meneruskan kehidupan mereka pada hari ini. Atas permintaan ramai “Hatenai Sora” dan “Endless Sky” merupakan 2 single popular Arashi yang sering dimainkan dimana-mana stesen radio Jepun atas permintaan rata-ratanya di kalangan mangsa tsunami yang turut menyampaaikan mesej seperti “Walaupun terslamat, saya merasa tidak dapat bergerak dan sementara menanti pasukan penyelamat tiba, saya menuggu di dalam kereta dalam keadaan yang sangat lapar dan kehausan. Kemudian saya teringat peranti mp3 yang sering saya bawa bersama kemudian saya terus memaainkannya lalu terdengar lagu Arashi… kebimbangan saya hilang serta merta dan saya mula berasa gembira. Saya cuba untuk terus bertahan dan tidak berputus asa selagi saya mampu untuk melakukannya…”.
Ketika seseorang mengalami kesusahan untuk meneruskan perjalanan dalam kehidupan, lirik-lirik semangat yang tercetus melalui lagu-lagu Arashi mengajar seseorang untuk bangkit semula tanpa kenal erti putus asa. Teringat saja lagu Arashi, semangat seseorang automatik boleh kembali. Arashi Is My Soul. Itu yang sering peminat katakan, namun bagi Arashi sendiri“You are My Soul, Soul!” Itulah yang disampaikan Arashi, Arashi juga merupakan semangat kepada ahli Arashi sendiri, kerana itu mereka sering merendah diri dan tidak lupa menekankan Semangat kita adalah melaui diri kita sendiri, bukan orang lain.
Dan kesimpulannya, mengingati Arashi ialah semangat kepada seseorang yang terus berusaha menuju ke satu arah yang ingin dicapainya tanpa berputus asa hingga berjaya. Dan pengajarannya, jangan mudah mengambil jalan ringkas untuk Berjaya dan yang penting sentiasa memepercayai satu sama lain dalam sebuah kumpulan yang mempunyai satu arah tujuan yang sama.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad